Chap 26

11.5K 782 32
                                    

Keadaan sunyi. Tiada sebarang balasan daripada Adam. Adam memalingkan muka sambil tangannya menyapu air mata yang membasahi pipi.

"Adam? Ni Adam ke makhluk lain ni hoi assalamualaikum." Ryana tanya lagi.

Adam memejamkan mata. Cuba terima hakikat yang maruah dan egonya habis tercalar-- bukan setakat calar,pecah koyak rabak ha semua adalah di depan Ryana.

Iman Ryana Zulkifli.

"Kau nak apa?" Adam bersuara.

"Kau..okay tak?" Tone suara Ryana juga sudah berubah.

"Tak payah sibuklah." Balas Adam,dingin.

"Kenapa kau nangis?" Ryana tak putus asa.

"Im not."

"You are."

"None of your business."

"We need to talk tapi takkanlah aku nak cakap dengan orang yang emosinya tak stabil?"

"Pergi jelah."

"Kenapa menangis? Is it something serious?"

"Aku kata tak nangis,tak nangislah!"

Adam pandang Ryana tajam. Ryana tersentak sikit. Heh. Tak nangis konon. Mata merah macam werewolf je. Sembab tahap tak hengat. Ryana senyum senget. Tiba-tiba menitis lagi air mata Adam.

'Damn it! Kenapalah dia muncul saat genting macamni.' Adam memarahi diri sendiri.

Ryana cepat-cepat duduk disebelah Adam. Bukan senang orang ego tinggi melangit lepastu perasan bagus,bajet handsome konon berwibawa (amboi Ryana,kutuk tahap tak hengat!) macam Adam ni menangis. Ini mesti benda serious ni.

"Kau betul ke okay?"

"Fine. Aku tak okay. Emotionally unstable. And yes,aku menangis tadi. Puas hati kau?"

Adam ambil phone Ryana dan selfie guna frontcam lepastu serahkan balik pada Ryana. Kening Ryana dah nak bercantum dah tengok gelagat Adam. Kut ye nak meroyan pun pakailah phone sendiri.

"Sekarang kau dah boleh sebarkan dekat semua kawan-kawan kau,warga ArCad yang Adam Fayyad seorang yang lemah. Itu yang kau nak kan?" Ujar Adam.

Jatuh seinci rahang Ryana mendengar kata-kata Adam. Ryana ketuk kepala Adam dengan Samsung J7 miliknya. Adam mengusap kepalanya yang diketuk. Cis cake betul si Adam ni orang nak tolong dia pergi salah sangka pulak.

"Itu sebab kau sesuka hati nak tuduh aku!" Balas Ryana.

Adam jeling Ryana. Motif gadis ini masih belum diketahui.

"Serious sangat ke sampai kena nangis?"

"Agak ah."

Heart to heart session meh.

"Pasal apa? Pelajaran? Asrama? If you want someone to talk to,I'm here." Balas Ryana.

"Why should I trust you anyway?" Adam mempersoalkan.

Ryana julingkan mata ke atas. Ryana buat muka 'duh' dia tu. Adam senyum kecil.

"Dude,that's harsh. Im trying to help you."

"But you are Ryana Zulkifli." Balas Adam.

"Okay sekarang ni aku Iman. Ceritalah. Bukan senang Iman nak 'keluar'."

Adam menghela nafas. Dia memandang muka Ryana. Ryana menarik senyuman manis.

"Stress pasal hidup." Adam memegang pangkal batang hidung,kembali tunduk.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now