Chap 43

10.8K 779 43
                                    


       Harini aktiviti gotong-royong asrama mengikut sukan dan permainan. Jadi semua ahli kelab persatuan? Permainan? Tapi badmintonlah diarahkan untuk membersihkan court badminton. Dorang dapat sehari cuti sebelum pergi latihan pusat. Jadi Coach Miskun buatlah gotong-royong. Bukan tempat orang lain,tempat mereka juga.

      
       "Ryana pergi carikan mop lebih kat stor. Adam,tolong Ryana angkat baldi nanti."

       Ryana akur arahan coach nya.Semasa Adam dan Ryana jalan beriringan menuju ke stor yang menempatkan segala penyapu,mop penyodok longkang dan barang-barang gotong royong,Adam tetiba je berhenti sambil menggosok matanya dengan kedua-dua belah tangan.

       "Kau kenapa?" Soal Ryana.

       "Jap..jap mata aku sakit" jawabnya.

       "Ha kau sakit mata eh? Jangan pandang aku nanti berjangkit." Ryana pula menutup kedua-dua matanya dengan tangan.

       "Ish bukan yang tulah." Ryana intai dari celah jari bila dengar Adam cakap.

       "Ada something kat mata." Sambung Adam.

       "Oh habuklah tu,pergilah basuh muka sana." Ujar Ryana.

       "Wait aku dah tahu apa yang ada kat mata aku" balas Adam lalu membuka mata memandang Ryana.

       Ryana menanti jawapan dari Adam dengan penuh kesabaran.

       "Apple." Jawab Adam ringkas.

       "Apple?" Ryana mengerutkan dahi sambil memandang epal merah yang berada dalam genggamannya.

       "You." Kata Adam lagi.

       "Me?" Ryana tunjuk kat diri sendiri.

       Ha sudah. Adam ni dah kenapa? Gila dia datang balik ke macam mana ni?

       "Yes. Cause you're always the apple of my eyes." Balas Adam gaya romeo habis. Tak lupa senyum menawan dia tu.

       Cis. Adam buat pickupline lagi rupanya. Ryana membaling epal yang ada di tangannya ke arah Adam. Adam menyambut epal itu. Seterusnya,Ryana mencapai pencakar tanah yang kebetulan tersandar di dinding berdekatan dengan kedudukan mereka.

       "Aku cucuk mata kau dengan benda ni kang tak pasal-pasal jadi Adam Selamat!" Ugutnya sambil mengacah pencakar tersebut.

       "Kalau Kassim Selamat main seksofon,biarlah Adam Selamat bermain gitar bagi mencari sesuap nasi." Balas Adam dengan bahasa bakunya. Cuba meniru lagak Kassim Selamat-watak yang pernah dilakonkan oleh seniman negara, Allahyarham P.Ramlee.

       "Ew go away,Adam." Ryana berlalu meninggalkan Adam.

       "Jangan~ tinggal daku..oh adik,oh Ryana~" Adam menyanyikan beberapa baris lirik lagu dalam cerita tersebut sambil bejalan ke arah Ryana.

       Ryana menutup kedua-dua belah telinganya dengan tapak tangan. "Lalala tak dengar,tak dengar."

       Adam mengikut jejak langkah Ryana sambil terus menyanyi entah lagu apa entah. Main rembat aja mana-mana lirik yang dia suka.

       "Woi tunggulah!" Jeritnya.

       "Taknakk!" Balas Ryana.

       Tanpa mereka sedar,ada seseorang yang memerhatikan mereka dari tadi.

       "Haih."

       "Woi,buat apa kat situ? Encik Shahrul      nak jumpa kita."

       Dia pandang belakang. Bibirnya mengoyak senyum. Leher kawannya itu disauk lalu mereka berjalan menuju pejabat asrama.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now