Chap 74

5.2K 502 59
                                    

   Ryana membetulkan kot kulit yang dipakai. Suhu musim luruh taklah serendah suhu musim sejuk. Dia mengamati daun-daun oren yang jatuh berguguran ke tanah. Suasana pagi di Auckland Central Park sangat-sangat menenangkan! Rasa macam nak berpicnic tapi macam tak sesuai je.

   Tiba-tiba telefon dari dalam poketnya bergetar menandakan ada panggilan masuk.

   "ryanaaaaa" suara Hureen dah macam separuh menangis.

   "how's the art gallery?" sengaja Ryana bertanya walaupun dah tau jawapan.

   Lisa, semenjak mendalami arts ni memang tak boleh bawak pergi art gallery! Mau stuck kat situ dari pagi harini sampai pagi esok sebab kagum sangat dengan hasil seni yang dipamerkan. Belum lagi dia cuba memahami dan menerangkan maksud lukisan yang abstrak tu. Punyalah menghayati hasil seni.

   "ingatkan aku balik kenapa aku ikut Lisa?"

   Ryana tergelak. "goodluck with that! Datanglah central park. Tak jauh pun. Cantik gila weh view kat sini."

   "sekarang jugak aku heret Lisa keluar. Nanti aku call balik. Jangan cakap dengan strangers tau!" pesan Hureen.

   Ryana menjulingkan mata keatas. Ingat dia ni apa? Budak 8 tahun ke?

   Setelah panggilan ditamatkan, Ryana meneruskan perjalanan bersiar-siar sekitar taman, menghirup udara segar. Patutlah Firdaus suka New Zealand. Tempatnya cantik. Tenang. Healing.

   Ryana mengeluh.

   Nik Adnin Firdaus.

   Dia mendongakkan kepala memandang daun-daun mapple yang berwarna oren keperangan. Bila-bila masa saja boleh luruh.

   Tiba-tiba suaranya menangkap bunyi gesekan violin yang sayup-sayup dari kejauhan. Entah dari mana sumber bunyi. Dia membiarkan langkah kakinya membawa dia ke arah bunyi tersebut.

   Dari kejauhan, dia nampak seorang lelaki sedang berdiri dikerumuni orang ramai. Lelaki tersebut berdiri membelakanginya namun susuk tubuh lelaki itu seakan-akan familiar. Baru sahaja Ryana hendak melangkah mendekati kerumunan tersebut,seorang lelaki memakai beanie dan trench coat menepuk bahunya lembut.

   "yes?" dia memandang lelaki tersebut. Berwajah melayu.

   "sorry for taking your time miss. I was taking pictures of this places fo my exhibition and i noticed that you're in one of the photo. Here,"

   Lelaki tersebut menghulurkan kameranya kepada Ryana. Memang betul. Ryana sedang berdiri dan di diapit oleh pokok-pokok yang daunnya lebat berwarna coklat keperangan dan oren. Daun mapple berguguran di tanah tempat Ryana berdiri.

   Ryana mengangkat muka memandang lelaki tersebut.

   "i want to ask your permission to keep this photo. If you're okay with it. It's not nice to take other people's picture without permission, aight. But if you feel uncomfortable i will delete it right away. Right now." ujar lelaki tersebut lagi.

   "no no. It's beautiful. You can keep it, only if you send this to me." balas Ryana.

   Pemuda tersebut menarik senyum. Dia berterima kasih kepada Ryana lalu mereka bertukar email. Cara yang paling formal untuk contact orang sebab kalau bagi number macam invading privacy sangat.

   "thanks again err, iman?"

   "no Amir, thanks to you for that beautiful photo. Email me as soon as possible." balas Ryana sambil tersenyum.

   Amir meminta diri untuk meneruskan aktivitinya yang tergendala semata-mata nak cari Ryana.

   Ryana pula ingin mendekati si pemain violin yang dia nampak sebentar tadi tapi nampaknya lelaki tersebut sudah tidak kelihatan. Dia melilaukan pandangan di sekitar taman untuk mencari kalau-kalau lelaki itu masih berada berdekatan.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now