Chap 24

12K 786 39
                                    

Ryana meletakkan baldi kecil disebelah kanannya dan mula mengelap tingkap makmal kimia macam biasa sebagai denda meritnya. Dah hampir 2 minggu dia menjalankan dendanya itu tapi tiada tanda-tanda dari Adam untuk menyuruhnya berhenti. Entah berapalah markah meritnya sekarang.

Sedang dia mengelap,dia terdengar bunyi bikar yang terjatuh. Pergerakannya terhenti. Okay cuak gaklah. Sekarang dah pukul 5.30 petang kot siapa je lagi ada kat blok akademik ni.

Ryana memberanikan diri untuk masuk ke dalam. Nilah dia kenapa ramai orang mati dalam cerita seram! Dah dengar bunyi pelik tu lari jelah takpun duduk diam-diam. Ni tak,berani sangat nak pergi jenguk!

Ryana menebar pandangan ke sekitar makmal. Kosong.

Ching! Ting!

*maaflah taktau cemana nak buat bunyi bikar*

Ryana pusing 180° mengikut arah bunyi tersebut. Terdapat satu meja kosong yang kedudukannya agak terselindung dari meja guru kerana diselindung oleh rak kaca yang menempatkan bahan-bahan kimia.

Tiba-tiba hidungnya menangkap bau wangi. Berdiri bulu romanya. Weh dahlah blok akademik memang kosong masa-masa macamni tetiba ada pulak bau-bauan manis ni. Allahu kang ada yang pengsan nanti.

Berbekalkan bismillah dan ayat kursi,Ryana memberanikan diri untuk menjenguk disebalik almari kaca itu. Matanya menangkap kehadiran bayangan hitam. Memang hitam dari kepala ke kaki (tupun kalau ada kaki lah).

"Hoi syaiton! Nyah kau dari sini! Fuhh!"

Bayangan tersebut segera berpusing ke belakang dan menapak menjauhi almari tersebut. Ryana yang sedang mengintai disebalik almari tersenyum. Berjaya!

"Pergilah engkau ke tempat asalmu. Janganlah mengganggu ketenteraman anak Adam." Sambungnya lagi. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat kursi dan 3 qul.

Bayang tersebut hilang dari pandangan mata. Ryana senyum senget. Heh. Hantu pun nak buat eksperimen ke?

Ryana memusing badannya dan bersedia nak angkat kaki dari makmal berhantu tu. Alangkah terkejutnya dia bila bayangan hitam tu betul-betul dibelakangnya!

"MAAAKKK!!"

Mulutnya ditekup. Bayang tersebut menanggalkan hoodie dan topeng mulut yang berwarna hitam yang selalu dipakai oleh artis korea. Maka arakian terserlah lah wajah kacak Nik Adnin Firdaus yang memakai jumper hitam,seluar slek hitam dan topeng mulut hitam. Man in black.

Ryana terus menyepak kaki Firdaus.

"Auch!!" Jerit Firdaus.

Terlompat-lompat dia memegang kaki kirinya. Duh Ryana ni,haritu dah mencederakan tangan kanannya. Harini kaki kirinya pulak. Raksaksa betul!

"Gila ke?!"

"Kaulah gila,gila! Yang kau pakai serba hitam ni kau fikir kau ninja ke hah?!" Ryana marah balik.

"Yang kau main sergah je kenapa? Tak boleh bagi salam ke?" Firdaus membalas.

"Kau tu pakai macam Valak kau expect aku bagi salam?" Sinis.

Diam seketika tanpa balasan dari Firdaus. Ryana pandang je Firdaus yang kini sedang terduduk sambil memegang kakinya.

"Sakit sangat ke? Aku pakai selipar je kot." Ryana memandang kakinya.

Ups patutlah sakit,dia bukan tendang dengan selipar tapi dengan kasut getah acik pembersih kawasan. Hekhek. Firdaus dah pandang Ryana macam nak telan.

"Hehe. Sorry?" Ujar Ryana.

"Takpelah. 'Selipar' kau memang dipebuat dripada kapas pun." Balas Firdaus sinis. Dia bangun dan bergerak kembali ke mejanya.

Ryana intai disebalik almari. Takut nak join sebab gila ke? Dah tentu-tentulah si Firdaus tu bengang. Habislah kau Ryana. Derhaka lagi kat cikgu kau,ha siapa suruh?

"Yang kau menghendap macam Valak tu dah kenapa? Sinilah." Kata Firdaus sambil menyusun semula bikar dan segala jenis balang.

Lambat-lambat Ryana datang dan mengambil tempat di meja itu. Rasa bersalah menguasai diri. Firdaus tak bercakap apa-apa dah lepastu melainkan hanya menyelaraskan sususan kelalang bulat. Ryana memerhati label pada kelalang tersebut.

Metanol. Etanol. Butanol. Oktanol. Metanoic acid. Ethanoic acid. Nonanoik acid.

"Are you running an illegal experiment?" Soal Ryana.

"Haven't forgive you yet dosa kau dengan aku dah bertambah."

Ryana dah buat muka menyampah. Dia duduk diam-diam je disitu sambil mata melilau ke sekeliling makmal. Makmal Kimia (I) ni biasanya pelajar form five je yang guna. Form four guna makmal kedua. Matanya tetumpu ke arah hujung meja yang mempunyai ketebalan berbeza.

Oh. Ni meja recycle yang salah kira ketebalan ke cemana? Belum sempat Ryana bertanya,hidungnya menangkap bau manis pisang. Terus dia tutup hidung.

"Hoi kau buat gas tido eh? Saja nak kenakan aku." Ujarnya dengan suara sumbang.

Firdaus meluku kepala Ryana dengan bikar kosong. Ryana mengusap kepalanya sambil memandang Firdaus tajam.

"Ni namanya ester. Faham tak? Okay mestilah kau tak faham. Ester ni bau manis. Bau buah-buahan dan bunga-bungaan." Firdaus menerangkan.

Ryana mengambil bikar tersebut dan medekatkan pada hidungnya tetapi dirampas kembali oleh Firdaus.

"Ester tak boleh bau secara direct." Katanya sambil mengipas atas bikar supaya aroma bauan nya sampai ke deria hidu Ryana.

"Bau pisang."

"Etil etanoat."

Ryana kerut dahi. Menatang apa tu?

"Tahun depan kau belajar lah. This chapter is fun. Ada alkohol ada ester and getah. Carbon compound." Ujar Firdaus lagi.

"So yang etil etanot pebenda tah tu apa?" Ryana berminat nak tahu.

"Oh. Etil etanoat tu nama ester ni lah. Ester ni tindak balas antara alkohol dan asid karbosilik membentuk ester dan air. So I use ethanol dan ethanoic acid. -nol tu kena tukar jadi -il dan -oic tu tukar jadi -oat. Kena letak nama alkohol baru asid karbosilik." Terang Firdaus panjang lebar sambil menunjuk sehelai kertas.

Ryana menggeleng berkali-kali tanda tidak faham. Firdaus tertawa kecil.

"Tak payahlah buat muka macam otak baru lepas kena ambik dengan alien. Nanti kau dah form five kau tahulah. Aku boleh je nak ajar kau sekarang tapi takpelah kita fokus silibus kau dulu."

"Sounds good. Oh yea back to my question. Kau buat eksperimen haram ke ni?" Soal Ryana.

"Used to tapi kalini dapat permission sebab ada Young Scientist Challenge so yea." Jawab Firdaus.

"Then what are you doing here?" Firdaus pula menyoal Ryana.

Ryana mengangkat kain buruk yang digunakan untuk mengelap tingkap tadi.

"Tambah markah merit."

Firdaus pula mengerut kening.

"Merit kau bukan dah okay ke? Dah tambah 70-85 percent kalau tak silap. Adam tak cakap apa-apa ke?"

Bulat mata Ryana mendengar jawapan Firdaus.

"Oops." Firdaus buag muka tak bersalah.

"ADAM FAYYAD!" Ryana meluru keluar dari makmal.

Firdaus senyum senget. Iman Ryana the monster. Imonster. Dia ketawa sendiri dengan gelaran terbaru Ryana.

Imonster.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now