Chap 65

8.3K 657 56
                                    

  6 tahun yang lepas...

   Ryana termenung memandang dinding biliknya. Sudah lebih 48 jam sejak Irfan dimasukkan ke dalam hospital. Dia nak tunggu Irfan tapi mamanya berkeras supaya dia tunggu dirumah dan biarkan abang-abangnya sahaja yang bergilir menunggu di hospital.

   Ryana akur sahaja. Tapi tulah, bila duduk rumah dia asyik termenung je. Setiap kali ada bunyi kereta yang diparkir,dia berlari turun ke bawah. Menanti di muka pintu kalau-kalau ada di antara abangnya membawa Irfan balik.

   Kalau Irfan balik nanti Ryana berjanji dengan dirinya sendiri yang dia akan menjadi adik yang mendengar kata dan tak merajuk lagi. Air mata yang jatuh di pipi diseka.

   Tiba-tiba dia terdengar bunyi enjin kereta memasuki porch rumahnya. Tapi dia terlalu penat untuk berlari turun macam yang dia selalu buat. Dari semalam dia tak makan apa-apa kecuali segelas susu pagi semalam. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati.

   Dia dapat rasakan bahawa dia takkan dapat jumpa dengan Irfan lagi. Ryana rasa hari yang mereka keluar bertiga tersebut merupakan kali terakhir dia berjumpa dengan Irfan dan Naito.

   Naito.

   Baru dia teringat yang Naito juga dah lama tidak sedarkan diri. Hentakan di kepala Naito mungkin agak kuat kerana Naito menerima 10 jahitan di kepala.

   Pintu bilik Ryana diketuk. Pandangannya terarah kepada pintu. Tak lama lepas ketukan kedua, dia nampak muka Faris Naufal dengan mata....merah?

   "Ran, siap. Kita pergi hospital. Cepat sikit tau."

   Ryana capai sweatshirt lalu rambut panjangnya diikat ponytail. Perut yang berbunyi minta diisi diabaikan. Yang penting harini dia dapat jumpa Irfan!

   Dia berlari anak untuk turun ke bawah. Dia nampak Naufal duduk termenung di atas sofa. Segera dia memanggil Naufal lalu mereka berdua masuk ke dalam kereta. Chauffeur mereka membawa mereka ke hospital. Suasana dalam kereta sangat senyap.

   "Angah, kita pergi jumpa Irfan ke ni?" Soal Ryana.

   Naufal diam tak membalas. Pandangan nya ditala ke jalan raya.

   "Angah, Irfan dah sedar ke? Dia macam mana? Mesti dia sakit kan? Kesian dia banyak betul jarum."

   Ryana tarik muka bila Naufal masih diam. Ryana melawan rasa sedih yang dirasainya ketika itu. Entah kenapa dia rasa seperti kehilangan separuh dari jiwanya. Padahal dia patut rasa excited sebab nak jumpa Irfan. Her other half.

   Lebih kurang 15 minit kemudian, mereka sampai di perkarangan hospital. Naufal turun dari kereta diikuti oleh Ryana. Naufal masih tunduk. Tangannya digenggam jadi penumbuk. Ryana memeluk lengan Naufal. Mereka berjalan masuk ke dalam hospital menuju wad yang menempatkan Irfan Najmi.

   Sesampainya di sana, Ryana nampak bapanya sedang memeluk ibunya yang menyembamkan muka pada bahu bapanya. Iskandar pula menyandarkan kepala pada dinding sambil memejamkan mata. Hidungnya merah.

   "Angah, kenapa ni?"

   Sumpah dia keliru. Takkanlah...

   "Ran," mamanya memanggil.

   "mama, kenapa ni? Kenapa semua sedih? Irfan tak sedar lagi ke? Abah? Ran boleh jumpa Irfan sekarang ke?"

   Mamanya memeluk Ryana.

   "Ma? Maaa jangan macamni." Ryana rasa tak sedap hati.

   "mama bawak Ran jumpa Irfan ye sayang? Tapi Ran kena kuat tau." wajah Ran yang penuh tanda tanya itu diusap.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now