Chap 67

7.3K 601 48
                                    

   Firdaus membuka mata perlahan-lahan. Lena jugaklah tidurnya kalini. Matanya meliar memandang sekeliling. Penghuni katil kiri kanan semua tengah tidur. Dia pandang atas. Ada beg cecair yang tergantung.

   Oh hospital rupanya.

   "Firdaus!" Fakeh kelihatannya begitu teruja.

   "Fakeh, aku..." tak sempat Firdaus habiskan ayat, Adam dah potong.

   "Sebelum kau tanya soalan cliche macam dalam novel,dalam drama tu biar aku jawab. Kau sekarang ni kat hospital. Kau pengsan semalam sebab doktor kata kau stress sangat pastu blood pressure kau rendah."

   Kata-kata Adam disambut dengan aggukan Faiz yang turut berada di sana. Bukan sepanjang malam lah temankan Firdaus ni. Firdaus sedar pukul 10 pagi, dorang dah terpacak pukul 9 pagi.

   "um okay Dam tapi aku nak cakap yang aku nak gi toilet sebenarnya." balas Firdaus.

   Fakeh tahan gelak. Faiz garu belakang kepala. Firdaus kemudiannya bangun dari katil lalu mengheret tiang yang menggantung beg jernih tersebut sekali dengannya. Sempat dia tepuk bahu Adam sebelum berlalu pergi.

   "gondola punya Aus. Sakit pun still nak kenakan orang." Adam membebel seorang diri.

   "alah macam tak biasa je dengan Aus." balas Faiz sambil punggung dilabuh atas katil Firdaus.

   Adam turut sama mendominasi katil yang sepatutnya dihuni oleh Firdaus. Mata dipejamkan. Nak lelap sekejap lepaskan penat. Mana taknya semalam dia stay up study biology sampai 3 pagi. Lepas solat hajat dia tidur sampai subuh lepastu jog sekejap sebelum bersiap untuk membawa Firdaus pulang.  Menurut doktor semalam, bila Firdaus dah sedar dan keadaannya diperiksa oleh doktor, dia boleh balik.

   Plastik roti Fakeh buka lalu dikunyah roti coklat tersebut. Smartphone dikeluarkan dari poket bila alat tersebut vibrate tanpa henti. Mesej yang tertera pada whatsapp dibaca. Dia berkira-kira untuk membalas. Akhirnya dia masukkan kembali phone ke dalam poket.

   Tak lama selepas itu, Firdaus kembali ke katilnya. Berkerut sedikit kening Firdaus bila nampak Adam sudah lena. Fakeh pulak terkejut bila nampak Firdaus kembali sambil memakai baju yang dia pakai sebelum dia pengsan semalam.

   "mana kau dapat baju tu?"

   "bila masa kau tukar baju?"

   Serentak Fakeh dan Faiz bertanya. Firdaus menunjukkan ciri-ciri untuk mendabik dada.

   "dah, jom balik." balas Firdaus ringkas.

   "kau ingat bapak kau ada syer dalam hospital ke suka hati je nak balik?" jawab Faiz.

   "bukan hospital ni memang bapak dia punya ke?" Fakeh menyuarakan fakta.

   Faiz terdiam. Haah betullah bapak Firdaus, Nik Farhan memang ada syer dalam Lostavia Medical Centre. Salah peluru pulak dia nak tembak.

   "rileks lah tadi masa aku gi toilet aku terserempak dengan sorang doktor ni. Tu yang aku terus pergi bilik dia, check. Dia kata dah okay so aku cakapla nak discharge. Settle." dengan tenang Firdaus menerangkan.

   "if you say so then jomlah. Sempat lunch kat dm ni. Lauk sedap." ujar Fakeh.

   Faiz membangunkan Adam dari tidur namun Adam tak bagi apa-apa reaksi. Amboi ini lelapkan mata ke tidur mati ni? Setelah beberapa kali mencuba, Faiz naik bosan.

   "mangkuk jamban punya Adam. Woi bangunlah orang nak balik ni."

   "haa.." Balas Adam separuh sedar.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now