Chap 75

4.8K 441 13
                                    

   Ryana tak tahu dah berapa lama dia tenung siling berwarna putih. Lisa dan Hureen dah selamat sampai alam mimpi sebaik sahaja kepala diletak atas bantal. Dia je yang tak reti-reti lagi nak tidur walaupun dah berapa kali kalih badan ke kiri ke kanan,kepala kat bantal,kaki kat bantal, cuma tak try tido bawah katil je. Risau pulak kalau dua orang kawannya itu bangun lepastu terkejut beruk ha habis dipijak pijak kepala si Ryana.

   Sudahnya dia bangun lalu duduk di sofa yang berdekatan dengan plug. Smartphone dihidupkan. Beberapa mesej dari abangnya hanya dipandang sepi. Apps instagram ditekan lalu nama Firdaus ditaip.

   Dia scroll satu per satu gambar yang Firdaus post. Memang kebanyakannya berlatar kan bumi New Zealand cuma post Firdaus paling latest pun sebulan yang lepas. Taktau lah Firdaus ni lupa password instagram ke phone jatuh jamban sampai tak reti nak update.

   Ryana pulak? Nak dm Firdaus? Boleh kirim salam lah. Dia sendiri pun taktau kenapa dia rasa awkward bila nak mulakan conversation dengan Firdaus. Pernahlah sekali dua itupun sekadar tahniah, happy birthday, selamat hari raya. Kalau nak panjangkan conversation atau cari gaduh macam zaman mereka jadi mentor-mentee dulu memang taklah!

   Ryana menarik nafas panjang untuk mengawal rasa kecewa yang mula menguasai.

   'where did things go wrong? What drifts them apart sampai macamni' merupakan soalan yang sering bermain dalam fikiran Ryana. Tapi persoalan utama adalah, sejak bila dia rasa kosong tanpa Firdaus.

   Sejak bila dia hidup rasa tak lengkap tanpa Firdaus membebel tentang apa yang patut dan tak patut dia buat. Sejak bila dia rasa kosong bila takde siapa yang kisah pasal dia sebagaimana naito yang sentiasa kisah pasal seorang ran.

   Dia meraup muka. Jam di telefon dikerling. Dia bangun lalu beejalan menuju  bilik air. Paip dibuka lalu dengan niat, dia mula mengambil wudhuk.

   ( & )

   Matahari pagi yang masuk menerusi tingkap gelas mengejutkan Hureen dari tidurnya. Cepat-cepat dia capai phone di tepi katil.

   9 pagi.

   Dia melihat sekeliling. Lisa takde disebelahnya. Katil Ryana? Kemas semacam. Takkanlah awal betul dah bangun. Dengan malas, dia bangun lalu menuju ke bilik air untuk cuci muka dan berus gigi. Macam terlalu awal je kalau nak jalan-jalan lagipun bukannya ada tour guide. Asyik berjalan area Queen Street je bosan jugaklah.

   "weh mana Ryana?" Lisa memunculkan diri di pintu bilik air.

   Hureen yang tengah gosok gigi segera geleng kepala tanda tak tahu.

   Lisa selamba masuk ke dalam bilik air lalu duduk di atas bath tub yang kering. Keringlah sebab dua-dua orang anak dara tu baru bangun, tak mandi lagi.

   "aku perasan en,walaupun Ryana kata dia tak kisah kalau tak jumpa Firdaus kat sini asalkan kita dapat jumpa and have fun sama-sama, dia macam..." Lisa biarkan ayat tergantung,berharap yang Hureen akan sambung.

   Selesai berkumur,Hureen membalas, "sedih? Aku pun perasan. Tapi tulah, nak buat macam mana. Kita dahlah taktau apa-apa pasal Firdaus. Kalau tanya Adam nanti kang kantoi lah."

   "tapi apa kata kau tanya je Adam. Lantaklah kantoi ke tak. Kita kat sini lagi berapa hari je. Walaupun aku taktau sangat apa konflik dalam si Firyana ni tapi aku kesian jugaklah."

   Hureen diam sekejap, berfikir. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.

   "Adammm!"

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now