Chap 54

8.2K 647 91
                                    

     "Dia kata macamtu?"

     Ryana angguk.

     "Identiti kau dah terbongkar lah ni?"

     Angguk lagi.

     "Jap jap aku tak puas hati. Dia kenal kau tapi kau tak kenal dia?"

     Angguk buat kali yang ketiga.

     Hureen pandang Lisa. Mereka berdua buat isyarat rahsia sementara Ryana termenung kosong menghadap dinding berwarna peach di hadapannya.

     "Mesti dia tinggalkan hint jugak weh." ujar Lisa bersemangat.

     "Haah. Recall balik setiap kali kau jumpa dia tu cemana." Hureen pulak bersungguh.

     Ryana hanya mengeluh. "He didnt drop a single hint okay. Last time aku nampak dia pun dia pakai hoodie. Tu je. And dia main gitar, obviously and uhm.."

     Hureen dan Lisa tekun mendengar ciri seterusnya. Berkerut-kerut kening masing-masing. Ryana benamkan muka dengan bantal donut kegemarannya.

     "Tak tahuuuuuu!"

     "Cis lah kau ni. Okay jap. Dia kata dia kenal tutor kau kan? So mestilah dia.."

     "kawan Firdaus!" Lisa memotong kata-kata Hureen.

     "okay tapi kawan dia still ramai?" aura negatif Ryana mula keluar.

     "Ngek lah kau ni! Ramai ke kawan Firdaus yang namanya Ad?" Hureen pertahankan hujahnya.

     "Tapi kita taktau Ad tu singkatan nama atau akronim kan? A dengan D? Manatau nama dia Ahmad something ke Amir ke." Ryana masih menyangkal.

     "Right. She has a point." Lisa menyampuk.

     Ketiga-tiga mereka diam seketika. Ryana yang bosan dengan teka-teki Ad ni mula cari earphone dan menyumbat telinga kanan.

     "Ad ada kata yang bukan Firdaus yang report kau. He said he was there, right?" Hureen cuba lagi.

     Ryana angguk. Dia tak jadi nak pakai earphone sebelah kiri.

     "And orang yang cakap kat kau pasal jenayah makmal kau tu is Adam right? Macam mana Adam tau pasal penukaran Sodium Oxide dengan Sodium Hydroxide kalau dia takde kat situ dengan Firdaus. And the most crucial thing is, Adam kawan dengan Firdaus!" Lisa menyambung.

     Ketiga-tiga mereka senyap kembali. Masing-masing cuba menghadam maklumat baru.

     "No way. Takkanlah..." Ryana geleng kepala.

     "There is only one way to figure it out." Hureen hulurkan telefon milik Ryana dan menyuruh Ryana tanya Adam sendiri.

     Segera Ryana menaip mesej tersebut lalu disend. Satu tick. Dua tick. Masing-masing menunggu dengan sabar. Bluetick!

  R : pasal jenayah makmal tu. Kau ada kat
         sana ke?

  A : oh bout that. Firdaus tk report pun.
        Chill la.

  A : ofc i was there

     "Did we hit jackpot?" soal Lisa sambil tersenyum lebar. Mana taknya, akhirnya #AdRyana is true!! Her ship is finally sailing.

     "Ew i hope no." balas Ryana, masih cuba menafikan kenyataan bahawa Ad itu ialah Adam Fayyad seperti mana yang dua orang manusia itu katakan.

     "Well, I lowkey ship #FiRyana though." Hureen angkat bahu.

     "hah jangan merepek. The only ship that is sailing is Shawryana Mendes." Ryana campak phone jauh-jauh lalu segera bukak buku sejarah.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now