Chap 53

7.8K 677 33
                                    

     "Attention to Iman Ryana bt Zulkifli, please come to the office now."

     Ketiga-tiga sahabat tersebut memandang antara satu sama lain. Hureen angkat kening kat Ryana. Ryana angkat bahu dengan muka confuse.

     "Aku ada buat salah ke?" soalnya pada Lisa pula.

     "Okay salah yang kau buat memang banyak tapi kesalahan mana yang kantoi ni?" Lisa menjawab dengan selamba sambil otaknya ligat mengimbas kembali segala modus operandi mereka.

     "Wow kau memang sangat membantu." balas Ryana sarkastik.

     "Pergilah pejabat. Pape roger kat kitorang." Hureen tepuk bahu Ryana. Dia pun nak tau jugak sebenarnya atas alasan apa rakannya itu dipanggil.

     Ryana bangun dari tempat duduk dan berjalan ke luar kelas menuju ke pejabat yang terletak di blok A, blok utama sekolah.
Semasa dia sedang berjalan di koridor yang bertentangan dengan aras fivers yang terletak di aras 4,dia dapat rasakan bahawa dia sedang diperhatikan.

     Segera dia menoleh ke kiri. Firdaus? Ryana teruskan berjalan namun matanya masih pada Firdaus yang memakai baju kemeja kuning air dengan lengan baju dilipat ke siku,sedang berdiri di koridor depan. Pandangan Firdaus ketika itu sukar ditafsirkan taoi ekspresi muka Firdaus sangat cold. Macam masa mula-mula dia nampak Firdaus.

     Hati Ryana sakit melihat perubahan perangai Firdaus. From strangers to close friends and back to strangers real quick.

     Masuk je dalam lif, dia nampak muka Adam pulak.

     "Tingkat berapa?" soal Adam sambil menekan satu butang untuk menutup pintu elevator.

     "what are you? An elevator guy now?"

     "why so salty? Are having your em.. that day of the month?"

     Ryana terus pandang Adam macam nak telan. Suka hati dia je nak tanya pasal period orang.

     "okay okay. Sorry. So which level?" Adam tanya lagi.

     "bawah sekali." jawab Ryana.

     "okay then."

     "thanks. Kau nak pergi mana pulak? Tetiba je jadi elevator guy."

     Ryana cuba memulakan perbualan. Dia tak sepatutnya kasar kepada orang yang nak tolong dia tapi disebabkan ternampak muka Firdaus, terus rasa hilang mood. Tiba-tiba Adam tersenyum.

     "If you were going to say pergi hati awak chia chia  then you better shut your mouth atau aku humban kau keluar dari tingkat 3 ni." Ryana bagi amaran awal-awal.

       Senyuman Adam mati. Segera dia berdehem. "Taklah. Aku kena pergi library. Ryana, aku dengar kau kena panggil pergi office?"

     Ryana angguk. Adam tanya lagi, "apa yang kau buat kalini?"

     "aku tak buat apa-apa pun." Ryana tiba-tiba jadi defensive.

     "uhuh? Habis siapa yang tukar Sodium Oxide dengan Sodium Hidroxide dalam lab?  "

     "kau ke yang report kat cikgu?" muka Ryana terus berubah.

     "busted! Firdaus yang..."

     Pintu lif terbuka. "Ryana. Kamu taknak pergi office ke?"

     Ryana memandang Cikgu Haizad. "ye cikgu."

     Ryana terus keluar dari lif dan bergegas ke pejabat. Dah kenapa semua orang duk sibuk suruh dia pergi office. Ada birthday party ke apa? Tapi ayat Adam tadi, Firdaus ke yang report kat cikgu? Out of all people, kenapa Nik Adnin Firdaus?

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now