Chap 9

12.6K 765 10
                                    

          Firdaus keluar dari bilik doktor dengan muka kosong. Selama ni memang emotionless tapi kalini lagi..well yea you know. Dejected. "Firdaus,macam mana?" Soal Cikgu Khairul. "Ok cikgu belum nak kena operate lagi setakat ni." "Ish budak ni orang tanya betul-betul dia jawab main-main pulak. Tu berbalut tu patah ke terseliuh?" Soal Cikgu Khairul sekali lagi.

          "Fractured. Tapi sikit je." Jawab Firdaus lagi. "Bila masa awak jatuh ni? Kenapa tak inform awal-awal? Kalau parents awak salahkan pihak asrama macam mana?" "Teh tarik segelas cikgu? Kedai mamak hujung sana amacam?" Firdaus angkat dua-dua belah kening. Cikgu Khairul hanya geleng kepala.

  11 pm. Bilik MT - B2-1

          Sebaik sahaja Firdaus masuk,bujang 3 orang tu pandangkan je dari tempat masing-masing macam nak telan. Lagi-lagi bila tengok tangan kanan Firdaus yang berbalut kemas. Firdaus terus duduk atas katil. "Dah kenapa pandang macam aku ni bapak mertua korang pulak?" Soalnya.

          "Kau..ok tak ni?" Soal Adam. "Still in one piece." Jawab Firdaus ringkas. "Macam mana.. Siapa.." Adam tak dapat cari ayat sesuai untuk bertanya. "Dengar cerita ada budak lower form pulas tangan kau. Takkan sampai patah kot?" Faiz mencelah. "Fractured je." Firdaus membalas. "Budak tu..tangan kau retak..jatuh. Um" Fakeh menghala jari telunjuknya ke seluruh arah untuk mencari perkaitannya. Ni lagi mencabar dari selesaikan matrix ni.

          Firdaus mengeluh. "Aih korang ni kan. Ok cerita dia macam ni,petang tadi aku pergi main handball dengan Afif and the gang. Lepastu cemana entah silap lompat agaknya,aku jatuh terduduk,tangan tahan badan. Time tu memang aku dah rasa sakit kat bahagian ni." Dia pegang dengan lembut ruang antara ibu jari dan jari telunjuk. 3 orang bujang yang lain mengangguk.

          "Aku ingat sakit sikit je aku pun main jelah tampar bola tu. Tiba-tiba lagi berdenyut tangan aku. So aku baliklah asrama nak pergi bilik kebajikan. Then ternampak ada sorang budak perempuan ni tengah call orang kot time tu. Aku ingatkan pelawat,aku naklah tolong panggilkan orang yang dia nak jumpa."

          Fakeh sudah berkerut muka. Adam angkat dua belah kening. Faiz je yang tekun mendengar. "Yea and then dia pulas tangan aku. I swear to god sakit gila do rasa macam nak tercabut tangan aku." Sambungnya. "Bapak ah. Kau dahlah jatuh kat court lepastu tangan yang sama kena pulas?" Faiz meluahkan rasa tak puas hati.

          "Kejap. Budak perempuan?" Soal Fakeh. "Lower form?" Adam menyampuk. "Nampak macam tulah sebab pendek sikit. Tak tahulah kalau tu adik sesiapa kat sini tapi aku tau lah dia budak ArCad." Jawab Firdaus. "How can you be so sure?" Fakeh tanya lagi. Lain macam aje ni. "Dia pakai baju asrama ada cop ArCad kat lengan belah kiri kan?"

          Fakeh angguk. "Junior berani pulas tangan artistik Nik Firdaus. Heh. Menarik." Faiz tarik senyum senget. Adam smirk. Fakeh angkat bahu. Siapalah budak bertuah tu agaknya? Fakeh capai phonenya dan onkan semula. Tadi kan nak belajar so kena off.

          "Keh,mak kau datang tak weekend ni? Ada majlis sikit kan dengan pentadbir?" Adam tanya sambil tangannya ligat menekan kalkulator. "Oh haahlah baru aku ingat. Jap nak call." Fakeh lari keluar bilik. Takkanlah nak call mak depan kawan kan? Kut nanti nak bermanja ke tak ke kena bahan?

          Fakeh terus tekan bahagian Log untuk check history kut mak dia ada call petang tadi. "Oh ya Keh tadi ada orang call kau. Aku yang angkat. Sorry ah tapi masatu phone kau memekak." Adam menjegul kepalanya di pintu. "Oh okay." Jawab Fakeh ringkas. Dia kembali menatap phone.

          Bulat matanya merenung nombor yang tertera pada skrin. "What the.." Sekarang rasanya dia tahu siapa yang buat tangan Firdaus berbalut macamtu. Fakeh masuk balik ke dalam bilik. "Weh.." Tak sempat dia habiskan cakap Faiz pulak menyampuk. "Tournament lagi 2 minggu,kan?"

          Adam yang tadinya gigih menyelesaikan soalan math terus mencampak perlahan penselnya. Firdaus yang sebelum ni tunduk pandang lantai kembali angkat muka. Kini ketiga-tiganya memandang Faiz. "We just lost one of the guitarist."

          "Damn." Firdaus menumbuk katilnya menggunakan tangan kiri.

     

  {A.N}

Aha! Updated. By the way i think i forgot to tell you that i changed Sufian's name to Faiz. The third F tho. His real name is Megat Faiz Sufian. Bye. See ya on December! xoxo

  

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now