Chap 12

13.4K 813 21
                                    

          Ryana berjalan masuk ke kelas dengan muka selamba. Nasib baik time tu Cikgu Ros belum masuk lagi. Ataupun memang tak masuk? Hm. Burn lagi subjek Chemistry. Lisa dah pandang semacam kat Ryana. Shone hanya jeling-jeling macamtu. Bukan apa,cuma semangat inkuiri nya tak setebal Lisa lah.

          "Kau..kenapa pandang aku macam tu?" Soal Ryana,pelik. Mana taknya,dahlah baru masuk kelas lepas kena panggil dengan Adam. Lisa mengecikkan matanya. Makin berkerut kening Ryana. "Kenapa kau kena panggil tadi ha?" Soalnya. "Oh. Em.." Ryana mencari alasan. "Hureen kata masa dia lalu bilik disiplin tak nampak pun kau." Tambah Lisa.

          "Ada cari kat bilik MT?" Ryana soal balik. Kut-kut takde siapa nampak dia kat dewan bolehlah dia kelentong nanti. "Shone tadi baru balik dari sana. Berkunci lagi bilik tu." Jawab Lisa.

          Erk? Nak jawab apa ni? Last-last Ryana buat muka tenang je.

         "Sebab tadikan dia panggil aku kat dewan so terus settle kat sana jelah." Jawab Ryana ringkas. "Oh ingatkan apalah tadi. Dia cakap apa?"

          'Adeh Lisa ni banyak pula tanya nya.' Ryana mencebik. "Tak penting sangat pun. Dan tak masuk periksa pun benda alah tu. Lek je ah. Aku boleh defend diri sendiri. Beranilah dia nak buat apa-apa kat aku. Heh" Ryana mendabik dada. Cis berlagak tak ingat dunia betul. Lisa akhirnya mengangguk je.

          Ryana bukan apa tapi dia cuma malas untuk bercerita lebih-lebih. Kang timbul kontroversi entah apa-apa. Yelah,empat orang MT tu kan jejaka idaman Malaya gitu jadi Ryana pun tak hengen tumpang publisiti. Kena pijak secara berjemaah dengan peminat fanatik mereka kang susah pulak.

          Tak lama lepastu,semua orang gerak pergi studio lukisan kejuruteraan dengan membawa beg lk berwarna hitam. Dalam perjalanan,Ryana yang masatu tengah beriring dengan Shone terserempak pulak dengan Adam Fayyad. Walaupun Ryana bukannya pandang Adam pun tapi dia tahu Adam tengah kerek dia.

          Panas sungguh hati Ryana. Haritu marah dengan Ryana sebab Ryana dianggap mencabar kredibiliti dan kewibawaan Adam Fayyad sebagai Ketua Asrama. Tapi takkan tak reda kot?

          Ok mungkin dah reda tapi disebabkan kes Firdaus tu lah rasanya Adam kembali kerek dengan dia. Tapi dah menang kan? Takkanlah tak puas hati lagi.

          Ryana merungut didalam hati. Serious dia rasa geram sangat ni. Tiba-tiba..

          Buk!

          Dia terlanggar pintu kelas 5 Avicienna. Kelas pertama untuk aliran Biologi. "Ryana,kau okay tak ni?" Shone bertanya. Yelah mana taknya,kawan sebelah je kot. "Ha? Okay okay. Sikit je tadi" jawab Ryana. "Weh sorry aku main bukak je pintu belakang ni tadi. Sorry weh. Tak benjol kan?" Seorang budak perempuan yang Ryana tak tengok pun siapa. "Takpe takpe. Aku pun main jalan je tadi." Balasnya.

          Tak jauh dari tempat kejadian,dia terdengar ada orang ketawa. Siapa lagi kalau bukan Adam Fayyad. Heh. Makin geram Ryana dibuatnya. Dia mempercepat langkah kearah studio lukisan kejuruteraan.

      Malam tersebut.

          Kebanyakan pelajar perempuan ArCad berkumpul di ArCad Hall untuk menonton movie terbaru yang di download khas sempena hujung minggu. Konsert F4 tak boleh dianjurkan sebab penyelia asrama tak bagi kebenaran. Yelah,ko ingat ni Jom Heboh! ke nak berkonsert bagai. Kalau buat jugak ni memang konserto terakhir lepastu F4 berempat tu boleh kiss goodbye kat band dorang.

          "Kau tak join ke Ryana?" Tanya Hureen yang sedang bersiap mengheret teddy bearnya ke Hall. Tau dah kegemaran Hureen kalau nak tengok movie mesti kena heret Teddy nya tu. Lisa pulak dari tadi tertidur. Penat sangat agaknya. "Tak kot. Aku nak rehat." Jawabnya.

          Pigidah! Rehat apanya? Tujuan asal dia nak pergi melepak kat bilik muzik kat block akademik. Nak takut apanya? Ramai je orang buat perjumpaan kat sekitar situ. Perjumpaan kelaslah,perjumpaan ahli tertinggi kelab lah. Maklumlah,esok hari sabtu. "Oh okay. Bye"

          Sebaik sahaja Hureen hilang dari pandangan,terus dia capai hoodie nya lepastu blah.

        Bilik muzik block akademik.

          Ryana menutup perlahan pintu bilik untuk section acoustic. Dan berjalan terus masuk ke bilik piano. Her fav place. Dia berdehem sebelum menarikan jari jemarinya yang runcing diatas papan kekunci piano tu. Macam-macam jenis lagu dia mainkan sampailah dia rasa penat.

          Kalini dia mainkan alunan lagu dan menyanyi. Malam-malam mana ada orang kan? Dia pun mainkanlah lagu winter sonata sambil menyanyi. Khusyuk betul dia nyanyi macam dia tengah buat show kat Istana Budaya. Nak gempak lagi,Tokyo Dome.

          Dan alunan piano pun terhenti. Tiba-tiba dia terdengar ada orang tepuk tangan. And believe me,kuat kot tepukan tu. Ryana jadi malu sendiri.

          'Haih Ryana. Kau buat lagi.' Dia memarahi diri sendiri. Rasa macam dah takde kulit muka dah ni sebab menanggung malu. Tapi kan,orang yang tepuk tangan macam anjing laut ni orang yang sama ke?

          "You sang again." Ujarnya. Ha dah ada perkataan 'again' tu memang sahlah orang yang sama. Fuh,nasib baik. Kalau tak berganda malu nya. "Sedap sangat ke sampai kena tepuk?" Ryana memberani kan diri untuk bertanya. "Cuma nak beri sedikit penghargaan? Susah payah je menyanyi tapi takde orang dengar." Balas yang disebelah sana.

          "Kan ke lagi bagus kalau buat-buat tak dengar." Jawab Ryana. Diam. Ryana mula bosan. Gara-gara orang sebelah inilah dia memberhentikan aktiviti main piano nya. Nak nyanyi apatah lagi. Heh. Tiba-tiba,orang sebelah sana berdehem. Mungkin nak bagitau sesuatu kot.

          "Still there?" Ha kan dah cakap. "Dah balik." Jawab Ryana. Orang tu ketawa lagi. "Okay, I just wanna thank you for what you've done a couple weeks ago. I felt motivated with that song you sang." Ketawa lagi. Ryana tutup muka bila ingat balik kejadian tempoh hari.

          "Aha takde papelah sebenarnya. Kira macam balas baliklah. Dulu pun kau pernah mainkan gitar untuk aku kan? Masatu aku down sangat kot. That song motivated me so I think,why not?" Jawab Ryana sambil tersenyum.

          "So masuk kalini dah 3 kali kita jumpa?" Ryana mengangguk. Tapi dia lupa orang tu bukannya nampak pun jadi dia mengiyakan ajelah. "Taaruf?" Ryana kerut dahi. Taaruf? Dorang bukannya jumpa face to face pun. Hanya berbicara disebalik dinding  ni je.

          Ryana memandang dinding kosong berwarna coklat cair didepannya sebelum menjawab "After you,mister."

          Orang disebelah sana pun duduk menghadap dinding. Teragak-agak sebelum menjawab. "Ad." Jawabnya ringkas.

          Ryana kerut dahi. Tu je? Heh. Dia pun boleh balas balik. Tapi hm nak kata nama apa ni? "Nami" jawabnya sambil tersenyum.

      Orang disebelah sana turut tersenyum. Terkena dia kalini. Ingatkan bolehlah tau siapa gerangan pianist yang rahsia tu. Salah langkah apabila dia tidak memperkenalkan diri sepenuhnya.

          "So now we're friends?"

          "Friends."

         

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now