Chap 11

12.8K 811 21
                                    

          "Mengumumkan ketibaan para pentadbir dan guru-guru serta Majlis Tertinggi Akedemi Arista untuk masuk ke dalam dewan. Para pelajar diminta berdiri." Pengerusi majlis memulakan ucapan. Serentak,para pelajar berdiri bagi memberi penghormatan kepada para pentadbir.

          Kebanyakan pelajar perempuan terpaksa menahan rasa nak fangirl bila nampak F4 berjalan dengan penuh bergaya di belakang para pentadbir. Yang paling bergaya mestilah Fakeh yang berjalan di depan sekali diikuti oleh Adam,Firdaus dan Faiz dibelakang. Di sebelah kanan pula barisan MT perempuan yang kemas dengan uniform masing-masing.

          Selepas menyanyikan lagu negara,negeri dan lagu sekolah pelajar diarahkan duduk di tempat masing-masing. Ryana duduk,kalini tak menyumbat apa-apa ditelinga. "Dah taubat ke?" Elle bertanya dengan kening kiri terangkat. Ryana sengih penuh makna. Majlis perhimpunan dimulakan dengan ucapan beberapa orang guru diikuti dengan penyampaian hadiah NILAM untuk fasa pertama.

          "Untuk pengetahuan warga ArCad,pada hari Selasa yang lepas,sekumpulan pelajar lelaki tingkatan 5 telah menyertai Pertandingan Who is Next kategori band yang diadakan di Cyberjaya. Band yang dianggotai oleh Syed Fakeh Anwar,Adam Fayyad,Megat Faiz Sufian dan Nik Adnin Firdaus berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan tersebut."

          Ryana mencuri pandang kearah F4 yang dah senyum senget masing-masing. Banggalah tu. Mata Ryana mendarat pada tangan Firdaus yang masih berbalut. 'That mysterious guy is right. Everything's gonna be alright.' Dia tersenyum. Firdaus yang perasan sesuatu,pandang belakang. Kantoi Ryana tengah usha group dorang. Tapi Ryana masih tak perasan yang Firdaus pandang belakang.

          Fakeh pulak pandang belakang. Pandangannya bertembung dengan Ryana. Ryana pandang Fakeh sambil mengangkat kedua-dua belah kening. Muka macam 'apehal kau?' Fakeh senyum tengok reaction Ryana. Sebelum pandang depan balik,dia kenyit mata kat Ryana. "Ei apehal dia tu." Ujar Ryana spontan.

          "Apehal kau ni?" Ryana pandang Elle. Elle buat muka pelik. "Ah? Takde pape." Balas Ryana dengan senyum awkward dia tu. Tak lama lepastu F4 naik pentas untuk terima sagu hati dari pihak sekolah.  We all know what happen to the girls. "Handsomenya Fakeh weh." "Adam kenapa comel sangat i kenod." "Faiz buat muka macho duh." "Firdaus bapak cool."

          Ryana jeling budak junior kat belakang dia. Over betul. Tak lama lepastu majlis pun tamat. "Para pelajar diminta tunggu sebentar selepas perhimpunan." Ujar pengerusi majlis. Selepas sahaja para guru beredar,F4 naik pentas balik. "Okay kitorang nak cakap terima kasih sebab support. Kitorang tak expect pun naib johan sebab ada sikit masalah."

          Firdaus angkat tangannya yang berbalut. Adam jeling Ryana. Ryana kerut dahi. 'Apehal lah dia ni. Tak boleh ke buat baik walau sekali?' Ryana jeling balik. "But yea Alhamdulillah rezeki ArCad mungkin. This is the best gift kot since kitorang pun memang beria nak masuk."

          Tiba-tiba mic tu di'conquer' oleh Fakeh. Hek eleh gaya macam menang anugerah AMA je. "And we would like to thanks.." Matanya berlari memandang wajah-wajah para pelajar perempuan ArCad. Pandangan mereka bertemu. "To someone yang tolong kitorang atasi masalah yang ada. Thanks alot." Giliran Faiz conquer mic. "So malamni siapa nak dengar lagu F4?"

          "NAAAKKK!"

          "Okay so after Isya' berkumpul balik kat dewan ni?" Firdaus pandang ahli bandnya. Mereka 3 orang mengangguk. "That's all from us. Bolehlah bersurai." Tambah Firdaus lagi. Para pelajar ArCad beredar ke kelas masing-masing.

         "Em.."

          Suara Adam. Pelajar yang masatu baru nak keluar dewan berhenti untuk dengar pengumuman. "Ryana Zulkifli. 4 Khawarizmi tunggu kejap." Sambung Adam dengan nada tegas. Ryana yang masatu memang lagi selangkah je nak keluar mengeluh sambil menjuling mata keatas.

          "Apehal weh?" Shone tanya. "Kau buat salah apa lagi do?" Lisa menambah. "Aku tak nampak nama kau kat wanted-list dalam bilik disiplin pun. Apesal kena panggil?" Hureen turut serta. Ryana angkat bahu. "Geraklah dulu. Nanti aku naik kelas. Kalau dia marah aku,aku marah dia balik." Balas Ryana. Elle menepuk bahu Ryana sebelum keluar dari dewan.

          Bila dewan dah kosong barulah Ryana berjalan kearah pentas yang jauh gaklah. 'Demanding betul sampai taknak turun. Aku patahkan kaki sorang,sorang tahulah' bebel Ryana. 1 vs 4.

          "Yes?" Ujarnya kepada 4 orang jejaka dihadapannya. Adam pandang Ryana macam dia tu pesalah antarabangsa. Ryana membalas pandangan Adam. "Ehm." Suara Fakeh memecah kebisuan. "Ryana." Ryana pandang pemilik suara. Firdaus.

          "Thanks for helping me out the other day. Dapat nain johan pun mungkin atas pertolongan kau." Ujarnya. Ryana blurr sekejap. Tergamam. "Yea sure. Thanks jugak sebab tak mention nama aku tadi. Kalau tak mampus kena pijak dengan peminat tegar korang." Balas Ryana sambil menjeling Fakeh. Fakeh sengih.

          "Oh. And sorry. Tangan kau.." "Nah,it is not a big deal. Dah boleh bukak balutan ni." Kata Firdaus. "Great then. Pergi dululah. Ada kelas." Balas Ryana sebelum pergi meninggalkan F4 macamtu je. Mereka berempat menghantar pemergian Ryana dengan ekor mata.

          "Hard to catch." Faiz bersuara. "Agak ah. Kasar semacam." Balas Adam. "Hoi taknak masuk kelas ke?" Fakeh menyampuk. Mereka berempat keluar dari dewan menuju kelas masing-masing.

   

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now