Chap 31

13.1K 872 107
                                    


Ryana mengemas barang-barang nya untuk pulang ke asrama. Setelah berpenat lelah seharian belajar 3 killer subject iaitu lukisan kejuruteraan, physic dan chemistry akhirnya dia boleh dating dengan katil dan bantal.

Keluar je dia dari kelas,dia nampak susuk tubuh seseorang yang kalau boleh dia nak elak harini. Lelaki berbaju kuning yang dilipat hingga ke siku dan tangan kanan diseluk ke dalam poket sambil tangan kiri sedang scroll iPod. Telinga bersumbat dengan earphone.

Pandangan mereka bertemu. Ryana nak taknak berjalan ke arah lelaki itu.

"Pukul berapa?" Soal Ryana.

Firdaus kerling jam di tangan.

"45 minit dari sekarang okay tak? Bawak autocad kau sekali sebab aku nak tengok. Kat tempat biasa tau?" Jawab Firdaus.

Ryana angguk je. Kepala dah berdenyut. Autocad nya ada di makmal sebab tadi ada kelas LK so terus tinggal kat sana. Kepalanya dah mula berdenyut.

Dia hayun langkah menuju ke asrama. Rasanya tidur lagi penting dari makan kut. Nanti sebelum pergi kelas dia makanlah sekeping dua biskut. Heh macam tak biasa. Sesampainya di bilik,dia terus landing atas katil lepastu tidur tak ingat dunia.

Hureen dan Lisa masuk tak lama kemudian sambil rancak bercerita. Ryana yang tertido atas katil gaya fetus sambil memeluk bolster kesayangan dibiar begitu sahaja. Nampak je plaster sakit kepala yang tertampal di dahi Ryana tu tahu saja lah kawan mereka yang seorang tu tengah pening dan taknak diganggu.

Tak lama kemudian,telefon Ryana berdering korus lagu Justin Bieber. Hureen dan Lisa yang tengah belajar membiarkan saja. Tapi deringan tak berhenti disitu sahaja. Selepas deringan ketiga,Lisa angkat call.

"Hello?"

"Hi. Ryana ada?" Soal si pemanggil.

"Ryana tengah tidurlah. Dia tak.."

Belum sempat Lisa cakap,si pemanggil dah potong.

"Well it is the perfect time to wake the sleeping beauty because she is 30 minutes late for his class with Nik Adnin Firdaus. And he got no time to waste."

Lisa buat muka terkejut. Dia buat isyarat supaya Hureen kejut Ryana.

"Haa okay okay. I'll tell her."

Panggilan ditamatkan.

Ryana terpisat-pisat bangun. Kepalanya dah kurang berdenyut dari tadi. Kadang-kadang tidur tu boleh jadi ubat jugak. Hek.

"Ryana,kau ada kelas dengan Firdaus ke? Dia call tadi." Soal Lisa.

"Oh shit! Sekarang pukul berapa?" Ryana meliarkan pandangan mencari jam dinding.

3.15 petang.

Sila meninggal.

Kelam kabut dia sarung sweatshirt dan seluar slek sebelum menggagau cari beg LK nya. Stokin dipaki dan converse disarung. Ryana rasa tak sedap hati pulak tiba-tiba. Rasa macam ada benda tertinggal tapi apa ye? Ryana lajukan langkah sebab taknak lambat lagi. Kang kena maki dengan si Firdaus tu naya je!

Dari jauh boleh nampak asap keluar dari telinga dan kepala Firdaus. Berkepul-kepul. Entah kenapa moodnya terganggu harini. Tapi disebabkan dah janji nak tengokkan autocad Ryana petang ni dia cuba adakan juga mood tu. Tapi Ryana pulak tak menampakkan batang hidung mahupun bayang-bayang so he had to call her. Tau-tau je tertidur rupanya budak tu. Lagilah menyirap.

Hujan turun setitik demi setitik. Gerimis mula membasahi bumi. Ceh apetah ayat aku ni. Sila abaikan. Firdaus masuk ke dalam perpustakaan sambil membawa beg laptop. Plug dipasang dan laptop dicharge. Jam di tangan di jeling.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now