Chap 36

11.2K 814 46
                                    

       Ad mengetuk mata pen pada kertas yang berconteng. Otaknya ligat berfikir.

       "Iz tolong aku?"

       Kerusi dipusing menghadap rakan sebilik yang leka bermain FO3 secaram haram semestinya. Study week mana boleh bawak masuk sebarang game.

       "Hm homework aku.. Coutinho! Whop pass ke sapa ye hmm ambik!"

       "Woi!" Ad panggil lagi.

       "Ha apa?"

       Terus Ad pergi ke PC room matenya lalu mematikan PC itu.

       "Pondan betul. Aku tengah main kot!"

       "Terima jelah kau tetap tak boleh kalahkan Fathi. Dah,tolong aku cepat." Ad balas selamba.

       Malas-malas dia bergerak ke arah meja belajar sebelah Ad. Muka tak puas hati tahap platipus ditayang tanpa segan.

       "Aku nak cari oranglah.."

       "Pergi balai polis." Selamba Iz potong tanpa sempat Ad habiskan ayat.

       "Aku perlukan data pelajar ArCade. Aku tau kau je boleh buat kerja tu. Tolong aku?"

       Terangkat sebelah kening Iz.

       "Kau taukan berapa ratus pelajar Arista Academy ni? Jadi--"

       Ad potong kata-kata Iz pulak.

      "Nami."

       "Nami?"

       "Carikan mana-mana pelajar perempuan yang namanya Nami. Akronim NAMI. Nama timangan. Apa-apa je yang berkaitan. Boleh?"

       Berkerut dahi Iz. A girl name?

       "Okay. Bila nak?"

       Ad tersenyum. "As soon as possible."

       Iz senyum senget. Laptop Ad dicapai dandihadapkan kearahnya.  Jarinya ligat menari di atas papan kekunci. Ad pulak yang pelik. Dia cuba mengintai skrin.

       Data pelajar Arista Academy.

       What the--

       Ad pandang Iz dengan muka terkejut gila baba black sheep have you any wool. Iz buat muka bangga gila bapak.

       "When it comes to my job,nobody can defeat me."

       "So FO3 tu bukan kerja kau ke? Sebab tu Fathi asyik menang?" Ad perli.

       Iz siku perut Ad. "Aku dah tolong ni bersyukur sikit eh."

       Ad ketawa kecil. Dia bangun mencapai jaket hitamnya. Bahu roommatenya ditepuk sebelum ditinya menghilang disebalik pintu bilik.

       Pertemuannya dengan Nami baru-baru ni membangkitkan semangat inkuiri yang begitu menebal dalam dirinya. By hook or by crook,dia wajib bongkarkan identiti sebenar Nami.

         **********       **********

       Ryana gigih membalas pukulan pihak lawan. Kakinya rajin melangkah ke kiri dan kanan manakala tangan sedia menghayun raket sambil matanya kekal fokus pada bulu tangkis.

       20-19

       Satu lagi smash dan...

       YAS! Ryana memenangi 2 set berturut-turut. Prestasinya meningkat. Dia begitu yakin bahawa dia boleh melayakkan diri untuk menyertai Badminton Junior World Championship.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now