Chap 61

9.2K 720 88
                                    

   Ryana menaikkan hoodie merahnya ke kepala. Otaknya terasa sangat sesak sekarang. Pelbagai benda bermain-main dalam fikirannya beberapa hari ni. Semua benda yang jadi ni rasa macam bunga api. Meletup semua sekali gus sampai takde masa nak berfikir dengan jelas.

   Cubaannya untuk mendapatkan penjelasan dari Nik Adnin Firdaus gagal. Call tak angkat, bila panggil sengaja tak menoleh. Rasa macam orang bodoh. Habis berselirat kepalanya. Akibatnya, minggu itu sahaja banyak kali dia ponteng kelas.

   Tanpa berfikir panjang dia berjalan di bawah lampu jalan yang berdekatan dengan dinding yang agak rendah. Route C. Disebabkan selalu sangat buat kerja-kerja macamni, maka dia lebih peka untuk tak kantoi dengan pakcik makcik guard.

   Tapi dia tak sedar ada sepasang mata yang sedang memerhati gerak langkahnya. Bersama keluhan, sebuah handphone dikeluarkan dari poket. 11 digit nombor didail sebelum telefon dilekap di telinga.

   Ryana yang sedang berjalan ke perhentian bas berdekatan segera keluarkan telefon nya dari dalam poket hoodienya bila telefon vibrate macam gempa bumi.

   Fakeh?

   Icon hijau di slide ke atas.

   "Masuk balik. Malamni ada inspection." suara di hujung sana memberi arahan.

   Berkerut dahi Ryana. "Sorry but i dont care."

   "Iman Ryana, masuk balik. Nanti..."

   "Why would you care Firdaus?" Ryana segera memotong kata-katanya.

   Panggilan ditamatkan.

    Firdaus tersentak. Dia call Ryana guna phone Fakeh tapi macam mana Ryana boleh tahu? Heh. Fakeh tu abang sedara dia, mestilah dia tahu. Alahai Firdaus.

   Dia mengeluh lagi. Bukan dia mengelak tapi, dia masih belum cukup berani untuk berdepan dengan Ryana. Not mentally prepared yet.

( & )

   "Weh Ryana, Cikgu Azu nak jumpa." Mia, penolong ketua kelas menyampaikan pesan kepada Ryana.

   Dengan malas Ryana bangun dari tempat duduk dan melangkah longlai menuju bilik guru kaunseling yang juga guru disiplin paling lemah lembut dalam sekolah. Apa-apa hal memang boleh nego dengan Cikgu Azu.

   Pintu bilik diketuk sebelum Cikgu mengarahkan Ryana untuk masuk. Ryana tarik senyum untuk dihadiahkan kepada guru tersebut. Cikgu Azu kemudian menyuruh Ryana duduk dihadapannya. Senang nak bincang.

   "Hi Ryana."

   "Iye cikgu?"

   "Awak okay tak?" soal guru muda itu lagi.

   "okay."

   "Semalam waktu inspection awak takde dalam bilik. Awak pergi mana?"

   Ryana diam seketika. "Saya keluar."

   "Keluar mana?"

   Keluar pergi mana je hm hari Ahad biasanya blok akademik memang tak bukak takkan nak cakap pergi kantin ha lagi tak logik.

   "Pukul berapa awak balik?" soal cikgu lagi.

   Ryana tunjuk jari telunjuk dan jari tengah kepada gurunya.

Let the Music PlayDonde viven las historias. Descúbrelo ahora