Chap 46

9.8K 793 122
                                    

       Ryana menatap skrin telefonnya. To do or not to do. Tak cukup skrin telefon,dijeling pulak skrin laptop. Setakat ni semua dah settle tapi dia tak boleh janji semua benda akan berjalan lancar. We have to always expect the unexpected jadi,to do or not to do?

       Tiba-tiba handphone ditangan berbunyi nyaring. Ada panggilan masuk. Terus Ryana campak telefon ke katil sebelah. Terperanjat Lisa dibuatnya. Segera dia intai skrin.

       "Woi Ryana. Yang Adam ni call kau kenapa?"

       Ryana pura-pura sibuk menghadap laptop. Tah dah berapa kali tah Adam call sejak 3-5 hari ni.

       "Ha ye hello?" Lisa jawabkan call sebab bising.

       "Ryana? Dia malas nak layan sebenarnya. Lagi-lagi kalau call daripada Adam Fayyad. Sila jangan call lagi dan terbang je pergi Jepun tu diam-diam. Ada orang tengah belajar untuk ujian prestasi dalam bilik ni. Maaflah berkasar ye? Ha ok bye goodluck."

       Pap! Terus ditutup.

       "Lain kali cakap je macamtu kat dia. Kan senang takdelah dia call banyak kali." Lisa menjeling Ryana. Smart phone berwarna gold itu dicampak semula ke katil Ryana.

       "Hm pape jelah." Balas Ryana ringkas.

       "Tapi kan,kau marah lagi dengan dia ke?" Lisa tanya lagi. Ryana angguk je. Malas nak cakap panjang lebar.

       "Sampai sekarang?"

       Angguk.

       "Tapi niat dia baik."

       Ryana pandang Lisa macam nak telan.

       "He. Ruined. Everything."

       "Ryana.." Lisa mengeluh.

       Ryana tekan kekunci pada laptop dengan perasaan marah. Bila teringat balik apa yang Adam buat dulu,aih rasa macam nak rembat kepala dia guna raket badminton tu ha kasi amnesia.

       Ada ke patut Adam hantarkan borang yang Ryana penat-penat seludup keluar semata taknak datuknya nampak,alih-alih si malaun ni pulak dengan niat suci murni pergi hantar terus direct kat Dato Sri Harun Rasyid. Ha cerita dia memang bengang lah si gorila seorang ni.

       Nasib baik Adam jauh nun kat pusat latihan,kalau dekat memang Arista Academy kena cari ketua asrama baru secara mengejut.

       Ryana kembali menatap skrin telefon. Nombor seseorang didail. Setelah habis fikir secara masak-masak,butang hijau ditekan. Segera dia berlari keluar daripada bilik.

       "Hello? Abang,ni Ran."

( & )

       Bagasi berwarna merah jambu dikeluarkan daripada bawah katil. Dia menilik jam di tangan kiri.

       9.15 malam.

       Dia meraup muka. Tak pernah lagi dia 'panjat pagar' seawal ni. Selalunya pukul 12 keatas. Itupun secara solo. Jarang bawak bagasi bagai ni. Kang kalau tak lepas,naya je. Mau kena grounded sampai tamat pengajian!

       Handphone disisi vibrate menandakan ada mesej baru.

     ' hallway clear. Guna route C. Elle kat dalam bilik warden. '

       Dia hantar emoji 'okay'. Hureen kumpulkan student dekat Arcade Lounge untuk halang mana-mana pelajar dari lalu lalang kat sekitar jalan keluar nya nanti. Elle dengan Shone kat bilik warden,lengahkan masa.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now