Chap 28

12.3K 791 60
                                    

    Ryana galas beg LK atas bahu sambil menyarung sneakers kegemarannya. Handphone ditangan ditatap buat kali ketiga.

  LK kat studio pukul 3. Bawak kertas periksa  -Firdaus

       Ryana menghela nafas. Rasa mengantuk waktu petang ditepis.

      'Okay Ryana. 2 jam ni je.'
Dia memujuk hati sendiri.

      Baru je Ryana nak mulakan langkah,kedengaran beberapa derap tapak kaki laju menuju kearahnya.

      "RYANAAAA!"

      "THIS IS MAGICAAALL!"

      Ryana cepat-cepat masuk dalam bilik dia tapi dah terlambat sebab Lisa dah cengkam tangan dia. Ryana buat muka terkejut.

       "Cuba teka apa terjadi." Hureen bersuara sambil tercungap.

       Ryana angkat bahu. Yang dia tahu dia tengah tersengguk masa siapkan homework fizik. Tak lama lepastu Elle dengan Shone muncul dengan muka cool dorang tu.

      "Okay gais,cepat cakap serentak."

      "Lah kau tak cakap lagi ke do?"

       Ryana pandang setiap muka yang ada di depannya. Jam tangan Fossil  di tangan dikerling. 2.55 petang.

       "Okay girls,got to go now. Sebelum Firdaus tu hempuk aku dengan gitar elektrik dia,baik aku pergi dulu. Bye!" Ryana terus berlalu sambil melambai.

       "Tapi Ryana..!"

      "Hot guys from ZeInt are here!"

       "Behave,girls!" Ryana laung dari jauh tanpa pandang belakang.

Studio Lukisan Kejuruteraan. Block B bangunan akademik.

      Ryana ketuk pintu bilik sebelum membuat terjahan. Kut Firdaus tengah kuak lentang gaya seksi ke sebab lama sangat tunggu dia ke,en? Tak ke malu seumur hidup?

       "Masuk."

       Ryana pulas tombol pintu dan masuk dengan muka separuh bersalah sebab lambat 10 minit. Tutor nya tu bukan banyak masa lapang,kalau nak marah sekarang pun rasanya Ryana boleh redha je kut sebab moodnya tengah baik.

      "Sorry lambat."

       Firdaus capai cermin yang ada di atas meja guru dan melihat wajah tampannya yang ala-ala Jepun tu tu di cermin. Ryana kerut dahi. Buang tebiat dah ke?

       "Belum berjanggut lagi so aku maafkan."

       Mulut Ryana membentuk 'o' kecil dengan muka separa terkejut.  Kurang hasam punya Firdaus. Nak bergurau pulak dia huh! Ryana juling mata ke atas.

      "Ha Ha very funny i forgot to laugh." Balas Ryana dengan muka sarkastik habis.

       "So lets start our learning session before aku hentak beg LK ni atas kepala kau yang dah mereng tu." Ryana meletakkan begnya atas meja secara kasar supaya sound effect nya jelas kedengaran.

      Ryana letak kertas periksa yang tertera markahnya depan Firdaus lalu mengeluarkan board yang lengkap dengan T-square dan set square. Firdaus membelek kertas periksa Ryana sambil meneliti kesalahan. Bosan menunggu,Ryana mula main dengan pengepit kertas dan T-square miliknya. T-square digerakkan ke atas dan ke bawah dengan muka bosan tahap giga.

       "B is fine. Kesalahan kau sikit je. Cuma hati-hati dengan skala dan tolong fahamkan konsep dan soalan. Tapi tangent kau sangat bermasalah."

      "Tangent ada 2 soalan so it's a goodbye to my 25 marks." Balas Ryana.

      Firdaus mengangguk faham. "Okay then lets starts with tangent."

       "Secara mudahnya,tangent ialan gabungan bulatan,garisan,elips dan parabola. So memang ada certain soalan yang kena lukis elips dulu and all that."

      Firdaus pandang Ryana. Ryana angguk faham sambil mata tertumpu pada kertas soalan dia. Rasanya tajuk inilah yang dia fly tu kot. Ha kan dah tak berkat nak jawab periksa. Firdaus menyambung lagi.

       "Tangen ada banyak and setiap benda mesti ada asas. Sama mcm tangen. First, cuba cari dalam kehidupan seharian ni bentuk apa yg guna tangen. Track utk lari? Yes. Betul lah tu. Kalau perasan track tu bukan bentuk bujur. Bentuk asalnya terdiri daripada dua bulatan yang disambungkan dengan garis lurus."

     Ryana angguk banyak kali tanda mengiyakan. Otaknya mula imagine. Firdaus sambung lagi,

    "Dalam surah alfatihah ada ayat yg berbunyi " tunjukkan aku jalan yang lurus " . Tapi sebelum berdoa kita kena usaha dulu mcm mana nak menuju jalan yg lurus tu."

     Ryana kerut dahi. Dah masuk sesi ceramah agama pulak ke cemana ni?

      "Okay mcm ni, setiap bulatan mesti ada pusat bulatan. Anggap la macam bulatan first tu diri kita dan pusat bagi bulatan tu ialah hati kita. Dan bulatan yg kedua itu ialah cara hidup kita dan pusatnya ialah agama. Next step ialah sambungkan kedua dua titik bulatan tu dgn garisan lurus. Guna pembaris. Fungsi pembaris ni sama mcm alquran dan sunnah. Guide kita utk sentiasa di jalan yg betul(lurus)."

     Ternganga kecil Ryana dibuatnya. Tak pernah dibuat orang bagi penerangan untuk lukisan kejuruteraan siap merentas kurikulum masuk bab ceramah agama. It is a good analogy anyway.

        "Okay mcm dah bnyk sngt aku melencong ni. Berbalik kepada track, lepas sambung dua titik bulatan tu, cari titik tengah antara dua bulatan tu. Guna je compass. Okay lepastu, nak dptkan garisan tengah ni buat bisect. So dari titik bulatan ambil jarak yang ini,2.5 cm tanda dekat atas garis lurus yg kau dah buat tadi then buat yang sama dekat titik bulatan lagi satu dengan jarak yang sama mcm yg dah buat tadi. Ha cuba teka lepastu apa?"

      Ryana pandang Firdaus dengan muka blurr yang nampak sangat innocent. Otaknya ligat memproses segala maklumat yang dia dapat. Segala jenaka tak kelakar termasuk tazkirah ringkas 30 saat dari Firdaus ditapis.

     "Buat garisan lurus dekat titik yang bersilanglah. And,dah dapat pusat bulatan." Jawab Ryana. Firdaus tersenyum.

      "Lepas tu kena buat separuh bulatan pulak dari titik tengah tadi. Caranya mcm ni, ambil jarak dari titik tengah tu sampai titik bulatan then buat lah mcm biasa. Dah jadi separuh bulatan, tengok garisan yg bersilang antara bulatan dan separuh bulatan. Kat garisan tu la sepatutnya bina garisan yg nak sambung dekat bulatan lagi satu. Ha kan dah dpt tangen dia kat situ."

      
      Mata Ryana terus bercahaya. Betullah tajuk nilah yang dia fly. Sebabtu main hentam keromo saja jawab haritu.

       "Faham,kan?"

      Ryana angguk macam belatuk.

      "Lain kali jangan fly sebab tangent ni tricky sikit."

       Wuu heartshot padu disitu. Ryana act cool je acah nak cover. Firdaus senyum senget dan teruskan dengan rubic cube dia manakala Ryana cuba buat soalan berkaitan dengan tangent.

 
   This chapter is dedicated to my sensei(s) :

           Syamimi Razak
            Muhd Najmi

Let the Music PlayΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα