Chap 38

10.6K 771 60
                                    

"Penat?"

Ryana mengangguk. Air 100 Plus dicapai dan diteguk. Dia memandang orang disebelahnya yang mengelap peluh dengan tuala kecil yang disangkut di bahu. Lelaki itu memandang Ryana balik. Ryana terus pandang depan.

"Nak pergi jalan-jalan tak?"

Ryana kerut dahi pandang Adam.

Ye tepat sekali.

Entah macam mana dia boleh terlepas pandang yang Adam Fayyad pun budak-budak badminton jugak selama ni. Time tengah buat persediaan untuk world championship jugaklah baru perasan. Heh terhijab kot. Tulah,benci sangat. Kan dah melekat.

Ryana main untuk perseorangan wanita bawah 18 tahun dan Adam main untuk beregu lelaki bawah 18 tahun juga.

Harini Coach Miskun ada urusan dengan Majlis Sukan Negara mengenai pendaftaran mereka untuk ke latihan pusat jadi beliau tak dapat pantau dengan lebih lama. Jadi Adam yang mungkin kepalanya terhantuk lagi kat mana-mana dengan tiba-tiba membuang tebiatnya mengajak Ryana berehat awal.

Mereka berhenti di depan bilik muzik. Tempat lepak kegemaran Ryana. Tombol dipulas dan pintu ditolak. Ini bukan bilik muzik yang Ryana selalu masuk.

Kejap. Macam mana Adam tau dia suka lepak kat bilik muzik?

"Masuklah. Buat macam rumah sendiri." Ujar Adam sambil melangkah masuk dengan kaki kanan.

Macam mana dia--

"Bilik ni je yang tak berkunci dan ada aircond so,why not? Hehe" Dia buat simbol peace lepas menghidupkan pendingin hawa. Ke penghawa dingin? Heh janji aircond.

Ryana berjalan mendekati keyboard.

"Kau pandai main musical instrument ke?" Ryana menjawab pertanyaan Adam dengan 2 kali anggukan.

"Oh. Apa je pencapaian kau setakat ni?" Adam tanya lagi.

"ABRSM teori piano baru tahap 6 dan praktikal tahap 5. Baru nak belajar gitar and violin. Kenapa?" Ryana soal balik.

"Quite amazing." Adam mengulas. "Seni suara taknak try?"

Ryana menggeleng.

"Not interested. Aku lagi suka melody tanpa suara. Macam background music. Nyanyi pun kadang-kadang je." Balasnya.

"Whoa kau boleh menyanyi?" Adam nampak macam sangat terkejut.

"Lol Adam,semua orang boleh menyanyi. Cuma antara sedap dan tak je. Kau?" Ryana soal Adam balik.

"Oh suara aku memang sedap" Adam puji diri sendiri.

"Ew poyonya. Blah lah kau" Ryana buat muka annoyed. Adam ketawa.

"Aku pun pandailah." sambungnya.

"Seriously? Ingatkan tangan kayu." balas Ryana begitu sarkastik.

"Baik sikit cakap eh. Aku tumbuk kang penyek hidung kau." Ujar Adam dengan muka acah gangster.

"Whateverr. Apa je yang kau reti?" Ryana bertanya,teringin jugak nak tau.

Adam mencapai gitar. Ryana terdiam. Adam ke guitarist tu? Kalau ikut logik akal,Ad tu boleh jadi singkatan bagi Adam. Dan Adam pun salah seorang ahli band sekolah. Tapi Adam vocalist.

"The music is in my blood. The instrument is my heart" tangannya memetik gitar.

Ok seriously sumbang.

Ryana pandang Adam pelik. Apa yang dia cuba nak sampaikan ni?

"Can't you hear that?"

Ryana mengerutkan dahi. Nak kata Adam tengah main gitar macam mustahil. Ryana memasang telinga.

"Hear what? I didn't hear anything." Jawabnya.

"It didn't rhymes well but it is a music to me." Jawab Adam dengan muka yang bersungguh macam watak utama drama yang tengah nak mengorat heroin.

Kena sampuk apa budak ni? Ryana pandangkan aje.

"Adam? Kau okay tak ni? Ke penyakit gila kau dah datang balik?" Soalnya.

"It's here." Adam meletakkan tangannya ke dadanya yang bidang. "My heart beats faster than usual whenever I'm with you that it didn't rhymes well with my respiration level." Adam buat pickupline.

Ryana buat muka annoyed.

"Kau nak mati dah ke? Meh sini aku cekik biar tak bernafas langsung." Balas Ryana.

Adam buat muka kecewa.

"Buruk betul buat muka macam tu. Dahlah. Duduklah sini sorang-sorang. I'm leaving. Bye" Ryana segera berlalu meninggalkan Adam.

Huh! Gila agaknya. Tiba-tiba nak main pickupline pulak. Ke ni rancangan Hidden Camera ke apa-apa tah tu yang nak kenakan orang? Entah kena sampuk apa budak tu.

(&)

Ryana balik bilik bila dah selesai mandi dan segarkan diri. Tiba-tiba rasa penat dan nak lelapkan ma..

GEDEGANG!

Pintu bilik dikuak seluas-luasnya. Ryana terus terjaga. Ada rusuhan ke apa ni?

"IMAN RYANA DATO' ZULKIFLI BANGUN SEKARANG!"

Malas-malas dia bangun dari perbaringan menatap empat wajah didepannya yang serupa serigala jadian. Muka mengantuk ditunjuk tanpa segan silu.

"Apaaaa? Aku penatlah nak tido." Balasnya.

"Serious kau kena explain benda ni." Hureen letak majalah di depan Ryana.

Majalah Ikon itu ditilik. Eh macam kenal muka ni? Majalah ni pun sama. Ryana membaca headline majalah.

What the--

"Mana korang dapat?" Dah tak ngantuk dah.

"Kakak aku singgah tadi and dia bagi aku ni. So Iman Ryana Dato' Zulkifli, we demand for an explaination." Elle menjawab.

Ryana gigit bibir. Hatinya berbelah bahagi. Tapi diorang ni roommates. Boleh dipercayai sejak turun temurun lagi. Ehh.

"Apa yang tertulis kat situ,semua nya betul. Aku adik Emier,yes korang tahu. And Emier anak Dato' Zulkifli. Yes aku pun. Pewaris Arista Academy? Huh takpelah."

Berkerut 4 pasang kening.

"Aku ada masalah dengan Dato Sri Harun Rashid. Nanti kalau masa yang betul-betul sesuai aku bagitau eh? Sorry sebab rahsiakan benda ni dari korang semua. Dan aku mintak sangat. Tolong,tolonglah jangan dedahkan apa-apa kat sesiapa pun."

Lambat-lambat mereka berempat mengangguk.

"Ini ada kena mengena dengan kenapa kau nak sangat pergi Jepun ke?" Shone yang diam dari tadi menyoal.

"Kau gunakan tiket sebagai wakil Malaysia untuk pergi Jepun? Kenapa tak pergi bercuti je nanti?" Lisa menambah soalan.

Ryana paksa senyum. "Dia takkan bagi. Dan aku akan pergi jugak Jepun tu. By hook or by crook."

Sunyi seketika. Keempat-empat orang itu faham dan hormat privasi Ryana. Lagi-lagi bila mood dalam bilik tiba-tiba berubah.

"Oh ya!"

Semua pandang Lisa.

"Masa kau kat Jepun dulu takkan takde kawan kot."

"Haah. Childhood friend yang dah lama tak jumpa."

"And sekarang tiba-tiba dia jadi handsome."

"Omg. Goals!" Serentak keempat-empat orang itu berfangirling.

Ryana tersenyum. Otaknya ligat memainkan semula kenangan zaman kecik. Bayangan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia dalam lingkungan 10 tahun bermain di minda.

Naito.

Let the Music PlayTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang