Chap 16

12K 821 16
                                    

          Ryana menghayun langkah pantas kearah bilik MT. Sudah dia agak yang manusia bernama Adam Fayyad tu sungguh tidak boleh diharap! Membuak-buak rasa marah nya ketika ini. Kalaulah Adan tu betul-betul ada dalam bilik MT tu memang sudah diseligi kepala Adam.

          Tapi kalau semua MT dalam tu,tak ke dia pecahkan rahsia sendiri? Mestilah MT tu semua pelik tiba-tiba je dia muncul. Damn Ryana! Kenapa tak fikir sampai habis dulu?

          Ryana memarahi diri sendiri. Tanpa sedar,sebelah kakinya sudah berada di dalam bilik MT. "Ye nak apa?" Soalan dari Izzat menyentakkan Ryana.

          Ryana pandang sekeliling bilik tu. Dipenuhi dengan hampir kesemua ketua biro yang Ryana langsung tak berminat nak ambik tahu pun siapa. Pandangannya terhenti pada Fakeh. Fakeh buat muka 'kenapa tetiba ceroboh bilik ni?'

          "Em.." Ryana gugup,tak tahu nak balas apa. Selalunya lantang je bersuara. Ni tetiba senyap tergagap pulak tu! Aduh Ryana,buat malu je kau ni. Dia memandang Adam pula. Ternganga-nganga mulutnya cuba untuk mengatakan sesuatu.

          "Bye." Pintu ditutup dengan kuat.

          Ryana dapat rasakan mukanya merah sekarang ni. Malunya ya Allah. Semasa dia nak melangkah pergi kepalanya hampir saja melanggar suatu permukaan yang 'flat' di depannya berwarna kuning air bertie biru kehitaman berlogo sekolah di tengah tie itu. Ryana mendongak sedikit.

          Firdaus si muka batu muka ais muka simen muka konkrit. Macam biasa Firdaus dengan muka tak berperasaannya tu memandang Ryana. Baru je dia nak bukak mulut,Adam keluar dari bilik MT.

          "Kenapa volcano ni ada kat sini?" Soal Firdaus kepada Adam.

          "I guess she is looking for me. Right?" Adam pula menyoal Ryana.

          "Volca- what?" Ryana menyoal mereka berdua sambil menunjuk ke arah diri sendiri.

          "Masuklah dulu. Aku settle ngan dia ni kejap. Woi cepat. Taman anggur." Balas Adam lalu melangkah pergi ke arah taman anggur yang terletak tidak jauh dari bilik MT.

          "Kenapa cari aku?" Soal Adam.

          Mukanya begitu tertekan. Mana taknya,tadi dahlah kena panggil dengan penyelia asrama sebab asrama tak berapa nak kemas. Petang ni PPD nak buat pemantauan. Masa baru naj start meeting,si volcano Ryana pulak yang datang memanggil dia di bilik MT. Kalau si Ryana ni nak cakap hal remeh temeh Adam bercadang nak kurung aje dia dalam stor tu.

          "Macam mana ada orang boleh tahu yang aku ni ada kena mengena dengan Fakeh?" Soal Ryana direct.

          Adam mengerutkan dahi. Ada orang lain tahu ke selain dia? "How would I know?" Soalnya kembali.

          "Adam Fayyad this is not funny. Kalau bukan kau yang bagitau takkanlah aku pulak?" Balasan Ryana kedengaran sinis.

          Adam menghela nafas. Cuba bertenang. "Siapa? Form berapa?" Soalnya kembali.

          "Tak kenal. Lower form kot." Jawab Ryana sambil cuba mengecam muka budak tadi.

          "Does not make any sense. Kalau Form Five yang tahu,yes aku yang bocorkan. Tapi kalau lower form?" Ada membentang hujah ringkas.

          Ryana terkedu. Menimbang tara kerelevan hujah tersebut.

           "You know what? You are very funny Ryana Zulkifli. Now would you excuse me? I've got something really important to do and it does not related to revealing your true identity." Sambungnya sebelum berlalu sambil melonggarkan sedikit tali lehernya.

          **********       ********""

          "Sebenarnya Adam dah banyak berubah. Dia tak macamtu dulu." Ujar Fakeh sambil meletakkan segelas Ice Vanila latte di depan Ryana. Haritu dorang outing sama-sama. Atas arahan datuk mereka sebab kena re-check persiapan perkahwinan kakak sedara mereka.

          "Oh really? Abang pun kata benda yang sama. But still,he is a jerk!" Balas Ryana sebelum menyedut minumannya.

          Fakeh menggeleng kepala.

          "Dulu kitorang sama-sama fly,buat masalah,ponteng kelas,masuk Detention Class berkali-kali dan cuba nak letupkan sekolah. Atuk memang marah gila masatu hahah. Semua berubah masa form 4. Cikgu Faisal panggil. Dia suruh kitorang berempat jadi pengawas."

          "He said we have potential so why not? Bukan senang tau nak paksa kitorang jadi pengawas. Dari form 3 Cikgu Faisal gigih berusaha. After that,kitorang buat kerja macam biasa and so on. Tetiba form five ni kena jadi MT pulak. And nasib Adan malang sebab kena jadi KA. Mula-mula cikgu-cikgu sepakat pilih Faiz tapi.." Fakeh angkat bahu.

          "Dia asyik terima tekanan dari penyelia,warden dan GPK HEM tentang asrama. So he kinda stressed out and yea. Turns out to be Adam instead of Fayyad."

          Ryana yang sedari tadi tekun mendengar,menyuarakan soalan. "Kenapa stress? KA yang lain elok je takde lagi yang..macam dia."

          "Fayyad stress sebab asyik kena banding dengan KA sebelum-sebelum ni. Warden cakap even Faris Naufal,your brother,berjaya handle Beta ArCad Home so kenapa dia tak boleh sedangkan latar belakang sama. Well lebih kurang macamtulah. Sebab tulah haritu dia stress."

          "One thing yang Fakeh salute dengan dia ialah kalau dia marah,dia takkan main sembur aje orang sesuka hati kalau orang tu takde kaitan. Melainkan kalau memang orang tu tempah mautlah cari pasal dengan Adam Fayyad." Fakeh memberi penerangan panjang lebar.

         Ryana diam. Mengenang balik hari yang dia berani face to face dengan Adam sebab hal remeh. Muka Adam tegang and a lil bit merah and..yea Fakeh is right. Ryana perasan sesuatu yang tak pernah dia nampak sebelum ni.

          Adam tak pernah marah dia sesuka hati. Adam selama ni sedaya upaya cuba kawal kemarahan dia walaupun Ryana asyik cari pasal sebab Ryana bukan punca masalah tu.

          He is indeed very gentleman.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now