Chap 62

7K 624 74
                                    

   Ryana meletakkan baldi kecil berisi air sabun di tepi kaki. Jari telunjuk menyapu tingkap untuk mengesan ketebalan habuk. Nasib baik tk banyak. Mesti pembersih kawasan dah bersihkan tingkap ni beberapa hari lalu. Baru je dia nak lap tingkap, baru dia perasan pengelap tingkap tertinggal dekat atas rak dalam janitor room.

   Dengan menjulingkan mata keatas dia memusingkan badan ke kanan dengan muka malas.

   "Oi!"

   Satu suara menahannya dari terus melangkah. Dia pusing belakang. Tercongok seorang manusia dengan kemeja kuning cair dengan lengan baju dilipat ke siku. Tali leher dilonggarkan dan dua butang ditanggalkan mungkin sebab panas tengah hari.

   Ryana fokuskan pada apa yang lelaki tu hulur. Wiper tingkap! Terus kedua-dua belah kening diangkat.

   "Kenapa? Nak lap guna tangan je ke?"

   "Lap guna muka kau pun elok jugak biar sama dengan hati."

   Aduh. Boleh tahan jugak comeback si Ryana ni.

   "Never failed to be irritating." Dia memalingkan muka ke kanan dengan senyum senget.

   "Pleasures all mine." jawab Ryana lagi.

   Ryana berjalan mendekati Adam Fayyad. Adam hulurkan wiper tingkap kepada Ryana.

   "Sebab ni je ke datang sini?" Ryana dah memulakan tugas dia.

   Adam menyandarkan badan ke tembok bertentangan dengan tingkap. Siku kiri diletak atas tembok.

   "Saja je nak tengok kau buat kerja ke tak."

   Ryana julingkan mata ke atas.

   "Dah tengok dah kan? Okay dengan segala hormatnya dipersilakan balik." Ryana tunjuk ke arah tangga,terang-terangan menghalau Adam pergi.

   "No thanks. The classes are over i can be where ever i want now." balas Adam.

   Keadaan senyap seketika. Ryana fokus membersihkan tingkap manakala Adam leka scroll segala application yang ada dalam phone dia. Bila dia angkat kepala, dia nampak Ryana dah terjengket mengelap tingkap bahagian atas.

   "Nak aku ambikkan kerusi ke?" perlinya sambil tersengih.

   Pergerakan Ryana terhenti. Eh mamat ni dahlah datang tak diundang dah diam tadi ingatkan dah berhambus rupanya ada lagi kat sini. Mengutuk pulak tu.

   "Diamlah Adam." balasnya.

   Baru je dia nak jengket kembali, Adam dah rampas wiper tu dari dia. Terus dia dongak pandang Adam. Beza tinggi dorang ni takdelah jauh mana pun tapi mendongak jugaklah walaupun sikit.

   Ryana undur kebelakang, membiarkan Adam habiskan kerja-kerja mengelap tingkap bahagian atas.

   "Tu ha ada habuk lagi tu."

  "Kat tepi sana tu tak lap lagi rasanya."

   "Eh dah-dah lah tu berapa kali kau nak sental? Bukan boleh jadi cermin Snow White pun nanti."

     Banyak pulak arahan si Ryana ni.

   "Ha tingkap yang tu..." tak habis lagi Ryana cakap Adam dah sembur muka Ryana dengan air sabun.

   Ryana mengetap bibir. Mata dibuka perlahan-lahan. Adam Fayyad dipandang macam nak tikam guna garfu.

   "Ops, ingatkan tingkap tadi." ujar Adam tanpa rasa bersalah.

   Baru sahaja Ryana buka mulut untuk serangan balas, Adam dengan senyuman maut nya dah potong.

     "cause you were shining so bright." mata kiri dikenyit sebelum dia berpaling untuk menyambung kerja.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now