Chap 64.5

6.9K 653 74
                                    

   Ryana menarik bagasi emerald miliknya menuju masuk ke dalam KLIA. Bagasi yang lain chauffeur yang tolong angkatkan. Lagipun tak banyak. Harta dia adalah dalam dua bagasi centu. Naufal punya bagasi ada sebijik tupun yang besar gabak punya.

   "Iskandar jemput kita kat sana nanti." ujar Naufal.

   Ryana hanya mengangguk. Masa Naufal pergi uruskan perihal passport dan visa, Ryana nampak ada orang lambai ke arahnya. Sweatshirt merah dengan tulisan 'ANGER' terpapar.

   "Kasya?"

   "Ran!! Apa khabar adik abang?" Emier akasya mengusap kepala Ryana.

   "mentally tired physically exhausted." jawab Ryana monotone.

   "Eh kenapa macamni? Bukan ke Ran patut bergembira sebab you're finally going to Japan!" emier pulak bersemangat waja.

   "Kenapa abang ada kat sini? Zenith International Highschool bukan tengah busy ke sekarang? Sem baru start kan?" soal Ryana bertubi-tubi.

   "im here to send my baby sister away lah. Takkan tak boleh kot. Kang kalau Ran rindu abang macam mana?"

   "kalau ada masa lah ye? Tak janji tau."

   Emier buat muka terkejut. Bertuah punya adik! Ryana memaut leher Emier yang terang-terangan lebih tinggi dari dia. Dah nak tersujud dah tu.

   "okay tipu je. Mestilah Ran rindu."

   "Eh kasya? Dah sampai? Ran,nah. Simpan betul-betul tau segala pengenalan diri ni. Eh jomlah duduk kejap." ajak Naufal sambil lead jalan menuju ke arah francais makanan yang ada.

   Ryana toleh kebelakang. Eh? Dah takde? Berkerut kening Ryana. Tadi dia yakin sepanjang perjalanan dia berjumpa dengan Emier, ada seseorang mengekorinya. Tapi tak tau pulak siapa.

   "Ran?" emier memanggil.

   "ah ye?"

   "is something wrong?" soal abangnya.

   "err takdelah. Jom jom." bagasi ditarik mengikuti langkah Naufal.

   Selesai makan, mereka duduk di kerusi yang disediakan sementara menunggu masa penerbangan yang dah tak lama. Ryana memerhati handphone ditangan dengan harapan ada notification masuk daripada dia. Sungguh dia tak faham dengan diri sendiri!

   Sekejap rasa Firdaus tu menyemakkan kepala otak, sekejap rasa macam tak lengkap kalau takde Firdaus. Kenapa hidup ni complicated?

   Firdaus ni, taknak cakap bye ke?

   Ryana ambil keputusan untuk unlock phone. Icon contact ditekan lalu nama Firdaus ditaip. Okay cun, dia tak block lagi nombor Firdaus. Tapi kenapa? Susah sangat ke nak jumpa dia? Ugh!

   Emier menyedari kelibat seseorang mendekati mereka. Berhoodie kelabu dan topi hitam. Fuh ni mesti pengaruh kdrama ni.  Dia perhatikan gerak geri lelaki tersebut yang menyorok disebalik tiang. Mata lelaki tersebut terkunci pada Ryana yang sedang mengelamun. Emier menyiku Naufal yang sedang meneliti jadual kerja di telefonnya. Naufal angkat kepala.

   "angah kenal ke siapa tu?"

   Naufal tundukkan kepala untuk memastikan identiti orang tersebut. Senyum terukir di bibirnya. Dia berdiri lalu mendekati lelaki tersebut. Emier hanya membiarkan.

   Tak lama selepas itu, Naufal kembali ke tempat duduknya. Emier angkat kening, menyoal Naufal.

   'Naito'
 
   Terkejut jugaklah Emier lepas tau lelaki tersebut adalah Naito. Tak banyak yang dia tau tapi yang penting memang dia dah lama tak dengar khabar Naito. Naito berjalan mendekati Ryana. Hoodie diturunkan dan topi dipusing kebelakang.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now