Chap 66

6.7K 600 55
                                    

   Fakeh memulas tombol pintu bilik muzik yang terletak dalam asrama lelaki. Bilik yang dimiliki F4. Soundproof. Tapi sebaik sahaja kaki kanan nya melangkah masuk, terdengar bunyi pukulan dram.

   Pintu bilik ditutup lalu dia bersandar pada pintu. Tangannya disilang ke dada manakala matanya tetap pada si drummer.

   Si drummer terus-terusan memukul drum sambil mengangguk kepala. Headphone di telinga memekakkan dia dari mendengar sebarang bunyi lain. Ni kalau ada kebakaran memang jadi arwah ni. Dengan suasana bilik yang kelam, duduk sensorang  pulak tu.

   Tak lama kemudian, headphone dilurutkan ke leher. Peluh di dahi dilap menggunakan belakang tangan. Setelah melakukan sedikit stretching, badan dipusing 180° kebelakang.

   "Fakeh? Bila sampai?"

   "sempat jugaklah lenguh kaki ni berdiri." balas Fakeh selamba.

   "asal?" soalnya lagi.

   "nak ajak kau makan lah. Breakfast kau dalah tak turun. Lunch pun kau skip sebab study. Takkan dinner pun tanak makan apa-apa? Kau elok-elok kurus boleh jadi anorexic tau tak." bebel Fakeh panjang lebar.

   Firdaus hanya mampu tayang senyum. Dia bangun dari tempatnya dan menuju ke arah Fakeh.

   "kiranya kau risaukan aku lah ni? Sweetnya awakk! Nasib baik belum ada girlfriend lagi. Ke dah lama ada hati kat saya?"

   Ha keluar dah perangai tak semenggah dia ni. Terus Fakeh tunjal kepala Firdaus.

   "kepala otakkau lah mangkuk!"

   Firdaus ketawa. Petang-petang nak dekat maghrib macamni memang otaknya 'weng-weng' sikit.

   "well Fakeh, thanks for your concern but no thanks. Aku dah makan." Firdaus kembali ke tempat drum untuk meletakan drum stick kembali ke tempatnya.

   "I may be stupid but im not stupid okay? Takyah tipu aku. Jom jom. Kalau taknak makan pun temankan aku." balas Fakeh.

   "go ahead nanti aku follow." Firdaus  masih bermain tarik tali.

   Tapi tulah Fakeh takkan semudahnya percaya. Heh. Bukan dia taktau dah lama Firdaus skip makan. Tak diserang gastrik pun boleh bersyukur dah kawannya seorang tu. Biasanya orang broken kerjanya makan 24 jam sehari ni boleh nak skip skip amboi kecik kecik tak pernah main skipping agaknya.

   Fakeh mengeluh. Bukannya dia taktau Firdaus tengah distract diri sendiri dari terlalu memikirkan hal Ryana. Kalau tak belajar, Firdaus pergi main bola. Segala bola lah dia main. Lepas main, belajar balik. Bagi sesetengah orang mungkinla nampak normal tapi untuk mereka yang kenal Firdaus, heh.

   Sekilas ikan dilaut sudah ku tahu jantan betina inikan pula member sendiri.

   "okay okay sementara aku tunggu kau kemas ni, kau jawab teka teki aku."

   Berkerut kening Firdaus. Mimpi apa Fakeh ni tiba-tiba nak main teka-teki. Dah 2018 kot umur pun dah baligh. Tapi sebab sayang member, Firdaus turutkan aje.

   "Banyak-banyak colour, colour apa yang jarang nampak?"

   Terpusing kepala Firdaus mendengar teka teki Fakeh.

   "indigo? Mustard? Maroon?"

   "menatang apa kau sebut tu? Tak kisahlah. Tapi salah."

   "dahtu apa colour yang jarang nampak?"

   "jawapannyaaa..kadang colour! Sebab kadang kala dia muncul."

   Terjatuh barang yang Firdaus pegang lepas mendengar jawapan Fakeh.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now