Chap 8

13.6K 771 4
                                    

         Loceng pun berbunyi tanda menghalau semua pelajar ArCad pergi prep malam di kelas masing-masing. "Weh homework apa harini?" Ryana yang tengah pack buku angkat muka dengar soalan Lisa. "Math je kot. Aku bawak English sekali sebab tak settle lagi essay haritu." Jawabnya.

         Tak lama lepastu Hureen membuka pintu bilik. "Dah ke? Jomlah. Tutup kipas tu Lisa." Arahnya. "Wait." "Hoi kau bawak benda tu?" Ryana pandang Samsung Alpha ditangan sebelum angguk. "Belajarlah woi esok kena hantar tau math." "Aku dengar lagu jelah duh chillah." Balas Ryana sebelum bergerak ke pintu.

         Sesampainya di kelas,dorang pun buatlah kerja sendiri. Ryana sumbat earphone sambil layan lagu One Direction mengikut playlist. Tiba-tiba lagi terhenti diganti dengan vibration panjang. Ryana intai skrin telefon. A call from..? "Apa tu?" Lisa menjenguk kepala. "Urgent call. Bye" Ryana berlari keluar kelas mencari tempat tersembunyi.

          "Hello Ran?" Kata suara sebelah sana. "Yo. Kenapa call tetiba?" Soal Ryana. "Takut kalau mesej Ran tak baca." Jawabnya pula. "O..kay. Apa yang penting sangat?" Soal Ryana lagi. "Ran weekend ni perempuan punya turn guna bengkel masakan kan?" Ryana angguk. "Uhuh. Jadi?" "Nak truffle boleh? Red velvet? Chocolate cake?"

         "Wowow pehal ni? Ingat orang bukak bakery ke apa?" "Alah Ran please? Selasa selepas weekend tu ada tournament silat." Balas yang disebelah sana. "Tak nampak kaitan." Jawab Ryana. "Nak lah rasa truffle Ran sebelum hari bertanding. Kut-kut nanti kempunan ke hahah" "Eh tak payah gedik. Buat jelah weekend lagi satu. Turn lelaki guna kan?" Balas Ryana. "Tournament silat? Kali terakhir join tau. Please? Laparlah."

          Ryana diam memikirkan jadualnya. "Macam mana nak pass nanti?" "Aha thanks Ran. I'll text you later." Jawab disebelah. Dan talian pun terputus.

  That weekend.

          Ryana meletakkan truffle yang dah siap tu ke dalam tupperware bersaiz sederhana. Lalu dibalut tupperware tu dengan kain yang saiznya macam lampin baby tu. Alah yang kat Jepun selalu buat tu eheh. Lepastu dia keluarkan phone untuk check balik lokasi yang diberikan.

          "Haraplah tak kantoi. Fuh." Bisiknya perlahan sebelum berjengket keluar dari bengkel masakan. Time tu ada lagi 1 oven sedang digunakan,kuali pun ada 2 entah ready nak masak ape entah. Periuk pun adalah 2,3 tu nak masak maggi lah kot.

          Ryana segera berjalan ke arah lokasi yang dijanjikan. Dia menyandarkan diri di dinding koridor dan mengintai gazebo. "No way." Omelnya. Muka dah kerut-kerut tanda tak setuju. Segera dia keluarkan handphonenya dan mendail nombor orang yang order truffle tu. Lama Ryana tunggu tapi tak berangkat pulak.

          "Hello?" "Taknak hantar. Ramai fivers kat situ. Pergi buat sendiri weekend depan." Ujarnya dalam satu nafas. "Who's there?"

       Pucat. Ryana terus mematikan talian. That was not him. 'Habis kalau kantoi.' Ryana beku pada tempatnya. Tiba-tiba bahunya disentuh seseorang dari belakang. Ryana yang terkejut segera memulas tangan orang tersebut kebelakang badan orang tu tanpa usul petiksa mahupun dipandang dengan sebelah mata.

          "Argh!" Si mangsa menjerit. Ryana ambil keputusan untuk intai dari tepi muka orang tu. F4 yang Ryana tak berminat pun nak tahu siapa. Malangnya tindakan Ryana tu menyebabkan tangan Firdaus lagi sakit. "Lepaslah!" Firdaus menjerit. Ryana yang tersentak cepat-cepat melarikan diri.

          Fivers yang ada berhampiran gazebo segera pergi ke arah Firdaus yang mengaduh kesakitan. "Weh kau okay tak?" Firdaus hanya angguk sambil mengurut perlahan tangannya yang dipulas. 'Tak guna punya budak!' Getus hatinya. Dia berjalan pulang ke dorm dengan tangan yang masih berdenyut.

       That night. After Isya' prayer.

          Pelajar putera ArCad mengaminkan doa yang dibaca oleh Anwar selesai wirid ringkas. Firdaus mengaduh kesakitan lagi. Dia melihat tapak tangannya yang semakin kebiruan dan membengkak. "Malam ni jamming macam biasa. Pukul 9.30 start. Pertandingan lagi 2 minggu. Ke kau ada hal apa-apa?" Soal Adam yang duduk disebelah Firdaus.

          "Set." Balasnya ringkas. Malam tu,tepat jam 9.35 malam (biasalah lambat sikit) semua anggota band dah sampai. Alah,F4 lah siapa lagi. Sewaktu Firdaus menolak daun pintu,dia nampak Fakeh tengah tune gitar dia. Faiz pulak tengah pusing-pusing kan drum stick dia sambil kepala angguk-angguk dengar lagu dari headphonenya. Adam pulak tengah adjust mikrofon.

          Firdaus yang masih berbaju melayu biru berjalan mencapai gitar elektriknya yang tersandar di dinding bersama gitar yang lain.

           "Argh!" Gitar yang Firdaus pegang terjatuh.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now