Chap 59

8.9K 808 102
                                    

   Ryana menyelak halaman seterusnya pada buku rujukan kimia. Matanya berlari mengikut baris ayat sambil otaknya ligat menghafal segala chemical reactions.

   Baru dia nak tulis persamaan kimia, pintu bilik pengetua dibuka dari dalam. Encik Vincent Ong,ketua panitia Matematik keluar dari bilik tersebut lalu memberikan senyuman manisnya kepada Ryana.
Segera Ryana kemaskan alat tulis dan buku lalu dimasukkan ke dalam beg galasnya.

  "Assalamualaikum, atuk." Pintu diketuk sebelum tombol dipulas. Terjegul kepala Ryana dari sebalik pintu.

   Dato'Harun Rashid tersenyum. "Masuklah Ran. Buat apa lagi kat situ?"

   Ryana masuk. Beg diletakkan atas sofa yang ada dalam bilik tersebut. Punggung dilabuhkan atas kerusi yang bertentangan dengan datuknya. Dia tak berapa nak pasti kenapa dia dipanggil ke pejabat.

   "How is my grandchild doing?"

   "Um..fine, i guess? How are you?" Ryana berbasa basi.

   Sejak kes dia lari ke Jepun tanpa pengetahuan sesiapa dan datuknya tidak pula marahkan dia sesungguh hati, suasana jadi awkward. Rasa bersalah sikit sebab degil tapi lega bila datuk dia tak kenakan apa-apa tindakan disiplin.

   "Alhamdulillah for me. Okay lets get straight to the point. Ran dapat surat jawapan dari Tokyo Academy of Music, right?" soal datuknya.

   Perlahan-lahan Ryana angguk. Otaknya ligat fikir ayat untuk defend diri sendiri kalau datuknya masih tak izinkan dianjejak kaki ke Jepun. Suasana sepi seketika.

   "Im still going."

   "You can go."

   Serentak. Ryana tersentak. Terus dia pandang muka datuknya. Seriouslah boleh pergi? Datuknya tak mamai kan ni? Datuk dia tau kan Tokyo tu kat mana?

   Dato Harun Rashid tersenyum melihat reaksi terkejut Ryana. Ha dulu suka sangat buat datuknya terkejut. Sekarang kita kenakan baliklah ape lagi.

   "Kenapa? Tak percayakan atuk ke?"

   Ryana menggeleng dengan spontan. Gila kau! Mimpi apa sampai tetiba bagi permission pergi Jepun? Belajar 3 tahun kat sana pulak tu. Ni bukan Aprill Fool dah ni en sekarang dah September takkanlah kalendar datuk dia salah ni. Hm asyik salahkan datuk dia je kesian orang tu.

   Dato Harun Rashid tersenyum sebelum menjawab segala persoalan yang bermain di minda Ryana.

   "Atuk tau Ran pernah lari ke Jepun dulu. I didnt know my grandchild already grew up. She is not the same Iman Ryana anymore yang nangis bila tak dapat jumpa Irfan. Instead, the little crybaby found her way. She will eventually get what she wants. Atuk terlalu sibuk nak jaga kebajikan Ryana sampai terlupa Ryana pun ada perasaan rindu pada kembar sendiri. Atuk risau Ryana depress macam dulu."

   Ryana terdiam mendengar penjelasan datuknya.

   "Atuk tak kisah Ran nak benci atuk sebab pisahkan Ran dengan Irfan asalkan I can protect that smile on my grand daughter's face. Atuk tau selama ni Ryana buat perangai sebab nak rebel. And i know all these Ran memang nak sambung dekat sekolah muzik, kan? Tapi atuk berat hati nak lepaskan Ryana. You are still my six years old Iman Ryana yang suka menangis."

   Air mata Ryana mula bergenang. Dia ingatkan selama ni datuknya tak pernah kisah pasal dia. Dia ingatkan selama ni datuknya pentingkan diri sendiri. Rupa-rupanya apa yang datuknya buat adalah kerana taknak dia sedih macam dulu. Boleh tahan tsundere jugak datuk dia ni ye.

  "Tapi lepas Ryana pergi Jepun dulu, barulah atuk rasa yang Ran ni dah besar. Dah boleh handle diri sendiri. Dia pandai kawal emosi. Dia dah tak depress. Jadi atuk sendiri yang hantarkan borang Ryana ke Tokyo and alhamdulillah you are accepted." sambung Dato Harun dengan senyuman.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now