Chap 76

13.2K 724 322
                                    

   Firdaus menggerakkan cursornya sambil mata meneliti baris-baris perkataan yang tertera pada thesis nya.  Kalau bukan kerana mengejar extra credit dah lama dia tengah bersenang-lenang. Amir awal-awal lagi dah keluar pergi library campus jumpa dengan coursemate dia.

   Apabila dah pastikan tiada kesalahan pada draft thesisnya,gmail dibuka. Selesai urusan thesis, dia tergerak hati untuk buka email tak rasmi miliknya. Berkerut sekejap dahinya apabila menerima email dari Amir. Terus cursor digerak ke arah email tersebut.

   Oh gambar-gambar pertandingan.

   Gambar tersebut di download dalam laptop. Setelah habis load, dia meneliti satu persatu gambar. Ada top 3 dan Firdaus mengaku, memang kesemuanya berkualiti tinggi. Silap haribulan, ketiga-tiga tempat si Amir ni sapu. Tiba-tiba tangannya terhenti pada sekeping gambar.

   "Ryana..."

   Gambar tersebut di zoom in sedekat yang boleh. Matanya cuba meneliti wajah orang yang berada dalam gambar walaupun tak nampak keseluruhan muka. Smartphone dicapai lalu sekelip mata dia menelefon Amir.

   "Mir, kau kat mana?"

   "..."

   "lama lagi ke kau nak balik?"

   "..."

   "aku dah tengok gambar yang kau email dan aku.. ada benda nak tanya kau."

   "..."
  
   "takpela aku tunggu kau balik. Ok bye."

   Selepas panggilan ditamatkan, dia menatap kembali gambar tersebut. Terseksa betul dia menunggu Akir balik yang entah pukul berapa. Setiap saat yang berlalu dirasakan bagai bertahun. Tak boleh duduk diam!

   Naufal.

   Timezone diperiksa. Setelah yakin dia tak mengganggu masa tidur dan masa kerja Naufal, segera nombor Naufal dicari. Kena caj lebih pun caj jelah!

   "Hello Aus."

   "Fal,bagitau aku. Ryana ada dekat Jepun dengan kau ke?" terus straight to the point takde salam takde apa.

   "alhamdulillah aku sihat je. Cuma takde masa nak balik Malaysia lepak dengan kau." Naufal main tarik tali. Sengih ditarik disebalik talian.

   "Fal,"

   Makin lebar sengihan Naufal mendengar nada tersebut.

   "wah tak boleh bergurau dah sekarang. And to answer your question, yes she is in Auckland."

   "i must be crazy cause i think—"

   Firdaus terdiam setelah otaknya habis memproses kata-kata Naufal.

   "yes she is in Auckland."

   Auckland.

   Iman Ryana.

   Dekat Auckland.
  
   His one and only Iman Ryana.

   "Aus? You still there? Uhh hello?"

   "Apa.. Apa dia buat. Sejak bila? Sampai bila?" Firdaus tergagap.

   "do you, perhaps still pinning on my adik?"

   Firdaus rasa muka dia merah sekejap. Good thing Naufal tak boleh nampak kalau tak, sampai dah jadi moyang dia mention agaknya.

   "dia kata dia mencari cinta lama? Kekasih lama? Something macam tu. So if your answer is yes, you might want to do something about it. But if not then the Amir guy seems nice?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 05, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now