Chap 19

11.8K 734 18
                                    

Ryana berjalan girang ke sekolah. Harini dia sampai awal sikit sebab ada misi yang perlu dilaksanakan. Mwehehe. Dia duduk dalam kelas lepas bukak lampu dan kipas. Dia mengetuk-ngetuk jari ke atas meja sambil menunggu bunyi loceng.

7.30 pagi.

Yeap for the first time in her life dia datang 30 minit awal ke sekolah. Ini semua adalah untuk memastikan yang rancangannya berjalan dengan lancar. And it did. Pagi tadi lepas dia siap,dia terus pergi sekolah. Adalah jugak seorang dua yang datang awal. Ryana menyuruh Lisa yang ambilkan sarapan untuk dia pagi tu.

Lepas bosan menunggu,dia decide untuk tidur 15 minit sementara tunggu Lisa datang kejut. Yea,sambil bawak wafer- sarapan kegemarannya.

Meanwhile at the Arcade Treasure

Setelah memastikan semua orang keluad dari asrama dalam keadaan memuaskan,Adam Fayyad diikuti Faiz Sufian dan Nik Firdaus menghayun langkah penuh karisma menuju ke sekolah. Fakeh dah pergi dalam 10 minit lebih awal macamtulah sebab nak update masalah disiplin dengan Exco DC.

7.50 minit pagi.

Ketiga-tiga jejaka tersebut sampai di Arcade Treasure (bilik loker) untuk ambik barang-barang untuk pembelajaran pada hari itu.

Arcade Treasure bukanlah bilik sangat pun cuma ianya koridor yang agak lenggang dan hanya ada loker pelajar je kat situ yang ala-ala sekolah luar negara tu. Kat situlah semua buku rujukan,pencil case,beg LK dan segala barang diletakkan. Senang,takyah susah-susah angkut balik asrama.

Firdaus keluarkan beg LK nya lalu disandang di bahu kanan dengan penuh bergaya. Faiz pulak keluarkan kasut sukan berjenama dia sebab lepas subjek Pendidikan Kesihatan,Pendidikan Jasmani pulak. Adam keluarkan buku biologi dan kamus Oxford tentang medic untuk student. Tipulah kan kalau takde student perempuan yang usya dorang ni.

"Eh apa ni?" Adam mengeluarkan sesuatu dari dalam loker. Firdaus dan Faiz mengintai ke dalam loker. Adam membawa keluar sebuah tupperware mini yang berisi kek red velvet.

"Secret admirer huh?" Firdaus tepuk bahu Adam.

Adam meletakkan buku biology dan kamus Oxford kembali ke dalam loker. Dia membuka penutup tupperware tu.

BAMM!

Meanwhile.

Ryana tersentak dari tidur. Dia memandang sekeliling. Dalam kelas 4 Khawarizmi. Lisa baru je letakkan beg dan hulur wafer ke arah Ryana. Lepastu dia keluarkan novel Cecelia Ahern dia tu. Ryana menggosok mata sebelum mencapai wafer tersebut.

7.55 minit pagi.

Sedang dia menikmati wafer coklatnya,Shone terkocoh-kocoh masuk ke kelas macam baru lepas kena kejar dengan h-whoops. Jangan sebut. Baru haritu terserempak. Terus taubat taknak fly lagi. Ryana dengan Lisa pandang pelik.

"Iman Ryana Zulkifli." Ujar Shone tercungap-cungap.

"Em. Yes?" Dahi berkerut.

"Adam Fayyad nak jumpa kau."

Kerutan di dahi sudah hilang. Diganti dengan senyum bangga.

"Dekat bilik disiplin." Tercungap lagi Shone.

Eh? Dahi Ryana berkerut lagi.

"Dengan kesan tompokan merah aising putih kat baju pengawas dia." Shone menghabiskan bicara.

Jatuh seinci rahang Ryana.

HOW ON EARTH?!

School compound.

Ryana sudah menyumpah-nyumpah didalam hati. Berbakul sumpahan dia hadiahkan kepada Adam Fayyad dan si Jingle Bell jingle bell jingle all the way tu. Pencakar di tangan sudah dihentak-hentak tak puas hati. Bayangan dalam bilik disiplin serta kata-kata syaitonnirojim dua ekor tu macam ada butang replay pulak dalam kepalanya.

"Arghh!"

Ryana menghentak batang pencakar tu dengan kaki sampai terpatah dua. Cepat-cepat dia campak ke tepi dan ambil pencakar baru. Daun-daun kering berguguran lagu dek angin yang bertiup. Berkajang-kajang lagi sumpahan Ryana. Kalau boleh semua benda dia nak sumpah.

Akhirnya,kerja kebajikan dia siap jugak 15 minit selepas loceng balik berbunyi. Shone,Lisa,Elle dan Hureen yang dari tadi tercongok kat koridor sementara menunggu Ryana habiskan hukuman pun bangun. Dorang takut-takut nak tegur sebab aura pembunuhan tu macam nak terkeluar je. Selepas itu mereka berlima serbu DM sebab kebulur sangat.

Ibarat jatuh ditimpa tangga apabila barisan kat DM pulak panjang. Memang menguji kesabaran Ryana Zulkifli. Akhirnya lepas 10 minit beratur,dapat jugak mereka makan. Kalau tadi ditimpa tangga,lepasni ditimpa peti ais pulak.

Baru sesuap dua Ryana makan,kedengaran sumbang yang sangat-sangat tidak dialukan oleh sesapa pun dalam group tu. Kalau Ryana hilang pertimbangan sekarang ni memanglah jadi arwah manusia tu.

"Girls,tengok tu. Aww kesiannya dia. Lapar ye? Penat ke buat kerja amal tadi? Eh tapi macam sesuai je kau buat kerja-kerja macamtu. Lepasni bolehlah bake cake tengah-tengah malam lagi hahaha." Kata Nabilah dengan begitu sinis.

Ryana berhenti makan. Moodnya dah hilang. Kang ada pulak manusia yang melayang keluar dari DM ni. Orang lain berjalan keluar tapi manusia ni keluar melayang nanti. Ryana menarik nafas panjang. Cuba untuk bertenang.

"Go away you lil piece of shit. I've had enough with your stupid shit and stupid revenge over a small thing and dont mess up with my gang. So now,would you mind to leave me and my friend alone?" Balas Ryana.

Nabila masih tak puas hati. Egonya tercabar manakala Ryana meneruskan makan walaupun takde selera. Nabila terpandang pinggan nasinya yang berisi kari daging,sup sayur dan telur dadar hancur. Dia tersenyum sinis. Terus dicurahkan segala makanan tu atas kepala Ryana. Uniform putih pun dah ada tompokan oren. Shone,Lisa,Hureen dan Elle dah bangun gaya gangster nak gaduh.

Hureen dah pegang gelas yang berisi air oren dan bersedia untuk curahkan pulak air tu ke arah Nabila. Ryana segera menghalang apabila dia dapat baca niat rakannya itu. Hureen pandang Ryana dengan muka berkerut. Ryana geleng. Nabilah tersenyum puas hati. Dia kemudiannya main ambik aje pinggan budak junior dan me yuruh junior tersebut ambil makanan lain.

Ryana pergi ke sinki untuk membasuh tangan dan baju yang kotor. Aura-aura Satanic Ryana macan dah nak keluar. Tanduk kecil tu rasanya dah visible dah bila nampak ada tray kosong berisi sisa kuah kari yang tak habis. Dia melilau mencari lokasi Nabilah. Bingo!

"Akak,tray tu dah taknak guna kan?" Soalnya.

Pekerja itu hanya mengangguk. Ryana senyum lalu tangannya laju menyambar tray tersebut. Pekerja tersebut hnya mampu pandang tanpa buat apa-apa. Kaki dihayun laju menuju tempat Nabilah. Terus diaimbah kuah kari tu atas kepala Nabila. Jatuh seinci rahang Shone dan lain-lain yang menyaksika kejadian tersebut. Nabila automatik berdiri dari kerusi.

"Whoops ingatkan longkang tadi. Eh lupa,mulut kau pun dah macam longkang ups sorry not sorry." Balas Ryana dengan sinis.

Shone dan lagi 4 orang tu segera lergi tempat kejadian. Tak terkata jadinya. Hanya mampu gelakkan aje reaksi Nabila yang terkebil-kebil tak tau nak balas apa sambil jari telunjuknya lurus tertuding pada Ryana. Ryana peluk tubuh dengan muka paling sombong. Bitch face habis.

"Ryana Zulkifli! Nabila Afzan! Bilik MT sekarang!"

Satu suara memetir dari depan DM.

Let the Music PlayWhere stories live. Discover now