2 : Bukan Mahram

217K 2.6K 148
                                    

Jam 11 malam, kami tiba di Apartment Broga 2, di mana Ed dan rakan-rakannya menyewa rumah. Suasana cukup hening, cuma cengkerik menyanyi mengisi sepi. Kawasan apartment Ed gelap, memudahkannya untuk membawa aku naik ke rumah di tingkat teratas, tingkat 4.

John naik dahulu, dan setelah dia memberikan signal clear, Ed dan aku pula menyusul. Di tingkat 2, Ed berhenti sebentar dan mencium bibirku rakus. Tiba-tiba, aku terasa bimbang sekiranya ada orang lalu dan ternampak, maka aku tolak Ed perlahan-lahan.

"Kenapa ni? Bukan ada sesiapa pun. Kat Starbucks tadi okay je." Dia menarik muka. Ada kilas tidak puas hati di nadanya.

"Jomlah naik dulu." Aku memujuk perlahan, dan menarik tangannya. Dia akur dan mengikutku.

Sampai di pintu, ia sudah sedia terbuka oleh John. Cepat-cepat Ed tarik aku ke dalam, menutup pintu dan menghimpit aku di situ. Kedua tangannya memegang kepalaku dan bibirnya terus dilekapkan ke bibirku.

Candy yang aku telan di dalam kereta tadi mula menunjukkan kesan. Seketika, aku terlupa yang kami masih di ruang tamu, bukan di dalam bilik Ed. Ciumannya semakin ghairah dan Ed menjilat bibirku, meminta aku membuka mulutku untuknya.

"Apa ni?" Satu suara keras menegur menyebabkan kami berdua tersentak. Ed melepaskan bibirku dan menoleh ke belakang. Tangannya yang masih menekap pipiku kualihkan perlahan-lahan dan Ed memusingkan tubuhnya menghadap suara itu.

"Kau siapa?" Soal Ed, kasar. Aku lap bibirku yang basah dengan belakang tapak tanganku dan maju ke depan, masih menundukkan wajahku yang pasti masih merah padam. Ed melingkarkan tangannya di belakang bahuku, menarikku ke sisinya, dan aku rangkulkan sebelah tanganku di pinggangnya.

"Ed! Qasha! Ni member aku, Adam. Dia tumpang tidur sini beberapa hari." Suara Malique mencelah, dan aku mengangkat kepala apabila namaku disebut. Rangkulan tangan aku lepaskan dan kakiku bergerak ke depan untuk menyapa Malique.

"Malique, hai! Starbucks missed you." Aku menarik Malique dan seperti John, aku mencium pipinya. Dia cuma tersengih. Kemudian, aku toleh sekilas lelaki yang berdiri di sebelahnya. Dia sedang memandangku.

"This, your friend? Yang you pergi picked up kat KLIA tadi?" Aku bertanya kepada Malique.

"A'ah, yang I jemput tadi, Adam." Malique memperkenalkan rakannya sekali lagi. "Adam, ni Qasha. Girlfriend Ed." Malique menepuk bahu Adam yang masih memandangku. Kini, aku memberanikan diri memandangnya kembali, dan jantungku tiba-tiba berdegup laju. Pandangannya sungguh tajam.

"Hai, nice to meet you." Aku cuba senyum walaupun hatiku mula bergetar. Aku suakan tanganku untuk bersalam, namun tidak disambutnya. Sebelah tangannya masih tegak memegang segelas air panas yang berbau kopi, manakala sebelah lagi di sisinya.

"Err..." Malique memandang tanganku, kemudian memandang Adam, kemudian memandang wajahku. Dia tiba-tiba jadi tak keruan.

"Baby, obviously he doesn't do this." Ed menarik tanganku dan memelukku dari belakang. Mataku masih melekat di mata Adam, begitu juga matanya yang masih tidak melepaskanku.

"Girlfriend?" Adam tiba-tiba bersuara, tetapi kini matanya memandang Ed.

"Yes, she's my girlfriend. Problem?" Ed mencabar dengan yakin. Ed memelukku lebih erat, membuktikan kata-katanya. Mata Adam lari ke tangan Ed yang melingkar di tubuhku, kemudian dia menghela nafasnya.

"Dia bukan mahram, bro. Tak eloklah buat macam ni." Adam memberikan tegurannya. Hatiku terasa panas. Siapa dia ni? Berlagak alim pula.

"Apa? Bukan mahram? Nampak macam aku kisah ke, bro?" Ed mencabar lagi. Malique mula menggaru-garu kepalanya, jelas tersepit antara dua kawannya.

"Nikahlah dulu, bro. Jadikan Qasha yang halal." Suara Adam masih tegas mempertahankan pendapatnya. Namun, riak wajahnya seakan kesal.

"Nikah?? Ni zaman millenium la, bro. Ni zaman tak payah tunggu jadi halal, rezeki dah ada depan mata, bedal jelah!" Ed mula meninggikan suara.

"Wanita untuk dilindungi, bukan untuk dijadikan barang permainan macam ni." Adam masih mencuba untuk tenang walaupun mukanya semakin merah, mungkin menahan marah.

"Bajet betullah kau ni! Macam tak pernah sodok! Muka gayboy macam kau ni silap-silap jantan pun kau bedal!" Ed melepaskan pelukannya dan melangkah setapak ke depanku, terlalu berang. Tangannya cepat-cepat aku tarik ke belakang, bimbang perdebatan mereka melarat.

"Okay, okay. Macam nilah. Kubur masing-masing. Berani buat, berani tanggung. Okay?" Malique mencelah, berdiri antara Ed dan Adam dalam percubaannya untuk menjernihkan keadaan. Kemudian, dia memberi signal supaya Ed beredar ke bilik dan Ed tersenyum sinis.

Ed capai tanganku dan menarikku ke arah pintu biliknya. Mata Adam kembali memandangku, seolah merayu. Jantungku jadi tak keruan lagi apabila mata itu menatapku. Terus kutundukkan kepalaku. Perlahan-lahan, kuhayunkan kakiku mengikut langkah Ed.

"Qasha." Suara itu memanggilku dan aku terhenti. "Your worth is more than this." Aku angkat mukaku dan memandangnya namun Ed menarik tanganku kasar, ternyata marah.

"Bro, dah. Sudah." Malique berbisik kepada Adam, memintanya berhenti. Ed mendengus dan menarikku masuk ke biliknya.

Ed meninggalkanku di pintu dan membuka bajunya, lantas menghempasnya ke lantai bersama baju kotornya yang lain. Biliknya bersepah dengan kain yang berlonggok-longgok.

"Bajet alim betul. I menyampah orang macam tu. Ikut hati, nak je I belasah dia." Ed melepaskan marahnya. Tidak pernah kulihat Ed berang sebegini, membuatkan aku jadi ragu-ragu untuk mendekatinya. Menyedari wajahku yang sedikit gusar, dia melepaskan nafasnya.

"Baby, sinilah." Sekelip mata, suaranya berubah kembali manja. Tangannya dihulur memanggilku kepadanya. Perlahan-lahan aku buka langkahku, namun dia tidak sanggup bersabar lagi. Terus ditarik tanganku dan ditolak aku ke katilnya.

"Kita enjoy lebih sikit malam ni, okay?" Bisiknya sebelum menghempap tubuhku dan mengucup seluruh wajahku. Kedua tanganku dikuak ke sebelah kepalaku, dan dia menyambar bibirku. Lidahnya menekan-nekan mahu melepasi, namun kuketap rapat.

"Kenapa ni, baby." Rengek Ed apabila aku tidak bekerjasama. Aku alihkan pandangan ke sisi, lalu Ed mencium leherku. Dia menggigit nadiku dan mula menekan pinggulnya. Aku terkejut dengan perlakuannya lalu aku menolak tubuhnya ke tepi.

"Kenapa ni, Qasha!" Ed ternyata marah dengan reaksiku. Selalunya, di bawah pengaruh candy, aku lebih mudah mengalah pada kehendaknya. Tapi, entah kenapa sejak kebelakangan ini, candy seakan kurang berkesan. Ini kali kedua aku menolak percubaan Ed.

"Sorry, I... I tak ada feel." Aku duduk di kerusi meja komputernya sambil mengelap bibirku yang basah.

"Tak ada feel kenapa? Sebab mamat bedebah tu?" Ed bangun dan duduk di katilnya sambil tangan dihala ke luar pintu.

"Bukan. I tak tahu. Maybe I need something stronger than candy." Aku menghela nafas, membuat spekulasi sendiri. Ed mengeluh.

"Okay, nanti I dapatkan. Tapi make sure tak nak lagi tolak-tolak I macam tadi." Ed datang berdiri di depanku dan mengusap kepalaku. Mataku terpandang jeans Ed yang telah membukit. Kepalaku separas dengan pinggulnya. Time to leave.

"I kena balik sekarang. I promised papa to be home before 12." Ujarku, menipu. Ed jelas kecewa, namun dia tidak berkata apa-apa. Dikucup bibirku sekali lagi sebelum aku tinggalkan dia di dalam biliknya.

Di ruang tamu, Adam menarik senyum kecil apabila melihatku beredar.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now