29 : Tahi Ayam

135K 3K 277
                                    

Sabtu petang, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Aku masih bermasam muka dengan Sarah, walaupun dia seperti cuba untuk berlagak biasa. Sepanjang perjalanan, aku diam saja.

Maghrib itu, kami berhenti di Hentian Jejantas R&R Ayer Keroh kerana Adam mahu solat dahulu. Aku pula merayau-rayau di deretan kedai sementara menunggu Adam selesai. Aku tak ke surau pun.

Aku berhenti di sebuah kedai baju di atas jejantas. Sambil aku belek-belek blaus yang tergantung di dinding kedai, entah kenapa hatiku tiba-tiba rasa tak sedap hati, seolah sedang diperhati. Aku toleh sekeliling dan begitu ramai orang.

Tak ada apa-apa kot, getusku sendiri.

Kemudian, aku singgah ke kedai sebelahnya pula. Sambil membelek baju yang bergantung di rak, telefonku di tangan bergetar. Ah, Adam dah selesai mungkin. Aku periksa dan 1 mesej diterima.

From: Unknown
Time: 7.56 p.m.
Seorang je? Tak takut kena culik ke jalan sorang-sorang?

Ah, sudah. Nombor yang tak dikenali ni lagi. Tanganku terus menggeletar. Orang ini sedang memerhatikanku. Dia tahu aku sedang bersendirian saat ini. Aku terus pandang sekeliling, risau dia muncul dari mana-mana arah.

Aku pasti mukaku pucat lesi. Aku pula sudah merayau jauh ke R&R seberang jalan arah selatan dan Adam pula berada di R&R arah utara sana. Aku terus mendail nombor Adam beberapa kali, namun tak diangkat.

Aku memandang sekeliling, mencari wajah-wajah yang kurang mencurigakan untuk dijadikan teman, tapi waktu Maghrib begini, mungkin ramai di surau. Ah, padan muka. Lain kali Adam suruh ke surau, pergi ke surau, bukan pergi merayau sebab malas nak solat.

Ah, tak ada apa-apa kot. Jalan balik cepat-cepat jela ke seberang sana. Aku pandang lorong jejantas yang tak berapa luas itu. Jauhnya nak balik ke arah sana, namun aku beranikan diri dan percepatkan langkah. Telefonku bergetar lagi.

From: Unknown
Time: 8.00 p.m.
Laju-laju nak ke mana, sayang? Takpe. Saya tunggu di sini, ya. Cepat.

Sebaik membaca mesej itu, terus aku dongakkan kepalaku dan mataku lantas tertancap pada seorang lelaki yang berdiri tegap memandangku kira-kira 20 meter di depan. Dia memakai cermin mata hitam bersama sweater besar dan hood kepalanya diangkat.

Siapa dia?!

Panik, aku ambil 1 langkah ke belakang dan dia menurutiku, mengambil 1 langkah pula ke depan. Aku lakukan lagi beberapa kali dan dia masih menurutiku. Terus aku berpusing dan berjalan pantas kembali ke R&R arah selatan. Telefon di tangan bergetar lagi, menambah debar di dada.

From: Unknown
Time: 8.02 p.m.
Oh, nak main kejar-kejar? Seronok juga.

Sebaik membaca mesej itu, sempat aku menoleh ke belakang dan lelaki itu rupanya semakin hampir padaku. Terus aku buka langkah seribu dan berlari, cuba meminta tolong tapi entah mahu minta daripada siapa. Lututku semakin goyah dan aku mengambil satu-satunya pilihan yang aku terfikirkan.

Aku berlari masuk ke tandas wanita.

Tak mungkin lelaki itu akan mengekoriku hingga ke tandas wanita, kan? Sebaik masuk, aku terus berlari ke satu cubicle tandas yang kosong. Beberapa perempuan yang sedang membetulkan mekap di cermin sekadar memandangku pelik.

Aku mengunci pintu dan duduk di tandas. Tangisanku akhirnya terlepas. Perasaan takut menyelubungiku saat airmata dilepas dalam esakan. Tanganku masih menggigil. Kakiku masih menggigil. Seluruh tubuhku masih menggigil. Sungguh, aku takut.

Ada seorang perempuan mengetuk pintu cubicle, cuba bertanyakan keadaanku. Aku tak menjawabnya. Tangisanku terus dilepaskan, tak mengendahkan sesiapa yang mendengar. Apabila melihatkan tiada respon, akhirnya mereka membiarkanku.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now