3 : Dendam & Ego

195K 2.4K 32
                                    

Ed mengajakku ken malam seterusnya. Katanya, dia telah mendapatkan aku candy lain yang lebih kuat. Namun, kutolak dengan alasan hendak mengulangkaji untuk kuiz hari Rabu, lalu menangguhkan ke Rabu malam.

Seperti yang dijanjikan, kami melepak di Starbucks dulu bersama Malique dan John. Kali ini, John membawa seorang gadis yang dikenali dengan nama Erin. Malique ingin mengajak skandalnya sekali, namun membatalkan hasrat kerana risau untuk membawanya pulang bersama nanti.

"Kalau Adam tu nak share Liza dengan aku pun aku tak kisah. Masalahnya, tu semua mimpi je. Silap hari bulan, aku yang kena halau dari bilik." Malique meluahkan perasaan. Tergelak semua di meja apabila Malique selamba menyatakan hasratnya untuk threesome bersama Adam.

"Berapa lama dia stay dengan kita?" John bertanya. Tangan Ed yang memeluk tubuhku mula mengusap perutku dengan ibu jarinya.

"Paling lama pun sampai hujung minggu ni." Malique menjawab sambil menghirup black coffee ais di depannya.

"Hujung minggu ni?!" Ed tiba-tiba bersuara di tepi telingaku membuatkan aku terlompat. Dia kemudian membisik sorry kepadaku dan mencium telingaku sebagai tanda maaf, kemudian kembali memandang Malique.

"Paling lamalah. Kalau hal rumah dia settle awal, dia blah awal." Malique bersandar di booth, seolah-olah menjarakkan diri daripada angin Ed yang tiba-tiba datang.

"Okay, tapi aku tak nak tengok muka dia depan aku. Kau buatlah macam mana pun, kurung ke apa, asalkan aku tak payah menghadap muka dia." Ed mendengus.

"Alah, don't worry lah. Dia busy. Macam-macam nak settle katanya. Dia cuma tumpang tidur je kat rumah kita, so tak adanya kau nak kena menghadap muka dia." Malique cuba menenangkan Ed.

"Siapa Adam ni? Curious." Erin tiba-tiba bersuara.

"Member Malique, tumpang tidur beberapa hari. Setakat ni, musuh ketat Ed sebab mamat tu berlagak alim hari tu, tak bagi Qasha masuk bilik dengan Ed." John bercerita bersungguh-sungguh.

"Oh, handsome tak?" Erin melirik manja sambil mengangkat keningnya.

"Yang tu, kena tanya Qasha lah! Kalau the boys jawab nanti macam gay pula." John tertawa, diikuti Malique. Erin kemudian memandangku. Di riak wajahnya jelas terlihat dia menanti jawapanku.

"Er..." Aku tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan itu. Kutoleh ke arah Ed dan riak wajahnya seolah tidak kisah akan jawapanku. Dia terus menyedut vapor di tangannya.

"Qasha! Handsome tak?" Erin mendesak dan aku terkebil-kebil mahu mencari jawapan yang sesuai. Wajah Adam yang sudah kulupakan semalam kini muncul kembali. Jantungku mula berdegup laju.

"I tak ingatlah muka dia. Sorry." Jawapan itu yang terpacul di bibirku akhirnya. Mendengarkan jawapanku, ketiga-tiga mereka tergelak besar. Kutoleh ke sisi, Ed cuma tersenyum sinis.

"Punyalah lama nak jawab, sekali tak ingat muka. Ceh." John mengusik. Aku cuma tersenyum, sebolehnya tidak mahu bercakap mengenai Adam lagi.

"I guess I'll just wait and see. I hope he's home tonight." Erin mengambil vapor dari tangan John dan menghisapnya pula.

"Kalau you rasa nak kena sound dengan dia, jom kita romen kat depan je malam ni." John mengambil kembali vapornya dari Erin dan Erin terbatuk tatkala mendengar cadangan John.

Pukul 11 malam itu, kami berlima pulang ke rumah sewa Ed. Hatiku berdebar, tidak mahu terserempak lagi dengan Adam, berbanding Erin yang sebolehnya mahu berjumpa dengan Adam.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now