56 : Ratu Ais

103K 2K 188
                                    

Pandangannya tepat, tak berkelip.

"Okay, tak apa. Ice Queen kita memang daripada tadi asyik matikan lampu, Adam jangan ambil hati pula!" Pengacara berseloroh, diikuti gelak ketawa penonton. Dari tadi, mereka asyik ketawakan aku. Sakit hati betul.

"Just a quick question to Ice Queen, memang you plan nak matikan lampu through out the session ke?" Pengacara bertanya kepadaku. Aku jungkitkan bahu. "Tapi, Adam ni menarik orangnya, kenapa tak tunggu sampai penilaian kedua?"

Suasana dewan senyap, seolah menunggu jawapanku. Adam masih memandangku, seolah-olah hanya ada aku di dalam ruangan itu.

"Encik Adam ni pensyarah I. Sorry, I have a principle to maintain, and I don't mess with my lecturer." Jawabku selamba. Dari jauh, aku dapat lihat Adam mengetap rahangnya. Terpulanglah apa dia mahu fikir. Dia berada di atas platform tu pun kerana janjinya pada Janna.

Janna.

Aku pandang ke arahnya tapi tak berapa nampak kerana terhalang oleh beberapa gadis yang berdiri di antara kami. Entah apa reaksinya.

Pengacara kemudian menyuruh Adam memilih seorang gadis idaman melalui tab yang disediakan. Adam memandang setiap wajah sekilas, termasuk wajahku, sebelum membuat pilihannya. Tab dipulangkan kepada pengacara dan Adam diminta memperkenalkan diri.

"Assalamualaikum, selamat tengahari. Saya Adam, berumur 25 tahun dan merupakan salah seorang pensyarah Pengaturcaraan di Fakulti Komputer Sains." Dia memulakan bicaranya.

"Jadi, betullah Ice Queen pelajar kamu?" Pengacara bertanya pada Adam. Adam memandangku sekilas sebelum kembali memandang pengacara itu. "Ya. Uqasha, dia... Pelajar saya."

Harus aku akui, aku sikit berdebar apabila Adam seperti teragak-agak untuk menjawab soalan pengacara itu. Aku harap Adam faham maksudku tadi apabila aku ungkit tentang prinsipku.

"Okay. Kamu nampak muda sebenarnya untuk menjadi seorang pensyarah. Memang dari kecil bercita-cita untuk jadi pensyarah muda yang kacak dan popular ke?" Usik pengacara. Adam terus tertawa kecil, diikuti penonton.

"Tak. Sebelum ni saya seorang pengaturcara di Singapura selama 2 tahun. Sejak berpindah semula ke Malaysia, saya ambil keputusan untuk jadi pensyarah sambilan selama setahun." Adam menjawab tenang.

"Woooooh. Sebab apa ambil keputusan balik ke Malaysia? Bukan ke gaji di Singapura lebih lumayan? Ada buah hati di Malaysia ke?" Pengacara masih mengusik Adam lagi. Peserta-peserta lelaki lepas tak pula diusik ramah begini.

Adam melontar lagi pandangannya ke arahku sekilas. "Sejujurnya, saya lebih sukakan suasana di Malaysia, mengingatkan tanah kelahiran saya." Kenyataan itu menarik minat pengacara. "Oh, di mana tu?" Dia bertanya lanjut.

"Thailand." Adam tersenyum. Membulat terus mata dan mulut pengacara. Penonton mula berbisik-bisik. "Oh?! Kamu orang Thailand?! Dari wajah kamu, boleh nampak kamu macam bukan Melayu, tapi saya tak sangka kamu dari Thailand. Saya fikir kamu mungkin berdarah campuran Cina." Teruja sungguh pengacara.

"Ya. Saya bukan Melayu. Ibu saya berdarah Cina Siam, manakala bapa saya berketurunan Jerman." Adam masih mengekalkan senyuman charming nya, dan aku yakin, saat ini, ramai yang sudah terpesona dengannya.

Terpesona dengan suami aku. Grr.

"Haa. Ini soalan kontroversi. Apa ciri-ciri wanita idaman kamu?" Pengacara menyenggol bahunya di lengan Adam. Eh, pengacara ni betullah pelik.

"Ciri-ciri wanita idaman? Saya tak pernah fikir tentang hal itu secara spesifik. Bagi saya, wanita idaman saya ialah seseorang yang saya sayang. Jadi, jika saya sayangkan seorang wanita, secara automatik dia akan menjadi wanita idaman saya." Berkerut-kerut dahinya cuba menjelaskan.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now