15 : Buntu Celaru

158K 2.2K 73
                                    

Secara keseluruhannya, rumah teres Adam ada 2 tingkat. Di tingkat bawah, ada 1 bilik lengkap untuk tetamu. Di tingkat atas pula ada 3 lagi bilik. Salah satunya ialah bilik tidur utama yang akan dikongsi bersama. Lagi 2 bilik Adam jadikan bilik bacaan dan home gym.

Bilik utama kami besar, dan Adam bahagikan kepada 2 ruang; ruang bilik tidur dan ruang workstation. Satu persamaan antara semua ruang ialah kekemasan. Setiap ceruk ruang memang kemas.

"Awak ada orang gaji?" Soalku sambil membelek buku-buku yang tersusun rapi di rak buku workstation Adam.

"Tak ada. Saya suka mengemas, jadi tak perlulah orang gaji." Jawapan Adam membuatkan aku teringat pada tilam, bantal dan selimut sewaktu Adam menumpang tidur di bilik Malique.

"Oh. Dah berapa lama awak pindah duduk di sini?" Aku teringatkan kata-kata John sewaktu aku bertemu dengannya minggu lepas.

"Dah 2 minggu. Sempatlah saya kemas rumah sebelum saya mula mengajar di kampus awak."

Kemudian, Adam bangun dari stesen kerjanya dan berjalan ke pintu. "Saya turun bawah dulu. Awak kemaslah barang-barang. Almari yang itu untuk awak." Katanya sambil menunjuk dengan jarinya. Besarnya closet untuk aku. Perli ke apa ni? Aku cuma bawa satu luggage je pun.

Setelah Adam keluar meninggalkan aku di bilik utama, aku masuk ke bilik air bilik utama. Memang kemas dan bersih. Wangi pula tu. Terus aku tanggalkan baju dan berendam di dalam tub mandi, bermain buih. Setelah puas, aku bilas tubuhku dan lap dengan tuala. Memandangkan bajuku masih belum dikemas, aku capai bath robe yang tergantung di dalam bilik mandi.

Sambil mengeringkan rambutku, aku gantungkan baju-baju yang aku bawa ke dalam almariku. Setelah selesai memunggah semua pun masih banyak lagi ruang. Tak apalah, nanti-nanti aku ambil lagi dan tambah.

Kemudian, aku belek kembali rak buku Adam. Tadi aku macam ada ternampak satu novel Inggeris. Aku ambil dan sambil berbaring di atas katil empuk, aku belek dan baca. Entah bila masa aku tertidur.

Tiba-tiba, tubuhku rasa panas. Nafasku bagai tersekat-sekat. Aku ingin mengurut dadaku, namun kedua tanganku bagai ditekan, tak mampu digerakkan. Kakiku pula terasa sejuk. Apabila kubuka mataku, baru kutahu. Aku masih bergaun mandi tadi dan Adam sedang menghidu leherku.

"Adam." Aku panggil dengan nafas yang masih tersekat-sekat. Aku sangka aku diserang asma, rupanya Adam yang menggoda fizikalku saat aku tertidur. Dia tidak berbuat apapun, sekadar menghalang tanganku dari bergerak di tepi kepalaku, dan menghidu leherku tanpa menyentuh sedikit pun kulitku. It's scary how he affects me physically, even during my sleep.

"You smell wonderful." Katanya, mengangkat sedikit kepala agar boleh melihat ke dalam mataku.

"Saya mandi dengan shower cream awak dalam bilik air tu." Jelasku sambil menggigit bibir.

"Oh, itu awak punya. Saya memang belikan untuk awak." Ujarnya tersenyum tipis sambil memandang bibirku sekilas. "Robe ni pun untuk awak. Tapi kenapa pakai buat tidur ni? Awak memang saja nak goda saya eh?" Adam tersenyum nakal.

"Awak tergoda tak?" Usikku kembali. Seluruh tubuhku sudah mula high dengan keintiman tubuh Adam. Sejak malam pernikahan, Adam masih belum pernah cuba untuk menyentuhku. Hanya satu ciuman penuh nafsu pernah diberi, menambah tekanan seksual yang kurasakan dalam diri.

Aku masih belum bersedia untuk menyerahkan daraku kepadanya, tapi kalau beginilah cara Adam mengusikku, pasti aku takkan menolak sekiranya dia mahu bersetubuh denganku.

"Sangat." Jawabnya pendek sambil matanya menikam ke dalam anak mataku. Tangannya mula menggenggam tanganku.

"Mana bukti?" Cabarku. Tubuhku hampir meletup kerana tak tahan dengan tekanan nafsu sendiri, namun egoku yang tebal menahan diri daripada memulakan langkah pertama.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now