50 : Nikmat Sesal

177K 2.2K 100
                                    

Teresak-esak aku sendirian di bilik tidur tetamu rumah Adam malam itu. Aku tak mahu percaya pada kata-kata John, tapi apabila dia menunjukkan gambar mesra Adam dan Erin berduaan di sebuah pub diner, aku tak boleh berhenti berfikiran negatif.

Tak, tak. Itu gambar biasa saja, mereka bukan bercumbuan pun. Tapi, mereka berpelukan.

Tak, tak. Mereka mungkin sekadar keluar makan. Tapi, kenapa ada botol air kencing setan itu di atas meja?

Tak, tak. Adam sayang padaku. Tapi, kenapa dia biarkan aku tidur sendirian malam tadi di bilik ini?

Hatiku menjadi sebak kembali. Setiap kali aku cuba menyedapkan hatiku, pasti akalku membetah dengan logiknya.

Hujah John bermain di fikiranku. "Kalau dah lelaki tu, lelaki juga, takkan pernah cukup dengan seorang perempuan, Qasha."

Kemudian, kenyataan mama menerpa otakku pula. "Percaya cakap mama, Adam banyak mengingatkan mama pada papa yang mama kenal masa awal perkahwinan kami." Jadi, adakah ini bermaksud yang Adam akan turut jadi macam papa sekarang, yang sanggup menduakan mama? Sanggup menduakan aku?

Tapi, dengan kewujudan Linda, Janna dan kini Erin, ini bukan menduakan lagi. Ya Tuhan, dugaan apakah ini?

Menolak semua kesedihan ke tepi, aku ambil telefonku dan cuba memeriksa mesej daripada papa. Aku harap papa memberiku berita gembira kerana terasa sudah tak tertanggung lagi dengan dugaan yang aku terima saat ini.

From: Papa
Time: 5.15 p.m.
Qasha. Papa minta maaf dengan tindakan papa. Papa cuba sedaya papa utk dapatkan kemaafan Qasha dan inilah satu-satunya cara yang tercapai. Papa harap, Qasha tak mempersoalkan asal-usul duit itu nanti.

Apa maksud papa? Pelbagai kemungkinan terlintas di fikiranku. Adakah papa berusaha dapatkan RM20K itu dengan cara yang salah? Merompak? Menipu? Mencuri? Adakah papa memintanya daripada isteri mudanya?

Aku terus mendail nombor papa, namun setelah beberapa kali masih tak diangkat. Yang lebih memelikkan, dia bercerita tentang duit itu, namun duitnya masih tak nampak bayang. Otakku serabut cuba memahami, dan aku cuba telefon papa lagi.

Masih gagal dihubungi.

Pintu bilik tiba-tiba terkuak. Adam berdiri di daun pintu memandangku tajam, membuatkan jantungku terus berdegup laju. Inilah pandangan pertamanya untukku sejak dia pulang semalam apabila dia menolak pelawaanku untuk makan malam bersama.

"S-sorry, saya tak dengar awak balik." Ujarku perlahan, cuba menyembunyikan rasa rindu syahdu yang timbul apabila ditenung sebegitu. Dia masih memandangku dengan satu pandangan yang, entahlah, tak dapat aku gambarkan. Ada campuran marah, dingin, sayu dan... Kecewa?

Aku terus turun dari katil dan menapak ke arahnya 3 langkah perlahan-lahan. Otakku membebel perihalnya dengan Linda, Janna dan Erin, tapi aku tolak tepi. Mereka bukan siapa-siapa, sedangkan aku isterinya; aku ulang mantera itu di dalam hati.

"Awak dah makan? Saya boleh panaskan lauk tomyam sema-" Kata-kataku terputus. Adam sudah maju ke depan dan menarik kepalaku. Bibirnya terus menyambar mulutku, ciumannya rakus dan sangat mendominasi. Habis setiap ceruk dalam mulutku dicapai dengan lidahnya.

Apabila tangan Adam turun melurut ke pinggangku, tanganku pula meraba dadanya dan kemudian naik menekap di tepi wajahnya, masih membalas ciumannya dengan nafsu yang sudah naik membuak dengan sentuhan pertamanya. Aku rapatkan tubuhku padanya dan dia lantas memelukku.

"Khun pin khong pom." Bisik Adam dalam nafas yang tercungap-cungap apabila ciuman kami terhenti untuk menarik nafas. Aku tak memahami maksud ayat itu, dan belum sempat aku risaukan maksud di sebaliknya, Adam sudah kembali menciumku.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now