52 : Kerusi Kosong

119K 1.9K 67
                                    

Pintu bilik aku hempas kuat. Cek yang sudah sikit ronyok aku letakkan di meja sisi katil. Aku naik bersandar di kepala katil sambil memeluk bantal, erat. Tangisanku tumpah, menyesal lagi.

"Bodoh! Kau bodoh! Derhaka lagi dengan suami! Isteri tak guna! Kenapa celupar sangat mulut ni?!" Aku tampar bibirku beberapa kali sambil menyeka air mata. Gembiraku cuma beberapa saat saja; apabila aku berjaya memulangkan paku buah keras pada Adam dengan kenyataannya sendiri. Tapi, sebaik aku melangkah masuk ke bilik tidur ini, aku jadi marah pada diri.

"Tak boleh tanya baik-baik ke?! Perlu ke ikutkan kepala batu dan ego kau yang tak bertempat tu?! Memang patutlah semua orang-"

Pintu bilik terbuka. Kata-kataku mati. Nafasku terhenti. Mataku memandang wajah di muka pintu itu tak berkelip.

"Awak tak boleh tamatkan perbincangan kita tergantung macam tu, Qasha. Awak kena dengar penjelasan saya. Saya tak nak awak tidur malam ni dengan pelbagai prasangka bermain di fikiran awak." Adam bersuara dari pintu.

Aku terus mengelap kedua pipiku. "Saya minta maaf. Saya tak berniat nak jadi kurang ajar pada awak tadi." Ayat itu terus meluncur keluar apabila suara Adam berucap lembut. Beban di dada terasa berkurang sikit apabila kata maaf dariku dapat diungkap. Adam menarik senyumannya dan melangkah masuk, duduk di kaki katil.

"Saya tahu awak cemburu. Lagipun, memang saya bersalah sebab tak beritahu awak dengan jelas segalanya. Tapi, jujur saya katakan, saya tak berniat nak rahsiakan semua tu daripada awak. The topic just never really come out, ditambah dengan krisis keluarga awak, saya tak nak awak jadi semakin tertekan." Ucap Adam perlahan-lahan, sambil tapak tangannya dilekap di pergelangan kakiku.

Aku terus menundukkan wajah. Aku rasa tilam di hujung katil berombak lalu aku angkat kembali wajahku. Adam sudah duduk bersila di hujung kakiku, memegang kedua pergelangan kakiku. "Awak dengar penjelasan saya, please? Saya akan ceritakan semua dengan jujur."

Matanya jelas merayu, mahu aku beri dia peluang itu. Perlahan-lahan, aku anggukkan kepalaku.

"Okay. Saya mulakan dengan Linda. Ahad pagi kelmarin, macam biasa saya akan pergi jogging di tasik sana. Kebetulan, saya terserempak dengan Linda. Dia tengah belek-belek earphone dia yang rosak. Jadi, saya pinjamkan earphone saya, dan dia ajak kami jogging bersama. Itu je." Adam menjungkitkan bahunya, seolah-olah ceritanya itu tak penting.

"Kalau dah jogging bersama, kenapa baru semalam dia pulangkan earphone awak? Kenapa tak pulangkan masa dia bagi awak kek batik malam tu?" Soalku. Adam toleh ke tepi, kelihatan seolah sedang berfikir.

"Hm, entahlah. Mungkin masing-masing terlupa. Saya sendiri pun tak teringat pasal earphone tu. Semalam bila nampak earphone saya atas meja makan baru saya teringat." Jawabnya apabila memandangku kembali. Wajah Adam nampak jujur; dengan mudah aku percaya alasannya.

"Okay, pasal kek batik tu pula, kenapa awak habiskan? Awak tak nak saya terjumpa kek tu kan?" Aku gunakan helah serkap jarangku. Kening Adam terangkat. "Dah habis??" Soalnya kembali.

"Saya tak jumpa pun dalam peti sejuk?" Kenyataanku membuatkan Adam terus bangun dari katil. "Awak nak pergi mana?" Adam sekadar mengangkat tangannya, memberi signal tunggu sekejap.

Dia keluar dari bilik dan kembali tak sampai seminit kemudian dengan 1 bekas hijau di tangan. Dia terus datang dan duduk di sebelahku dan membuka bekas itu. Ada beberapa keping kek yang dipotong petak-petak kecil, dan coraknya cantik seperti kek Hedgehog.

"Ini- ini kek batik?" Bisikku perlahan dan Adam tersenyum, mengangguk-anggukkan kepalanya dengan kedua kening terangkat.

"Nak rasa?" Adam mempelawa. Aku tak menjawab nak, mahu atau yang seangkatan dengannya pun, tapi Adam sudah pun mencucuk sekeping dengan garfu yang aku tak perasan dia bawa, dan dia suapkan kek itu kepadaku.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now