48 : Sembilu Tombak

115K 2.2K 187
                                    

Selesai kelas CCT, aku makan tengahari bersama Janna di kafe kampus untuk menyapa beberapa gadis sambil menawarkan borang Desperate Match lagi. Hari ini, respon lebih memberangsangkan dan 2 gadis bersetuju untuk mencuba.

Lagi 9 kekosongan sebelum perjumpaan calon Desperate Match Jumaat ini.

Petang Isnin itu, aku tak keluar membeli-belah dengan Janna. Masuk saja ke dalam kereta, aku terus mendail nombor papa tapi tak berangkat. Jadi, aku hantarkan mesej saja.

To: Papa
Time: 3.40 p.m.
So mcm mana? Dah sediakan RM20 ribu yang Qasha minta? Qasha nak guna duit tu, urgent. Kalau papa betul sygkan Qasha, tunaikan permintaan Qasha dan Qasha akan lupakan persengketaan antara kita.

Selesai menekan hantar, aku terus memandu pulang ke rumah mama. Kebetulan pula, mama pulang awal petang itu, dan habis dibambu aku agar pulang ke rumah Adam.

"Qasha. Baliklah ke pangkuan suami Qasha." Bebel mama, terus duduk di sebelahku yang sedang menonton Chopped Canada di TV.

"Adam minta ruang, mama. Qasha tak nak semakkan diri Qasha di sana bila dia tak nak Qasha ada di sana." Aku menjelaskan situasi kami.

Mama mengeluh. "Qasha tahu tak sebenarnya apa yang terjadi ni?" Aku memandang mama dengan kening berkerut, "Mestilah Qasha tahu. Qasha dah berdosa menyumpah Adam sampai dia tersinggung hati, jadi sekarang dia perlukan ruang untuk menenangkan perasaan dia. Ini hukuman untuk Qasha."

Mama terus menggelengkan kepalanya, menambahkan kerut di dahiku. "Qasha, Qasha. Kan mama dah pesan, buang ego tu jauh-jauh. Kalau betul firasat mama, Adam sebenarnya mahukan perhatian Qasha. Memang dia tersinggung, tapi mama yakin Adam ni senang dipujuk, dia jenis lembut hati. Balik dan cuba ambil hati dia."

Aku tak percaya pada firasat mama, kerana menurut buku John Gray yang aku baca dulu, lelaki bila meminta ruang, perempuan mesti berikan ruang, agar lelaki boleh bernafas dan kembali menerima perempuan dengan lebih terbuka. Tapi, setelah dibebel dan didesak, akhirnya aku jejakkan juga kakiku ke rumah teres 2 tingkat Adam itu.

Priusnya masih tiada di luar, maknanya dia masih belum pulang. Linda di rumah sebelah boleh pula menyiram pokok bunga sewaktu aku memarkir kereta masuk ke dalam pagar.

"I ingatkan Adam tadi. Baru sampai ke? Lama tak nampak you." Sapanya tiba-tiba di pagar yang memisahkan halaman rumah kami. Perempuan ni, apa dia nak, beramah mesra pula denganku?

"Eh, tak. I bukan baru sampai, tapi baru balik." Jawabku. Terus berkerut dahinya, mungkin tak faham dengan seloroh kurang bijakku. Ini rumah suamiku, takkanlah aku baru sampai di rumah suamiku? Mestilah aku baru balik. Perempuan ni kurang cerdik barangkali.

"Er, okay. Anyway! Kejap eh." Linda terus mencampak getah paip yang dipegangnya dan berlari masuk ke dalam rumah. Aku keluarkan beg kuliahku dari kerusi belakang Swiftku dan Linda muncul kembali di pagar antara rumah kami itu.

"Ni, tolong berikan pada Adam boleh? Pagi semalam I pergi jogging dengan dia, lepas tu earphone I boleh pula rosak, so dia pinjamkan I earphone dia ni. Tolong pulangkan untuk I, ya? Beritahu dia, I ucap terima kasih banyak-banyak sebab pinjamkan." Linda menghulur earphone iPod Adam yang berwarna putih itu di pagar dan aku ambil daripadanya.

Hatiku panas. Tak tahu nak rasa macam mana saat ini. Memang aku berdosa kerana mencarut padanya, tapi sampai hatinya keluar jogging dengan Linda sewaktu ketiadaanku di rumah. Yang lebih menyakitkan apabila tahu selepas keluar dengan Linda, dia keluar dengan Janna pula ke Karnival Keusahawanan. Bertubi-tubi cemburu aku rasakan.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now