74 : CAPS YOU

126K 2.1K 164
                                    

Langkah dibuka penuh hati-hati menuruni tangga sedang mata sudah kabur dengan airmata. Tangan yang dari tadi menggigil aku bawa ke dada.

Sebak.

Sampai di dapur, aku capai 1 gelas kosong dan mengisi air masak bertapis di tepi sinki. Tangan yang masih menggeletar menyebabkan air yang sudah penuh makin tertumpah-tumpah, lalu aku tutup pilinya. Aku bawa air sejuk itu ke bibir dan mula meneguk.

Masih sebak.

Aku cuba tenangkan hatiku dengan air sejuk itu. Aku teguk lagi, tapi degup jantungku makin kuat menghentak dengan pelbagai perkiraan muncul di benak. Adam sudah membenciku? Adam sudah muak dengan sikapku? Adam sudah penat melayan karenahku? Adakah Adam akan meninggalkanku?

Semakin sebak.

Air sejuk di dalam gelas tak dapat merawat panik dan ketakutan yang semakin bersarang di hati. Baki air aku jiruskan di sinki dan aku bilas bibir gelasnya sebelum aku letak semula ke rak pengetos. Aku angkat kedua tanganku ke depan wajah, memerhatikan jari yang masih menggeletar lalu tangisanku pecah juga.

Aku tekupkan kedua tangan di mulutku, menapis tangisan yang tak ditahan. Terhenjut-henjut bahuku apabila dilanda ombak penuh sendu. Otakku semakin ligat memutar kemungkinan perpisahan dengan Adam, menambah lagi degupan di jantungku. Aku bawa lagi tanganku ke depan wajah, jariku masih juga menggeletar.

Tenanglah wahai hati.

Aku tak tahu berapa lama aku berdiri di depan sinki itu, menangis dan merayu entah pada siapa. Sesekali, apabila tangisanku sikit reda, aku buka paipnya dan aku basuh mukaku. Tapi, sebaik paip itu ditutup, kesunyian di rumah itu kembali menghentam jiwaku dan tangisanku pecah lagi.

Apabila akhirnya ada satu tangan meraih di pinggangku, aku tak rasa takut atau terkejut pun, malah seolah mengharap memang akan ada sentuhan yang datang memberi kekuatan. Aku tahu ia milik siapa, lalu terus saja aku berpaling, membenamkan wajahku di dadanya. Tangan yang masih menggeletar, masih elok aku genggam di dadaku.

"Shh. Dah, dah. Tak mahu menangis lagi." Suara Adam sayu memujuk. Tangisanku masih juga begitu.

"Awakk... Saya minta maaf... T—tolong jangan t—tinggalkan sayaaa..." Rayuanku akhirnya diluah pada tempat yang sepatutnya. Adam mengeratkan pelukannya.

"Saya ada kat sini, kan. Saya tak pergi mana-mana pun." Suara Adam masih tenang memujuk. Tanganku yang tergenggam di dada ditarik keluar, dan dikucup buku limaku sebelum Adam genggam jari-jariku yang masih menggeletar.

"Tolong jangan t—tinggalkan saya, saya tak boleh hidup tanpa awak... S—saya minta maaf saya sakiti awak, saya janji saya t—tak buat lagi..." Pintaku untuk kesekian kali.

"Janji, jangan berahsia apa-apa lagi dengan saya?" Adam menduga. Tangannya naik menyeka wajahku yang basah. Aku mengangguk-anggukkan kepalaku, terdesak mahu dipercaya. "Saya janji, saya takkan b—berahsia apa-apa lagi dengan awak."

Adam mengucup dahiku. "Okay, sayang. Saya pegang janji awak."

"Awak panggil saya sayang, maknanya awak m—masih sayang saya lagi, kan?" Aku dongakkan kepalaku, mencari wajahnya untuk kepastian. Adam menarik senyumannya yang aku rindu. "Gila tak sayang. Marah, marah juga, tapi sayang jangan usik. Memanglah saya marah dengan awak, tapi tak adalah sampai dah tak sayang dah."

Aku lentokkan kembali kepalaku di dadanya dengan senyuman akhirnya terukir di bibir. "Saya pun sayangkan awak. Sangat-sangat." Tangisanku terhenti juga.

"Saya tahu." Adam mengucup dahiku lagi.

Aku pegang bahunya dan mendongak, "Awak, tadi saya lupa bagitahu. Saya pernah terserempak dengan Ed juga di Tasik Cendana masa awak first ke Singapura. Saya makan burger, lepas tu dia sapa saya, berterima kasih pasal duit tu. Masa tu lah saya cakap kat dia yang duit RM20 ribu tu duit awak." Jelasku panjang lebar dalam baki sedu-sedanku.

RAW || UqashaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin