14 : Rumah Baru

159K 2.4K 50
                                    

Adam lambat pulang. Pukul 6.45 petang, baru Toyota Prius putihnya masuk ke halaman rumah. Entah ke mana dia pergi, aku tak tahu. Dan aku tak nak ambil tahu.

Malam itu, kami makan berempat di meja. Papa seronok sungguh berbual dengan Adam. Mama lebih senyap. Aku pula memang terus terkunci mulut.

"Masa Adam berumur 15 tahun, kami sekeluarga terlibat dalam satu kemalangan. Kedua orang tua dan adik perempuan Adam terkorban. Yang peliknya, Adam sikit pun tak tercedera, cuma calar sikit di tangan." Adam bercerita apabila papa bertanya mengenai keluarganya.

"Kemudian, Adam membawa diri keluar dari Thailand. Tak boleh terima hilang keluarga sekelip mata. Tiba di satu kampung di Kelantan, ada satu keluarga kasihankan Adam dan bela Adam sampai Adam tamat sekolah menengah." Adam meneruskan ceritanya. Mama kelihatan sayu, makanan terus tak terusik kerana mahu fokus mendengar.

"Mereka yang banyak mendidik Adam sehingga Adam buat keputusan untuk memeluk Islam. Kemudian, Adam bawa diri lagi. Merantau seorang diri, belajar di Singapura dan bekerja di sana 2 tahun. Dan sekarang, Adam pulang kembali ke Malaysia." Ujarnya sedikit ceria berbanding ketika berkongsi mengenai sejarah pahit hidupnya.

"Tak apa, Adam. Sekarang Adam dah ada keluarga. Ada papa dan mama yang boleh Adam anggap seperti ibu bapa sendiri. Kemudian, Adam ada Qasha, dan tak lama lagi, Adam akan ada zuriat sendiri pula." Papa mengulas, dan tak semena-mena aku tersedak apabila papa buka topik pasal anak. Adam terus menghulurkan aku segelas air, dan aku teguk laju-laju sambil Adam urut belakangku.

"Qasha okay? Nak air lagi?" Tanya Adam lantas mengambil gelasku yang sudah kosong. Aku gelengkan kepala, namun Adam tetap mengisi separuh gelas. Aku pandang mama dan papa. Mereka tersenyum senang hati melihat cara Adam melayanku.

"Anyway, jadi ke Adam nak bawa Qasha pindah masuk rumah Adam esok?" Aku bersyukur topik anak tak diteruskan, tapi ternyata topik seterusnya tetap tidak menyenangkanku juga. Pindah ke rumah Adam?

"Jadi, papa. Tapi Adam belum sempat beritahu Qasha lagi." Jawabnya sambil memandangku sekilas.

"Oh, tak apalah. Ni Qasha dah tahu, nanti bolehlah berkemas barang, boleh pindah masuk esok." Kata-kata papa menghiris hatiku. Papa seolah-olah tak mahu aku di rumah ini lagi. Hatiku panas dan sebak. Sudu di tangan terus aku hempaskan ke pinggan dan aku berdiri.

"Memang itu pun tujuan papa nikahkan Qasha dengan Adam, kan? Tak sabar-sabar nak halau Qasha keluar dari sini, so bolehlah papa dan mama sambung bertekak setiap hari setiap malam, kan?!" Emosiku menguasai diri. Tanpa mendengar respon mereka bertiga yang terkejut dengan sikapku, terus aku tinggalkan meja makan dan lari keluar ke gazebo.

Setibanya di luar, airmataku jatuh. Mama dan papa selalu membuatku rasa begini. Mereka selalu menghantar aku jauh daripada mereka sehingga aku rasa seperti mereka sudah tak sayangkan aku lagi. Buat aku rasa tersisih dan tak diingini.

Beberapa minit teresak sendiri, aku rasakan kehadiran seseorang. Aku toleh ke sisi dan aku nampak Adam berdiri tak jauh dariku.

"Tolong tinggalkan saya sendiri. Saya tak nak bercakap dengan awak." Pintaku dalam suara yang tersedu-sedan. Adam tidak menjauh, dia malah semakin menghampiriku.

"Pergi! Saya nak bersendiri!" Suaraku lebih tegas, namun Adam sedikit pun tak terkesan. Dia malah menarikku ke dalam pelukannya. Aku cuba meronta mahu dilepaskan, namun tangannya semakin kejap dan apabila kehangatan pelukannya menyelubungiku, aku mengalah.

Esakanku kembali.

"Qasha, kalau awak nak nangis, awak nangislah. Saya akan peluk awak sampai awak habis nangis, okay?" Pujuknya sambil mengusap belakangku.

RAW || UqashaOnde as histórias ganham vida. Descobre agora