2018 COMEBACK | Uqasha Suci

20.2K 265 128
                                    

[Check out the media]

Assalamualaikum dan salam sejahtera, semua!

#UqashaSuci is real! Here are a few FAQs I have received million times and I would like to clarify these issues once-and-for-all.

Untuk memudahkan fahaman, we're talking about 6 different Uqashas here:
• Uqasha Wattpad — yang anda baca di Wattpad ini, basically like a draft/raw version
• Uqasha: Nafsu — Uqasha Wattpad versi cetak, separuh awal (Prolog hingga Bab 42)
• Uqasha 2: Rahsia — sambungan Uqasha: Nafsu (Bab 43 hingga Epilog)
• Uqasha: Amnesia — dulu di-publish di Wattpad sebagai sekuel Uqasha Wattpad tapi sudah dibatalkan
• Uqasha FIXI — Uqasha Wattpad yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris
• Uqasha Suci — adaptasi segala mak nenek moyang moyot Uqasha hahaha

Untuk memudahkan fahaman, we're talking about 6 different Uqashas here:• Uqasha Wattpad — yang anda baca di Wattpad ini, basically like a draft/raw version• Uqasha: Nafsu — Uqasha Wattpad versi cetak, separuh awal (Prolog hingga Bab 42)• Uqasha 2:...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

1. Uqasha: Nafsu dan Uqasha 2: Rahsia tu sama je ke macam kat Wattpad?
Ya, sama saja. Nafsu dan Rahsia ialah Uqasha di Wattpad. Bezanya cuma beberapa kandungan matang sudah disunting oleh editor lama.

2. Apa beza Uqasha yang dah ada dengan Uqasha Suci?
Banyak beza! Uqasha Suci ialah penulisan semula Uqasha di Wattpad. Kira macam adaptasi, bermakna plot utama masih macam cerita Uqasha di Wattpad, masih karakter yang sama, tapi diolah semula, diberikan nafas baru, ada benda baru ditambah dan ada benda lama yang dibuang. It's like reading a different version of Uqasha all over again! Alaa, macam korang tengok cerita adaptasi kat TV tu kan, cerita yang sama tapi bila ke layar perak, ada ubah itu ini.

3. Kenapa terbitkan Uqasha Suci? Uqasha: Nafsu dengan Uqasha 2: Rahsia kan dah ada?
Ya, Nafsu dan Rahsia dah terbit tapi sudah tidak dicetak lagi sejak hujung 2016, maknanya apa yang ada di market sekarang hanyalah sisa-sisa stok lama. Kalau anda ada copies, anda adalah pembeli yang bertuah sebab ada stok 'rare'. Masa PBAKL2016, Nafsu dan Rahsia menerima surat kuning daripada KDN kerana dikatakan 'memudaratkan kemoralan'. Jadi, Uqasha Suci datang untuk 'menyucikan' keadaan dan meneruskan legasi Uqasha versi cetak di pasaran. Hu. Hu. Hu. Tapi sekarang Uqasha Suci pun dah dihentikan cetakan. Hmmm.

4. Mana Uqasha: Amnesia yang publish kat Wattpad dulu?
Sudah dibuang. Kenapa buang? Sebab penulisan sekuel Uqasha yang akan dibukukan nanti akan mengikut plot cerita Uqasha Suci, bukan Uqasha di Wattpad, bukan Uqasha: Nafsu, bukan Uqasha 2: Rahsia. Uqasha: Amnesia dulu ditulis sebagai sambungan Uqasha di Wattpad, jadi kalau teruskan dengan versi itu, nanti tak dapat nak dibukukan sebagai sekuel Uqasha Suci. Jadi, Amnesia telah di-unpublish di Wattpad, kalau ada sambungan pun nanti akan ditulis dan terbit sebagai sekuel kepada Uqasha Suci. Tapi sejujurnya tiada perancangan untuk sekuel buat masa ni.

 Tapi sejujurnya tiada perancangan untuk sekuel buat masa ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
RAW || UqashaWhere stories live. Discover now