25 : Luar Nikah

164K 3.9K 76
                                    

Aku mogok, tak keluar dari bilik sejak malam tadi. Selepas kejadian, Adam dan tokmak ke surau, dan berdasarkan telekung di tangan Sarah, aku tahu perempuan tak malu itu pasti mengikut sama. Setelah pulang dari surau, beberapa orang ikut pulang ke rumah tokmak dan mereka sambung berbual di ruang tamu.

Aku sudah tertidur saat Adam masuk ke bilik. Pagi tadi, dia mengejutkanku Subuh tapi buat pertama kalinya, aku ingkar permintaannya. Kemudian, seperti pagi semalam, dia ikut tokmak ke kebun. Kira-kira jam 11 pagi, Mak Riah datang berjumpa denganku.

"Uqasha demam lagi?" Sapanya perlahan sambil duduk di sisi katil. Entah kenapa, aku terus menganjakkan diri tak mahu berdekatan dengannya.

"Mak Riah datang nak apa?" Soalku tanpa memandangnya. Mak Riah mengeluh perlahan dan memandangku sayu. "Makcu datang nak cakap tentang hal malam tadi. Betul ke apa yang Uqasha nampak?"

Aku terus memandang ke arah Mak Riah dengan muka tegas. "Mungkin saya demam, Mak Riah, tapi saya nampak apa yang saya nampak. Saya belum buta lagi."

"Uqasha yakin tuduhan Uqasha bukan berdasarkan emosi?" Mak Riah menduga, wajahnya skeptikal. Aku terus bangun terduduk di atas katil.

"Mak Riah, mata saya masih celik. Saya yakin dengan apa yang saya nampak. Tak perlulah Mak Riah persoalkan lagi. Saya tahu Sarah masih berdendam dengan saya tentang dulu." Aku memeluk tubuh.

"Mungkin Sarah masih berdendam, mungkin juga tidak, tapi pertuduhan Sarah terhadap Uqasha dulu berbukti. Pertuduhan Uqasha terhadap Sarah sekarang ni, mana buktinya?" Suara Mak Riah semakin berbalut emosi.

"Mak Riah, saya tahu Sarah anak tunggal Mak Riah, tapi apa yang dia buat tetap salah! Mata saya jadi saksi, Mak Riah!" Suaraku turut sama naik. Pening di kepala tak aku endahkan.

"Uqasha! Sarah satu-satunya anak Makcu, dan Makcu kenal anak Makcu. Tak mungkin dia buat perkara macam tu. Selagi tiada bukti, Makcu anggap pertuduhan Uqasha satu fitnah!" Mak Riah terus berdiri dan keluar.

Apabila Adam pulang dari kebun bersama tokmak tengahari itu, aku terus menyatakan hasratku untuk pulang ke Kuala Lumpur.

"Kenapa awal sangat nak balik?" Wajah tokmak yang tadi keletihan tapi seronok kini berubah sugul. Adam juga turut terkejut.

"Kenapa ni, Qasha? Ada apa-apa hal kecemasan ke?" Adam datang dan duduk di sebelahku. Tanganku dicapai dan digenggam. Wajah tokmak terus aku elak, tak mahu memandang wajahnya yang sedih.

"Saya tak nak duduk di kampung ni lagi. Saya yakin Mak Riah dan Sarah pun tak suka saya di sini." Perasaanku bercampur-baur. Dari ekor mataku, aku perasan tokmak bangun dan duduk di sebelahku.

"Uqasha, kenapa cakap macam ni? Makcu atau Sarah ada cakap apa-apa pada Uqasha ke?" Tokmak menyentuh lenganku dan aku masih mengelak daripada melihat wajahnya.

"Uqasha tahu, tokmak pun tak percaya pada Uqasha. Bagi semua orang, pertuduhan Uqasha tak berasas dan tak berbukti, kan? Uqasha nak balik ke Kuala Lumpur." Aku jaga intonasi suaraku agar tak menjadi kurang ajar pada tokmak. Sejujurnya, aku kecil hati kerana tokmak juga tak percaya padaku.

"Uqasha, bukan tokmak tak percaya. Tapi betul juga kata Makcu, tuduhan Uqasha tak berbukti. Mungkin Uqasha salah faham pada Sarah." Tokmak ternyata membela Sarah. Aku terus berdiri dan memandang tokmak dengan wajah sayu.

"Uqasha tahu, Uqasha bukan lagi cucu kegemaran tokmak sebenarnya, kan? Tokmak sendiri tak percaya pada Uqasha! Uqasha tahu, lepas kejadian dulu, tokmak juga dah jadi ragu-ragu pada Uqasha! Tokmak lebih rela percayakan Sarah dan orang lain daripada cucu yang tokmak anggap kesayangan ni kan?" Aku berterusan menghambur kata-kata. Airmata tokmak menitis.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now