70 : Jalan Tar

115K 2.4K 467
                                    

"Adam!" Aku tarik lengan Adam apabila dia bangun untuk mendapatkan pintu. Dia meletakkan tangannya di atas tanganku dan memandang wajahku, masih tenang. "Relaks, Qasha. Kita tak buat salah pun."

"Ya, tapi—"

"Encik Adam! Tolong buka pintu ini sekarang!" Satu suara lelaki menjerkah dari luar, dan beberapa bunyi ketukan yang lebih kuat diberikan. Jantungku juga semakin laju. Adam meleraikan pegangan tanganku dan berjalan ke pintu.

Sebaik pintu itu dibuka, seorang lelaki yang aku cam juga seorang pensyarah di fakulti Sains Komputer menerpa masuk. Sebaik nampak aku yang masih kaku terduduk di kerusi, dia terus menggelengkan kepala. "Astaghfirullah al-azimm, Encik Adam! Apa Encik Adam buat berduaan dalam pejabat dengan gadis ni?!"

"Encik Jamal, ini salah faham—"

"Salah faham? Saya tak percaya bila saya dapat aduan ni sebab saya yakin Encik Adam bukan orang yang berkelakuan sumbang, tapi mata ni jadi saksi. Ada 3 lagi pasang mata di sini yang menjadi saksi Encik Adam duduk berduaan dengan gadis ni!"

Aku terus menundukkan pandangan dan memejam mata. This is seriously not happening right now.

"Maksud saya, kami tak melakukan sebarang kesalahan di sini. Saya dan Uqasha cuma berbual." Adam masih cuba menjernihkan keadaan.

"Encik Adam, saya faham Encik Adam mualaf, tapi ini salah dari sisi agama. Berduaan di tempat tertutup dengan seseorang yang berlawanan jantina dan bukan mahram boleh mengundang fitnah, jadi apa yang Encik Adam buat di sini terang-terang salah. Saya tak rasa Encik Adam mempunyai perkaitan keluarga dengan gadis ini."

Aku menoleh ke arah Adam, risau dia membuka rahsia kami. Lambat-lambat, dia menggelengkan kepalanya. "Baiklah, saya bersalah sebab berduaan dengan Uqasha, saya berjanji perkara ini takkan berulang lagi."

Encik Jamal tersenyum sinis. "Saya minta maaf, Encik Adam, tapi perkara ini telah dilaporkan kepada Dekan. Ini perkara penting, Encik Adam. Perkara sebegini boleh menjejaskan nama baik institusi, jadi saya minta maaf, tindakan yang sewajarnya perlu diambil. Diminta Encik Adam dan pelajar, sila ikut kami ke pejabat akademik."

Apabila aku dan Adam diiringi keluar dari bilik pejabat itu, banyak sungguh mata-mata pensyarah di bangunan itu yang datang melihat sehingga aku hanya mampu menundukkan wajah. Tak apa, harap-harap gosip ini akan habis naik semester nanti.

Selepas menunggu Dekan memberi kebenaran hampir setengah jam untuk kami masuk, kami dijemput ke dalam. Alangkah terkejutnya aku apabila rupanya ada lagi 2 wajah di situ. 2 wajah yang aku cukup kenal. Apa mereka buat di sini?

"Encik Adam. Uqasha. Sila duduk." Dekan mempelawa dengan riak kecewa. Aku dan Adam mengambil 2 tempat duduk yang sudah disediakan untuk kami. "Ini saya perkenalkan, anak saudara saya yang juga merupakan salah seorang pensyarah di sini, Cik Jesnita, dan salah seorang pelajarnya, Siti Farinah."

Aku perasan Adam yang masih tenang sempat menoleh dan tersenyum kepada mereka. Aku pula tak hadap langsung nak pandang. Aku tak faham apa kaitan mereka di sini.

"Jadi, macam mana ni? Saya mendapat aduan tentang perlakuan sumbang Encik Adam dan Uqasha di dalam bilik pejabat Encik Adam sendiri, dan ketika diserbu tadi, awak berdua gagal mengemukakan sebarang dokumen bukti sebarang pertalian darah. Ada apa-apa yang awak berdua nak tambah atau maklumkan pada saya?"

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now