37 : Pancing Umpan

152K 2.6K 181
                                    

"Awak nak bukti macam mana?" Soalku sambil otakku ligat cuba berfikir bagaimana untuk aku buktikan kenyataanku.

"Awak cakap awak suspek denggi dan bulimia relapse, jadi mana preskripsi? Mana bekas ubat? Mana surat cuti sakit? Saya nak tengok." Pintanya tenang, berbanding aku yang menggelabah. Semuanya sudah aku buang ke dalam tong sampah sejak ubatku habis Rabu lepas dan simptomku pulih.

"Saya dah buang!" Aku panik.

"Kenapa awak buang?" Soal Adam tenang.

"Tolonglah, Adam. You know me! Takkan awak expect saya nak simpan benda-benda yang mengingatkan saya pada semua tu? Semua gambar masa saya gemuk dulu pun mama dah buang tau! I wouldn't like myself to be reminded of the time when I was such a big, fat loser, jadi saya buanglah."

"Okay, kalau macam tu, saya nak dengar daripada Dr. Fazrina sendiri." Cadang Adam lagi. Geliganya otak dia memikirkan cara untuk membuktikan kenyataanku, sedang aku pula masih buntu.

"Okay, esok kita jumpa Dr. Fazrina." Aku bersetuju tapi Adam menggelengkan kepalanya. "Tak nak esok, saya nak dengar sekarang."

Sekarang?? Sekarang dah pukul berapa?? Dah pukul 11 lebih, takkan nak pergi bertemu dengannya sekarang, semata-mata untuk hal ini? Oh, telefon!

"Okay, saya cuba telefon dia." Aku terus mengambil telefonku dan mendail nombor Dr. Fazrina. Satu kali, tak dijawab. Dua kali, tak dijawab. Sewaktu aku cuba kali ketiga, Adam mencelah, "Kenapa? Tak angkat?" Sebaik panggilan ketigaku juga tak dijawab, aku gelengkan kepala.

"Kita ke klinik. Kita cari klinik 24 jam dan saya ambil ujian kehamilan." Satu-satunya idea yang muncul di otakku saat ini ialah perkara yang aku elakkan daripada Adam selama ini. Tapi, ideaku ini ditolak pula. Dia tersenyum sinis dengan cadanganku.

"Qasha, dengar situasi saya baik-baik. Saya mahukan bukti bahawa awak tak sihat betul-betul sebab awak suspek denggi dan bulimia relapse, bukan sebab awak mengandung." Ulang Adam sepatah-sepatah. Hah?

"In simpler term, saya nak bukti bahawa awak suspek denggi dan bulimia relapse. Saya tak nak bukti yang awak tak mengandung." Jelas Adam dengan bahasa yang lebih mudah, walaupun hakikatnya aku masih keliru.

"Apa masalahnya kalau saya ambil ujian kehamilan untuk buktikan yang saya tak mengandung??" Bidasku, masih tak mengerti logik Adam yang terlalu berbelit-belit dan mencabar otakku yang tak berapa logikal.

"Masalahnya, ia tak membuktikan yang awak betul-betul pernah suspek denggi dan bulimia relapse. So what if you are not pregnant? Ia masih tak menjawab situasi yang saya berikan."

Aku menggeleng-gelengkan kepalaku, masih tak dapat menangkapnya. Apalah nasib bersuamikan lelaki yang otak logikalnya begini kompleks?

Adam turut menggelengkan kepalanya dan tersenyum. Dia bingkas bangun dan mengutip kertas-kertasnya yang aku campak tadi, kemudian menghampiriku yang masih berdiri di sisi mejanya.

"Okay, saya terangkan." Kata Adam sambil mengambil sebatang pen dan membelek kertas contengnya. Dia ambil sehelai yang masih banyak ruang kosong dan duduk di kerusinya, mula melukis gambar-gambar makanan.

Hah? Ni perli ke macam mana ni?

"Okay, andaikan awak buat kenyataan; awak dah kenyang sebab makan burger McD. Jadi, saya minta awak buktikan yang awak makan burger McD, bukan kenyang sebab makanan lain. So far faham?" Adam mendongakkan kepalanya memandangku sebaik membulat-bulatkan burger yang dilukis. Aku angguk.

"Okay, sekarang ni, saya minta mana paperbag burger McD? Awak cakap dah buang. Saya tanya pula, awak beli di McD mana? Awak cakap awak lupa. So far faham?" Dia bertanya lagi. Aku angguk juga.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now