62 : Keju Adam

255K 2.3K 143
                                    

Mataku masih berat mahu dibuka. Mulutku masih menguap. Tubuhku terasa letih. Aku regangkan kedua tanganku ke atas dan menggeliat. Ya, aku dah regangkan kedua tanganku ke atas tapi-

Aku pandang ke bawah. Ada satu lagi tangan yang masih melingkar di tubuhku dari belakang. Tapak tangannya betul-betul di atas buah dadaku. Aku kelipkan mataku berulang kali. Aku kenal tangan ini. Aku terus menoleh ke belakang dan mataku yang tadi terpisat terus terbuntang.

Seluruh nafasku rasa tersangkut di kerongkong melihat wajah itu di katil ini bersamaku. Bukankah aku hanya bermimpi malam tadi? Seolah tahu aku sedang memerhatikan wajahnya yang masih tidur tanpa berkedip mata, satu nafas panjang ditarik dan matanya dibuka perlahan-lahan.

Sepet.

"Sawadee." Ucap Adam dengan senyuman lebar di bibir. Tangannya yang di dadaku tadi ditarik dan diangkat menggosok matanya. Aku masih diam. "Sayang?" Panggil Adam apabila aku masih memandangnya tak berkedip.

"A-apa awak buat kat sini? Bukan ke awak kat Singapura??" Soalku, masih tak percaya pada mataku. Kening Adam berkerut. "Kan saya sampai tengah malam tadi. Awak terjaga masa saya naik ke katil, kan? Lupa dah?"

Hah? Adam betul-betul tiba dan naik ke katil tengah malam tadi?

"Saya ingat saya bermimpi." Jawabku jujur dan kembali berbaring telentang, memandang siling bilik dengan kening berkerut. "Entah-entah sebenarnya sekarang ni pun tengah bermimpi. Mimpi yang saya dah terjaga dan awak ada di sebelah saya."

Mendengar gumamku, Adam tertawa kecil. Bunyi indah itu mampu menceriakan hati sesiapapun sebaik terjaga dari tidur. Aku menoleh ke arahnya, dia juga sedang memandangku.

"Sayang." Bisiknya, lantas mengangkat tubuhnya naik ke atas tubuhku, mengejutkan setiap saraf. "Kalau ini mimpi, apa kata kalau saya berikan awak mimpi yang indah?" Ucap Adam, lalu mencium hidungku.

"Saya tak nak mimpi. Saya nak betul-betul." Bisikku kembali, manja. Adam menarik senyum lebar ke pipi dan membalas, "This is reality, then."

Bibirnya yang gebu terus menyambar bibirku yang sudah kering dalam debaran. Ciuman yang dimulakan perlahan itu menjadi semakin rakus apabila Adam mula menekan-nekan pinggulnya ke bawah. Aku memejam mata dan melepaskan desahan nafsu saat darah naik ke pipi.

Wajah Adam turun membanjirkan ciuman di leherku pula. Gigitan mengejutnya di nadiku menyentakku sesaat, dan dia terus menghisap kulit di situ. Tanganku mula merayap di segenap tubuh Adam, dan dia masih menyedut hingga ada satu sensasi baru terasa di leherku.

"Oh, oh." Adam bersuara apabila dia mengangkat wajah dan membelek leherku. "Sorry, sayang, saya terbuat lovebite kat leher awak." Katanya sambil tersengih nakal. Aku jadi panik.

"Hah?? Awak biar betul?? Obvious sangat ke??" Aku menyentuh sekeliling leherku seolah-olah lovebite itu boleh dirasakan dengan sentuhan. Adam masih tersengih memandangku dan mengerutkan keningnya seperti berfikir, "Em, tak nampak sangat kot? Lovebite tu kat sini." Adam sentuh di bahagian bawah rahangku yang bersambung dengan leher.

"Sorry, sayang. Saya tak sengaja." Pinta Adam dengan wajah bersalah. Perlahan-lahan aku tarik senyumku dan berkata, "Payback."

Terkebil-kebil mata Adam mendengar kata-kataku. Aku tolak dia agar berbaring dan aku pula naik dan duduk di atas tubuhnya. T-shirt putih yang aku pakai malam tadi terus ditanggalkan, meredupkan mata Adam.

"Oh, wow." Gumam kecil Adam saat dia menelan liur sempat tertangkap di pendengaranku sebelum aku tunduk dan mencium bibirnya. Lidah kami berlaga dan kedua tangannya pula naik merayap di tubuhku. Aku gigit juga bibirnya yang gebu itu hingga tertinggal bekas merah.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now