18 : Penzahiran Kasih

185K 2.4K 60
                                    

Bangun-bangun sudah 8.30 pagi. Adam tak mengejutkan aku Subuh lagi. Kenapa dengan dia? Mengelak daripadaku sampai Subuh pun dah tak nak ajak solat bersama lagi?

Tak, tak. Kenapa dengan aku sebenarnya? Beriya nak Subuh berjemaah dengan Adam kenapa?

Lupakan. Cepat-cepat aku bersiap, dan seperti biasa, aku lewat sampai ke kuliah. Dari luar pintu bilik kuliah, aku dengar suara mereka bergelak di dalam. Berbual kosong lagi?

Aku masuk dengan selamba dan mengambil tempat biasaku. Janna di sebelahku sedikit monyok. Kenapa pula dengan dia ni?

"You tahu tak, semalam dia nampak okay je kan? Nak bersuap-suap makan dengan I, peluk-peluk dan menari semua. Lepas tu, entah apasal tiba-tiba dia menggelabah nak balik. So, I hantarlah ke pagar dengan hati yang berat. Lepas tu you tahu apa jadi?" Janna seperti biasa terus bercerita tanpa perlu aku minta.

"Dia nak balik kan, so I pun ambillah kesempatan cium pipi dia yang mulus tu. Dia macam terkejut tapi tak menolak, okay! Tapi, lepas tu, dia pandang sekeliling dan memandangkan orang semua kat dalam, dia pun bisik kat I. Tahu apa dia bisik?" Muka Janna sedikit merah, tak tahu kerana marah atau malu. Aku pula sudah tiada mood.

"Janna, jangan macam ni lagi dengan saya lepas ni. Saya hormat awak, dan saya harap awak boleh hormat saya juga." Janna mengajuk dengan suara lelaki. "Apa masalah dia?!" Janna menggenggam tangannya, tak puas hati.

"You nak pendapat jujur I tak?" Tanyaku. Janna memandang, skeptikal.

"Nak pikat lelaki macam Adam tu, you tak boleh pakai cara nightclub you. Adam bukan orang macam tu." Pendapatku membuatkan Janna terdiam. Aku tak tahu sekiranya dia berkecil hati. Tapi, jika difikirkan, sebetulnya aku sendiri tak tahu kenapa Adam boleh suka padaku, sedangkan caraku bersosial lebih kurang saja dengan cara Janna.

Janna diam saja selepas itu. Perhatianku ditumpu kepada pensyarah di depan. Hari ini kami belajar bab baru mengenai nested if. Aku bukan seorang genius tetapi aku cepat faham. Cumanya, aku juga cepat lupa.

"Okay. I need to know if you all understand the concept of nested if. I would like you all to prepare one statement of nested if in 5 minutes. The lucky one will be chosen to share it with the class." Adam memberi arahan. Janna terus tunduk dan cepat-cepat menulis di dalam bukunya.

Semangat betul?

"Who wants to volunteer?" Tanya Adam selepas 5 minit. Janna di sebelahku terus mengangkat tangan. Seolah-olah tiada apa berlaku antara mereka semalam, Adam tersenyum dan menjemput Janna menuliskan statement nested if di depan.

Janna memandang Adam penuh tekad, namun Adam masih kekal bersahaja. Dihulurkan marker kepada Janna dan dia pun mula menulis di papan putih.

If ( Encik Adam sudah berpunya )
-If ( Ada isteri )
--Berbaik dengan isterinya
-If ( Ada teman wanita )
--Putuskan hubungan mereka
Else
-Mengorat Encik Adam sampai dapat

Pelajar-pelajar lelaki bersorak membacanya. Jelas niat Janna di situ dan dia menjeling Alya yang nampaknya geram dengan percubaan Janna menarik perhatian Adam sebegitu rupa. Adam pula sekadar tersenyum.

Janna kembali ke tempat duduk dan Adam dengan selamba menerangkan kembali konsep nested if tadi dan mengaitkannya dengan statement yang ditulis oleh Janna. Dia sedikit pun tak terkesan dengan penggunaan namanya seolah-olah dia bukan Adam yang dimaksudkan. Selesai menerangkan, Adam memandang Janna.

"Awak lupa satu perkara, Janna." Katanya lalu menambah di papan putih.

-If ( Ada teman lelaki )
--Rampas teman lelakinya

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now