61 : Mimpi Indah

134K 2K 80
                                    

Aku tunggu mama di tangga atas. Apabila dia naik dan berpusing, dia betul-betul terkejut, sampai hampir terjatuh. Nasib baik tangannya sempat mencapai railing tangga.

"Qasha!! Huh, semangat! Mama ingat hantu tadi!" Ujar mama sambil menarik nafas dan mengusap dadanya. Dengan T-shirt dan seluar panjang putih, bersama rambut panjang mengurai begini, tak hairanlah mama boleh terkejut sampai begitu sekali. Ditambah lagi dengan wajah seriusku dipancar samar-samar dengan lampu malap di dinding tangga.

Memang macam hantu.

"Mama ingat Qasha dah tidur, periksa kat pintu bilik tadi macam senyap je. Turun ni nak cari makanan ke?" Mama cuba mengusik, tapi ayat pertamanya lebih mengusik fikiranku.

"Dah kenapa mama sibuk nak periksa kat pintu bilik Qasha pula tadi?" Soalku dingin. Mama meneguk liur dan menarik senyum sumbing. "Oh! Tak ada apa-apa, nak periksa tengok Qasha dah tidur ke tak. Kalau belum, mama nak ajak tengok movie, tak pun berbual kosong. Lama tak pillow talk dengan Qasha."

Aku tertawa kecil. "Kenapa? Mama tak puas lagi pillow talk dengan teman mama malam ni?"

Mata mama terus membulat; ternyata terkejut dengan soalan berani matiku. "Apa- apa Qasha merepek ni?? Teman mana pula ni??" Mama menggaru-garukan kepalanya yang tak gatal, reaksi mama apabila cuba berselindung.

"Mungkin mama tak dengar apa-apa di bilik Qasha sebab Qasha tak ada di bilik Qasha." Aku menjawab dengan suara mendatar. "Mungkin Qasha berada di bilik belakang, tapi mama tak tahu. Jadi, percubaan mama nak selinapkan teman mama tu keluar melalui laman belakang agak tak berjaya."

Habis melontar tuduhan itu, wajah mama terus berubah. "Qasha-"

"Who is he, mama? What is he doing here?" Soalku, tepat dan padu. Mama terus menekupkan tangannya di mulut. Keningnya berkerut, dan tak sampai sesaat, matanya mula bergenang. "Qasha, mama minta maaf-"

"Siapa lelaki tu?!" Suaraku terus naik tinggi. Mama tak menjawab, malah semakin terhenjut-henjut bahunya apabila kedua tangannya menekup wajah.

"Okay, silakan! Silakan tangisi nasib mama! Qasha dah tak tahu nak hadap macam mana lagi semua ni, too many lies and secrets and-urgh!" Aku terus berpusing naik ke bilik, mengambil beg dan telefon. Apabila aku turun kembali tangga itu, mama masih teresak di tempat yang sama.

"Qasha, mama minta maaf!!" Mama cuba menarik tanganku apabila aku melintasinya, tapi aku rentap kembali. "Qasha-"

"No! Bukan minta maaf dengan Qasha, tapi minta maaf dengan papa!" Aku tepis tangannya yang masih cuba meraihku, lalu aku tambah, "Yang paling penting, please mama, minta ampun dengan Tuhan, before it's too late." Kata-kataku yang dingin itu pasti pedih menusuk ke hati mama. Dia terus terkesima di atas tangga itu.

Aku terus berlari keluar dan masuk ke dalam kereta. Mama tak mengejarku. Dengan pantas, Prius Adam itu aku pandu keluar meninggalkan rumah mama. Sebaik jauh dari taman perumahan mama, tangisanku pecah.

Kenapa? Kenapa mama buat begini? Orang yang bermatian aku bela kerana menganggapnya mangsa kecurangan papa, ialah orang yang tak jauh beza dengan papa yang aku benci. Mama selingkuh, papa berkahwin lain, adakah memang tiada ruang untuk aku merasa punya keluarga yang bahagia?

Telefonku di kerusi sebelah berbunyi sewaktu aku berhenti di lampu isyarat merah. Adam xoxo's calling. Mengesat airmataku, aku ambil telefon dan membawanya ke telinga.

"Hello, sayang. Buat apa tu?" Suara ceria Adam menyapa.

"Adammm..." Tangisanku yang bersisa tadi kembali tumpah apabila perasaan rindu datang membuak-buak padanya. Adam ialah bahagiaku; Adam ialah harapanku untuk punya keluarga yang sempurna, bagaimana aku boleh terlupa?

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now