32 : Tuhan Seks

222K 3.2K 104
                                    

Erin tiba-tiba meletakkan gelasnya dan menepuk-nepuk tangannya teruja, tapi sesaat mukanya berubah terkejut ketika gelasku dirampas. Aku pula terus terpaku dengan rentapan kasar itu hingga birku tertumpah ke baju. Aku toleh ke sebelahku dan wajah yang paling aku tak sangka terpacul di depan mata.

"Qasha." Sapanya dengan suara dingin. Matanya tajam memandangku.

"Err, ni ke SexGod you, Erin?" Bisik John perlahan, tapi kedengaran jelas di telingaku apabila seluruh kelab seolah terasa sunyi apabila lelaki ini berdiri di depanku saat ini.

"Hai, Adam! You remember Qasha, kan? Thanks for joining us!" Erin tak mengendahkan soalan John, malah menyapa lelaki yang masih memandangku tajam ini. Aku menelan liur.

"Qasha, balik sekarang." Adam memberikan arahan dengan suara dinginnya lagi. Gelasku di tangannya sudah diletak kembali ke atas kaunter bar.

"Err, what's going on here? It's still too early to go home, Adam. You pun baru sampai. Kita enjoy dulu." Erin cuba menyampuk tapi masih tak diendah oleh Adam.

"Saya tak nak balik. Awaklah pergi balik. Ini bukan tempat awak." Jawabku dengan berani, sehingga berkerut kening Adam.

"Saya cakap balik sekarang, balik!" Adam sudah naik angin. Tanganku terus ditarik, namun aku rentap kembali. "Saya cakap saya tak nak balik, saya tak nak baliklah! Jangan paksa saya!"

"Woah, bro, apa ni kasar-kasar ni? Rileks. Dia bukan buat apa pun." John pula mula masuk campur. Dia terus berdiri dan menepis tangan Adam daripadaku.

"What's going on here?!" Erin turut sama keliru. Dia memandang aku dan Adam bergilir-gilir, mengharapkan jawapan tapi lidahku kelu, tak tahu hendak jawab bagaimana. Adam mengetap mata dan rahangnya sambil menarik nafas panjang sebelum memandangku lagi.

"Qasha. Tolong, tolong ikut saya balik sekarang." Kekasaran nada suara Adam kali ini lebih ditahan, namun aku dapat dengar dengan jelas marahnya yang masih membuak.

"Woah! Bro?! Sejak bila kau pandai bawa balik perempuan ni? Nak paksa-paksa Qasha ikut kau balik pula?!" John melangkah setapak ke depan dan aku menyumpah seranah sendirian apabila soalan cepumas itu ditanya.

Hampir gugur jantungku apabila akhirnya Adam memberi respon pada John. Adam memusingkan tubuhnya menghadap John yang seperti sudah bersedia untuk bertumbuk. Aku melihat orang sekeliling juga mula berkerumun menyaksikan drama kami.

"Adam-" Aku menarik tangan Adam, aku tak mahu dia menjawab soalan John, aku tak mahu dia memberi respon pun pada John, tapi Adam sudah terlebih dulu terlanjur kata.

"Qasha isteri aku! Ada masalah ke kalau aku nak bawa dia balik?!" Suara Adam keras dan kasar. Dagunya diangkat tinggi dan matanya tajam memandang John. Rahangnya diketap rapat dan mukanya merah.

"Adam!" Aku menolak tubuhnya yang cuma teranjak sedikit dengan percubaanku. Jika tadi Adam seorang saja yang marah, kini aku juga naik hantu. Berani dia membocorkan rahsia perkahwinan kami!

"Kenapa?! Apa masalahnya kalau mereka tahu?! Biar mereka tahu, awak sekarang isteri saya!" Adam kembali berpaling dan menjerit padaku.

Malu. Itu yang aku rasakan menebal di wajah. Marah. Itu yang aku rasa menebal di hati. Tak pernah seseorang meninggikan suara begini padaku di tempat umum, di depan khalayak begini. Adam sudah melampau hingga lidahku terkedu.

"Jawab! Apa masalahnya kalau mereka tahu?!" Suara Adam masih meninggi sehingga hatiku rasa bagai dicarik-carik. Lelaki yang sama mengucap sayang, yang memelukku tidur, yang mengucupku penuh kasih, yang membuatku tertawa, kini mula menunjukkan belang. Hatiku remuk.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now