73 : Ambil Hati

120K 2.2K 128
                                    

Pagi Ahad, Ucu dihantar pulang ke Kota Bharu oleh papa. Aunty Maria dan Sofea turut ikut sama, katanya ingin melawat saudara di sana. Malam tadi rancak juga aku berbual dan berkenalan dengan Kak Maria yang kini aku panggil Aunty Maria lantaran pangkatnya sebagai ibu tiriku.

Aunty Maria, merupakan anak kacukan berdarah Kelantan dan Inggeris. Ibu kandungnya telah bercerai dengan bapanya dan pulang ke Old Trafford, UK. Selepas tamat belajar, dia menerajui perniagaan bapanya sebelum memulakan perniagaan sendiri. Faham situasiku yang terpaksa mengambil alih tugas perniagaan mama, dia berjanji akan memberi tunjuk ajar.

Selepas makan tengahari dan Zuhur, tokmak, Mak Riah dan Sarah pula bertolak pulang ke Batu Pahat. Hiba rasa mahu berpisah setelah ditemankan mereka selama seminggu lebih. "Nanti senang-senang, balik kampung jumpa tokmak, ya!" Pesan tokmak dalam deraian airmata.

"Dah kunci pagar dan pintu belakang?" Aku bertanya pada Adam selepas memeriksa suis di tingkat atas. Dia sekadar mengangguk, kemudian berlalu ke depan. Aku perasan sikapnya sikit dingin padaku selepas kedatangan Ed semalam, mungkinkah dia masih cemburu?

Selepas mengunci pintu depan, aku kunci pula mangga pagar yang akan melindungi rumah ini sementara belum berpenyewa. Adam sudah memarkir Swift dan Prius di luar pagar. Dengan hati yang berat, aku tinggalkan rumah mama yang kini bertanda "UNTUK DISEWA".

Sampai di rumah Adam, dia terus ke dapur menuang segelas air masak. Aku ikut langkahnya, meletak beg bajuku di tepi tangga dan memeluk Adam dari belakang. Badannya rasa tegang, sama seperti malam tadi apabila aku naik ke katil dan memeluknya tidur.

"Awak okay?" Bisikku dari belakang. Senyap. Cuma dengar bunyi tegukan air melintasi kerongkongnya, kemudian dia menuang air lagi. Aku lepaskan pelukanku dan bersandar di kaunter sebelahnya.

"Awak kenapa ni? Saya ada buat salah ke?" Aku takut mahu bertanya soalan itu sebenarnya. Tapi, kalau aku tak berdepan sekarang, sampai bila mahu lari?

"Saya penatlah, awak. Saya naik atas dulu eh, nak lelap sekejap." Adam menghabiskan baki minumannya, kemudian membilas di sinki. Hatiku tak keruan jadinya.

"Adam, ni pasal Ed malam tadi ke?" Aku terus-terang saja, malas mahu berkias lagi. Adam menarik nafas yang panjang sebelum memandangku. "Saya letih. Bagi saya rehat dulu, okay."

Langkah Adam dibuka, dan dia meninggalkan aku di dapur sendiri, membawa naik beg yang kutinggal di tepi tangga tadi. Aku jadi tak sedap hati. Aku naik juga ke tingkat atas. Adam baru saja melabuhkan tubuhnya di tilam, lantas menoleh apabila pintu bilik dibuka dan aku masuk, terus meluru ke katil. "Awak, jangan buat saya macam ni."

Adam melepaskan nafas dan bangun menyandar belakangnya di kepala katil. Wajahnya berkerut seperti marah. "Saya cakap saya letih, kan? Bagilah saya rehat dulu."

Jantungku bagai nak luruh mendengar intonasinya, tapi aku beranikan hati. Ini refleks penat, bukan sepenuhnya kerana marah. Memang aku akui, Adam jarang dapat berehat sejak 2 minggu kebelakangan ini. Jadi, aku angguk dan Adam berbaring semula. Aku naik berbaring dan memeluknya, diam seribu bahasa.

Tak sampai 5 minit aku berbaring di sebelahnya, Adam bangun semula. Jantungku kembali berdegup kencang, risau dengan sikapnya. Kaki Adam diturunkan ke sisi katil, menapak lantai dan sikunya ditongkat di lutut. Dia menarik nafas yang dalam dan panjang. Perlahan-lahan, aku turut bangun, duduk di tengah katil.

"Banyak lagi rupanya rahsia yang awak simpan daripada saya, Qasha." Suara dingin Adam memecah hening bilik itu. Nafasku tersangkut di kerongkong.

"Saya— saya minta maaf." Aku tahu, menidakkan perkara itu hanya akan memburukkan keadaan. Dah jelas ada rahsia lepas yang sudah diketahuinya, sebab itu Adam jadi dingin begini padaku.

RAW || UqashaDove le storie prendono vita. Scoprilo ora