71 : Tetamu Diundang

118K 2.3K 289
                                    

Pintu dikuak dan 2 orang lelaki berkemeja putih berseluar hitam masuk. Seriously? Dekan panggil pengawal keselamatan masuk?

"Guards, sila bawa gadis ini keluar sebelum dia menimbulkan sebarang kekecohan dan mencederakan orang lain." Dekan memberikan arahannya. Kepalaku berputar pantas memandang lelaki separuh abad yang kini merah padam wajahnya dengan amarah.

"Oh? Nak heret saya keluar pula?" Aku mengagah.

"Jangan sentuh isteri saya." Suara Adam kedengaran tegas menegah apabila 2 orang pengawal keselamatan yang diarah membawaku keluar datang menghampiri kami.

"Uqasha, awak sudah bertindak melampau dalam perbincangan ini. Sila tinggalkan pejabat ini, penggantungan awak berkuatkuasa mulai sekarang." Dekan masih berani memberikan arahan kepadaku seolah-olah aku kisah dengan penggantunganku.

Aku melepaskan ketawaku. "Tuan, silalah gantung pengajian saya sampai bila-bila. Saya dah tak hadap nak belajar di sini lagi dengan pensyarah gedik 2 muka macam Cik Jesnitos–" aku hayunkan tanganku ke arah Cik Jesnita, "—yang sibuk menggatal dengan suami orang, tambah pula dengan perempuan desperate macam Rinos—" aku tunjuk ke arah Rina pula, "—yang tak habis-habis dengan dengki dia. I quit."

Aku meleraikan tangan Adam dari tubuhku dan berpaling ke arahnya. "Saya tunggu awak di luar."

Satu suara menyampuk. Cik Jesnitos. "Eh? Eh? Takkan percaya bulat-bulat je, uncle? Entah betul entah tidak dah menikah. Jangan-jangan wayang je."

Sekali lagi, seolah-olah cakerawala ingin menyampuk menyampai bukti, interkom Dekan tiba-tiba berbunyi. "Tuan, Encik Badrul Hisham sudah tiba."

"Suruh dia masuk." Jawab Dekan. Badrul Hisham? Papa ada di sini?

Saat itu juga, pintu diketuk dan dikuak, kemudian papa yang terpinga-pinga masuk dengan wajah dan dahi berkerut. Dipanjang wajah kami satu persatu dan Dekan mempelawa papa duduk di kerusiku. Adam menarikku berdiri ke tepi, bertentang dengan 2 perempuan yang nampak masih tak puas hati.

"Tuan, apa yang berlaku ni? Saya dapat panggilan tentang kes khalwat anak saya, Uqasha dengan seorang pensyarah, siapa dia?" Papa memandang ke arah aku dan Adam sebelum kembali memandang Dekan.

"Dia ditangkap berkhalwat dengan Encik Adam di dalam pejabat Encik Adam, lelaki yang berdiri di sebelah anak Encik Badrul Hisham." Dekan pun seperti masih tak percayakan kenyataanku tentang status aku dan Adam.

Seperti aku, papa turut tertawa kecil mendengar tuduhan Dekan. "Maafkan saya, Tuan, tapi... Tapi, Encik Adam ialah suami anak saya, Uqasha, yang sah dari sudut agama. Macam mana pula mereka boleh dituduh berkhalwat?" Papa masih meneruskan baki ketawanya sebelum menoleh ke arah aku dan Adam.

Dekan mendengus. "Encik Badrul Hisham, ini bukan perkara yang lawak. Ketika serbuan, mereka tak menyatakan apa-apa tentang status mereka, malah tak juga menunjukkan sebarang bukti pertalian. Di dalam sistem maklumat juga, status mereka berdua masih bertanda bujang. Sekalipun mereka benar sudah berkahwin, anak Encik Badrul telah melakukan banyak kesalahan lain yang membawa kepada penggantungan pengajiannya bermula hari ini hingga tamat semester depan, termasuk kesalahan memalsukan maklumat dalam sistem."

"Papa, Qasha nak berhenti dari belajar di sini. Qasha bencikan orang-orang yang tak bertamadun macam mereka ni. Dan Dekan yang bajet mulia, jemput tambah sekali semua yang saya baru cakap tadi ke dalam senarai kesalahan Uqasha, ya." Aku masih dalam mood rebel ku. Biarlah apa nak jadi. Aku nak tinggalkan institusi sampah ni.

"Qasha betul nak berhenti belajar?" Papa mengangkat keningnya tak percaya.

"Qasha penatlah, papa. Belajar kat sini macam dikelilingi monyet." Mulutku masih juga lancang. Semakin merah padam wajah Dekan. Yang syaitan nauzubillah 2 ekor tu aku dah malas nak kisah, go to hell lah apa mereka nak rasa.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now