69 : Bukti Cakerawala

167K 2.2K 130
                                    

Aku ketuk pintu bilik En. Azmin. Dia yang sedang berkerut-kerut membaca di skrin komputernya menoleh, dan mempelawa aku masuk. Aku duduk di kerusi yang tersedia. "Ada apa En. Azmin nak jumpa saya?"

En. Azmin mengalihkan tumpuannya kepadaku selepas menekan sesuatu di komputernya. Pencetak di sebelahnya berbunyi, mula mencetak sesuatu dan En. Azmin pun berkata, "Okay, Uqasha. Saya harus maklumkan sesuatu pada kamu. Prestasi kamu di Desperate Match tak begitu memberangsangkan, jadi carry mark kamu antara yang paling merosot dan saya tak dapat nak tolong topup. Kamu nak perbaikinya?"

Aduh. Takkan gara-gara aku gagal mendapatkan pasangan, kemudian aku ditinggalkan di padang oleh pasangan paksaku, maka aku tak mendapat merit langsung?

"En. Azmin ada apa-apa assignment yang boleh diberi untuk tambah markah saya? Saya harap tak ada lagi melibatkan sebarang research yang merepek macam Desperate Match tu." Aku sempat menggumam tak puas hati.

En. Azmin terus tergelak kecil. "Tak, tak. Saya maksudkan written assignment." Kemudian, dia mengambil sehelai kertas di mesin pencetaknya. "Ni, ada beberapa topik yang awak boleh tengok, saya nak awak pilih 1 topik yang awak mahu ulas dan karangkan esei sepanjang 4-5 ribu patah perkataan."

Aku menyambut kertas yang dihulur oleh En. Azmin dan mula membelek tajuk-tajuk yang tersenarai.

(1) Create one RULE that everyone in the world must follow. Give reasons.
(2) Are you more of a SQUARE or a CIRCLE kind of person? Give examples.
(3) Write a story about a ZOO without using any animal's names.
(4) If people did not need to SLEEP, how different the world would be?
(5) If parents must take a TEST before they can have children, what questions should be included and why?

Aku tak sanggup baca lagi. Setiap topik nampak mudah tapi sangat mencabar pemikiran kreatif dan kritis seseorang.

"Macam mana, Uqasha? Awak nak tak?" En. Azmin menyentak lamunanku dan aku kembali memandang wajahnya yang nampak teruja melihat reaksiku terhadap topik-topik yang diberikan.

"Bila saya kena submit?" Aku terus melipat kertas topik itu, menandakan aku sahut cabarannya. En. Azmin tersenyum senget melihatkanku.

"Habis study week Jumaat minggu depan, itu personal due date yang saya beri pada awak sebab saya masih rasa bersalah tentang kes di padang dulu." Jawab En. Azmin. Aku berterima kasih dan mengangkat punggung, mahu beredar.

"Uqasha?" En. Azmin memanggil sebelum aku keluar. Aku menoleh, "Don't let those people get to you, okay. You know yourself better than they do."

Aku cuma membalas dengan senyuman kecil. Terdetik juga apa maksud En. Azmin dengan pesanannya. Nampak sangat ke bekas teh ais di kemejaku? Malas mahu berfikir panjang, aku kembali ke pejabat Adam.

"Dah jumpa? En. Azmin nak apa?" Tanya Adam sebaik aku duduk di sofa. Memori baru sejam lepas masih segar di fikiranku, memberikan sikit warna di pipiku. Tak sangka aku dan Adam boleh berkelakuan sumbang begitu di pejabatnya.

Bad couple.

"Dah. Dia bagi list topik esei untuk topup carry mark. Susah sangat semua topik dia, tapi saya terpaksa buat. Kalau tak, carry mark saya paling rendah dalam kelas." Gumamku sedih dengan prestasiku semester ini. Adam sudah pun mengemaskan mejanya dan dia datang duduk di sebelahku.

"Sayang. Stop beating yourself up. Saya yakin nama awak masih akan tersenarai dalam list penerima anugerah dekan tu." Tanganku digenggam. "Topik esei tu nanti kita brainstorm sama-sama, okay?"

Aku toleh ke arahnya, dan mengangguk. Ya, egoku pasti akan sikit tercalar kalau esei itu nanti bukan 100% hasil ideaku, tapi apa salahnya mendengar pendapat orang lain, kan? Bukan orang lain pun, tapi suamiku sendiri.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now