41 : Melayu Siam

135K 3K 75
                                    

Sudah 2 malam begini. Pagi semalam, aku bangun-bangun sudah di bilik tidur atas. Malam tadi aku menunggu Adam pulang daripada dinner appointment lagi, hingga tertidur lagi, dan bangun juga di bilik tidur atas lagi. Apa yang sedang berlaku sebenarnya ni?

Adam lagaknya seperti biasa saja denganku, seolah-olah tiada apa yang perlu dijelaskan. Hari ini pun begitu. Kami bangun untuk Subuh bersama, dia sempat memanjakanku dengan sikit ciuman dan pelukan, kemudian dia terus bersiap untuk ke kampus selepas bersarapan.

Tapi terasa seperti ada sesuatu yang tak kena. Kerana sikapnya Uqasha tak mahu mengusutkan kepala berfikir, jadi perkara itu ditolak jauh-jauh.

Ya, akulah Uqasha tu.

Petang tadi, aku dan Janna sempat menyapa beberapa gadis cantik plastik di kafeteria kampus tapi ramai antara mereka yang sudah berpunya. Apabila disebut saja Desperate Match, ramai yang tak mahu menyertai kerana tak mahu dianggap perempuan terdesak.

Akhirnya, pencarian itu membuahkan cuma 1 hasil.

Sebelum pulang, kami singgah makan di McDonald. Kata Adam, dia ada dinner appointment lagi. 3 malam berturut-turut, wow. Aku cuba mengetepikan prasangka yang semakin menebal dalam diri dan cuba fokus pada perbincangan dengan Janna tentang misi mencari lagi 11 orang gadis untuk Desperate Match.

"Apa kata kita sebar borang penyertaan dan tengok feedback macam mana? Lepas tu kita tapislah ikut kriteria yang kita nak." Aku memberi idea sambil mengunyah kentang McDonald yang dulu menjadi kegemaranku.

"Hm, okay juga idea tu, tapi macam mana kalau tak ada sesiapa berminat?" Janna mengelap tepi mulutnya yang bersos.

"Mesti ada punya. Kita cuba dulu buka. Lagipun Karnival Mencari Cinta ni Ahad minggu depan kan, bukan Ahad minggu ni." Pujukku. Janna, mungkin letih dengan pencarian hari ini, sekadar menarik nafas panjang memandangku.

Begitulah rutin kolejku. Selepas minggu peperiksaan pertengahan semester, beberapa fakulti akan mengadakan karnival. Bermula dengan Karnival Kulinari minggu lepas, diikuti Karnival Keusahawanan minggu ini, dan Karnival Mencari Cinta minggu depan.

Malam itu, aku berbaring di katil bilik bawah sambil menaip kertas iklan untuk disebarkan di kampus esok. Janna pula akan menyediakan borang penyertaan. Sedang aku leka membuat rekaan iklan itu agar nampak menarik, pintu bilik terbuka. Aku terus mencabut earphone dari telingaku.

"Kat sini rupanya." Keluh Adam, lalu masuk dan duduk di tepiku. Aku terus bangun dari pembaringan dan memandangnya.

"Saya masuk rumah, tengok awak tak ada kat depan. Saya naik bilik, pun awak tak ada. Rupanya, awak ada kat sini." Entah kenapa riak wajahnya seolah risau. Dia ambil tanganku dan menggenggamnya.

"Kereta saya ada kat depan kan. Mestilah saya ada kat rumah." Ujarku. "Ya, saya tahu. Tapi, saya panggil-panggil awak, tak ada orang menyahut. Saya risaulah." Katanya lantas menarikku ke dalam pelukan.

"Saya dengar lagu pakai earphone ni. Saya tak dengar awak balik, panggil-panggil saya. Lagipun, awak nak risau kenapa?" Jelasku sambil mengangkat earphoneku yang masih mendendangkan lagu dari MP4 lamaku.

"Hm, risaulah. Kot-kot isteri saya ni merajuk lari dari rumah sebab dah 2 malam saya balik lewat." Adam menjawab dengan nada gurauan. Aku terus menarik tubuhku dari pelukannya dan memandangnya.

"Kalau awak nak pengakuan jujur, memang saya ada tersinggung hati dengan awak. Tapi, tak adalah sampai nak lari dari rumah." Aku mengaku dengan suara kecil. Wajah Adam yang tadi tersenyum terus berubah riak.

"Sayang, kenapa moody dengan saya ni? Ada berkaitan dengan markah midterm yang saya bagi pada awak ke?" Soal Adam perlahan. Ya, markah itu memang mengecewakanku, tapi apa kaitannya dengan aku tersinggung hati? Lagipun, markah itu lebih baik daripada sangkaanku.

RAW || UqashaWhere stories live. Discover now