Uqasha 2: Rahsia | 43 : Perang Tangan

164K 2.2K 48
                                    

Start of UQASHA 2: RAHSIA

Aku tak dapat menumpukan perhatian di kelas. Hatiku risaukan mama di rumah walaupun Mak Nah sudah berjanji akan menengokkan mama sementara aku di kampus. Adam datang pagi tadi, membawaku pulang ke rumahnya agar aku boleh bersiap dan terus ke kampus dengan keretaku sendiri.

Dalam pada masa yang sama juga, aku tak dapat lupakan mesej malam tadi daripada Unknown yang aku yakin ialah Boy. Akhirnya, dia telah tampil menuntut RM20K seperti yang dimaklumkan John. Terdetik juga syukur di hati kerana dia tak muncul di depan mataku dan menggertak atau mencederakanku.

"Qasha! Apasal ni babe? Dari pagi tak fokus dalam kelas. Iklan Desperate Match bawa tak? Kita nak tampal kat bulletin board setiap fakulti lepas kelas petang ni, kan?" Tegur Janna sewaktu makan tengahari di kafe kampus.

Alamak, iklan itu!

"Err, sorry, iklan tu belum ready. I ada hal sikit malam tadi, tak sempat siapkan. Esoklah I pergi tampal sendiri." Aku menjelaskan secara umum.

"Okay, kalau macam tu kita edar borang jela dulu hari ni." Ujar Janna. Kami menghabiskan makan tengahari, kemudian menyapa beberapa gadis dan memberikan borang. Tertera nombor Janna di situ untuk dihubungi sekiranya ada yang berminat untuk menghantar borang.

Selesai kelas petang itu, aku terus pulang ke rumah mama. Mak Nah memberitahu yang mama masih belum makan dari pagi, walaupun sudah cuba dipaksa. Aku terus naik ke bilik mama bersama sedulang makanan.

"Mama, Qasha dah balik. Mari, Qasha suapkan mama makan?" Pujukku. Mama memandangku dengan pandangan sayu dan sungguh ia merentap hatiku. Kata Mak Nah, papa masih belum muncul sejak malam tadi.

"Qasha, apa Qasha buat kat sini? Tempat Qasha ialah di sisi Adam, bukan di sini." Mama mengucap sayu sebaik aku duduk di sisi katil. Aku menarik senyum, mahu aura gembira itu melekat pada mama.

"Apa mama cakap ni? Qasha dah dapat izin Adam untuk jaga mama di sini. Siapa lagi nak teman mama kalau bukan Qasha, kan?"

Mata mama berkaca-kaca mendengarkan kata-kataku. Aku terus dipeluknya dan tangisannya pecah. Aku cuba menahan diri daripada turut menangis bersama. Aku kena kuat untuk mama. Aku memeluk mama kembali.

"Qasha. Mama minta maaf pada Qasha. Mama tahu, mama dan papa banyak buat Qasha bersedih. Niat mama cuma 1; mama tak nak Qasha terlibat dan turut terluka sama. Tapi sekarang ni... Mama dah tiada sesiapa kecuali Qasha."

"Mama ada Qasha dan Adam. Kami akan jaga mama. Sekarang ni, mama makan ya?" Aku pujuk lagi. Perlahan-lahan, pelukan dileraikan. Airmata mama di pipi aku lapkan dengan jariku dan mama menarik senyum kecil.

Aku menyuapkan mama makan. Habis sepinggan nasi bersama lauk ikan tenggiri masak lemak kegemarannya itu ditelan. Aku cuba menceriakan mama dengan bercerita tentang dendaku disuruh En. Azmin untuk mencari 12 gadis plastik untuk dijodohkan.

Aku tak pernah melihat mama seteruk ini. Rambutnya serabai. Wajahnya pucat tak bermaya. Pakaiannya masih tak berganti dari semalam. Selepas moodnya sedikit ceria, aku suruh dia membersihkan diri. Aku mahu mengajaknya berjalan-jalan di kompleks membeli-belah malam ini, apatah lagi apabila Adam memberitahu yang dia masih perlu menghadiri dinner appointment malam ini.

Aku membawa mama dan Mak Nah keluar selepas Maghrib. Kami singgah di butik kegemaran mama dan mama membelikan Mak Nah 2 helai tudung baru. Kemudian, aku bawa mereka makan kek di Secret Recipe. Mama memesan kek kegemarannya, Pecan Butterscotch.

Apabila kami pulang malam itu, mama sudah kelihatan sikit ceria. Aku periksa telefonku, tiada sebarang berita daripada Adam. Hmm. Aku naik ke bilikku dan membersihkan diri. Kemudian, aku selesaikan iklan Desperate Match dan mencetaknya sebelum tidur.

RAW || UqashaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang