60 : Lembaga Manusia

115K 2K 132
                                    

Aku ponteng lagi Selasa itu. Masih tak cukup berani mahu berdepan dengan mereka di kampus. Selepas menghantar Adam di lapangan terbang, aku pulang ke rumah mama atas desakan Adam yang tak mahu aku sendiri di rumah tanpanya.

Mak Nah tiada di rumah apabila aku sampai. Mama mestilah di pejabat. Aku menghabiskan masaku membelek dan mentelaah buku belajar bahasa Thailand yang aku beli dulu bersama Janna. Hatiku masih sedikit dihurung perasaan sebak apabila memikirkan persahabatan antara kami yang tergugat kerana lelaki, tapi aku cuba sedaya-upaya untuk buang perasaan itu.

Adam ada untukku. He is enough.

Sampai ke petang, Mak Nah yang kusangka keluar membeli barang dapur tak juga kunjung pulang. Aku tahu Mak Nah selalu ke supermarket depan taman ini saja. Tapi entah kenapa hatiku rasa lain. Mesej yang masuk tiba-tiba mencuri perhatianku untuk seketika.

From: Adam xoxo
Time: 4.47 p.m.
Sayang. On my way for a tea break with a few colleagues. I miss you already :(

Seperti remaja yang sedang dilamun cinta, aku tersengih sendirian, membaca mesej Adam berulang kali. Kemudian, aku rapikan rambutku untuk selfie. Snap! Aku periksa, hm, tak cantik, jadi aku cuba lagi sekali. Snap! Ah, better.

To: Adam xoxo
Time: 5.02 p.m.
I miss you more, Adam. Come back soon :(

Bersama mesej itu, aku hantar sekali selfie aku berwajah monyok rindu. Entah apa reaksi Adam apabila melihat gambar itu nanti. Sewaktu bercinta di alam maya dengan Hairi dulu, rajin juga aku hantar gambarku padanya. Gambar monyok, lentok, manja, macam-macam jenis selfie pernah aku hantar padanya, termasuk selfie-

Aku gelengkan kepala. Sudah, sudah. Jangan kenang lagi perkara lepas. Mesej balas daripada Adam seperti biasa terus mencuri perhatianku.

From: Adam xoxo
Time: 5.05 p.m.
Aww, those lips *kiss kiss* Don't pout. Here's little something to make you smile ;)

Adam membalas selfieku dengan selfienya mengenyit mata, comel sungguh. Lama aku pandang gambar itu. Wajahnya yang kacak polos nampak sungguh kebudakan dengan memek wajah begitu, tapi rambutnya tersisir kemas di tepi seperti seorang businessman, ditambah lagi dengan kot yang dipakainya.

Is it possible to fall in love all over again? Sebab aku rasa aku dah jatuh cinta lagi padanya. Gambar itu aku simpan dalam telefonku, menambah koleksi.

Lapar, aku ke dapur untuk mencari stok makanan untuk dipanaskan. Selalu Mak Nah akan meninggalkan lauk dalam bekas untuk dipanaskan jika aku lapar di tengah malam. Alangkah terkejutnya apabila aku buka peti sejuk; kosong.

Aku belek pula barang-barang dapur; memang ternyata sudah berkurang. Tiada sesiapa memasak ke? Roti pun tiada. Biskut pun tiada. Apa yang berlaku di rumah ni sebenarnya sejak minggu lepas? Kenapa macam tiada penghuni?

Mengambil kunci kereta Adam, aku keluar kembali, terdesak mahu mencari makanan. Kali terakhir aku makan ialah pagi tadi. Sebelum menghantar Adam ke lapangan terbang, kami sempat bersarapan sama-sama. Aku singgah drive-thru McDonald taman perumahan yang berdekatan dan memesan burger seperti semalam. Kemudian, aku ke Tasik Cendana, tempat pilihan para keluarga beriadah. Sebaik Prius itu diparkir di tepi jalan, aku keluar duduk di satu bangku menghadap tasik, mula mengalas perut.

"Hai, Qasha." Satu suara lelaki menegur dari belakang bangku sebaik aku habis melahap burger kegemaranku itu. Suara itu aku kenal. Belum sempat aku toleh sepenuhnya ke belakang, dia sudah datang duduk di sebelahku.

RAW || UqashaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt